BN sedia patuhi syarat SPR di Permatang Pasir

BN sedia patuhi syarat SPR di Permatang Pasir

Oleh Saufi Hamzah dan Nazmi Yaakub
bhnews@bharian.com.my


MUHYIDDIN bersama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang media selepas mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara Ke-10, di Putrajaya, semalam.

Kempen pembangkang juga perlu dipantau: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan mematuhi semua syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 25 Ogos ini.

Pada masa sama, beliau menggesa SPR memantau aktiviti parti politik, terutama pembangkang, sepanjang kempen pilihan raya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, BN amat bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang berbanding tindakan sesetengah parti lain yang sebelum ini sering menimbulkan keresahan dan ketegangan di kalangan pengundi dan petugas pilihan raya ketika berkempen dan hari pengundian.

“Walaupun SPR melarang pondok panas didirikan di luar semua pusat pengundian, ada parti politik yang meminta penyokong mereka berkumpul beramai-ramai sehingga ratusan orang di luar.

“Saya harap SPR akan memantau situasi ini dengan rapi,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara Ke-10, di pejabatnya di sini, semalam.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas pilihan raya kecil itu yang hari penamaan calonnya ditetapkan pada Isnin depan dan pengundian pada 25 Ogos.

Beliau berkata, BN akan mengumumkan calonnya Jumaat ini, di Permatang Pasir, tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, terpulang kepada Presiden parti untuk memilih calon paling sesuai bagi mewakili BN pada pilihan raya kecil berkenaan.

“BN mempunyai strategi dan pendekatan tertentu bagi menarik generasi muda pada pilihan raya itu. Memandangkan pilihan raya ini diadakan pada bulan puasa, cara kita berkempen sebelum dan sebahagian pada bulan puasa ada cara berbeza,” katanya.

Mengenai kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, supaya parti yang bertanding tidak membawa ramai penyokong luar, beliau berkata: “Kita tidak ada (membawa) penyokong yang terlalu ramai. Memang kita bersemangat untuk menyokong calon kita, tapi kita selalu mematuhi peraturan bagi memastikan pengundi keluar mengundi dan memastikan ia berjalan dengan aman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: