Muhyiddin Beri Amaran Mengenai Pengkhianat Bangsa

Muhyiddin Beri Amaran Mengenai Pengkhianat Bangsa

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu mengenai individu-individu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.

Beliau berkata individu-individu seperti itu sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini Isnin.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan Hotel Regency International di Jalan Raja Alang, yang merupakan cawangan kesembilan rangkaian hotel itu di negara ini.

Muhyiddin juga berkata apa yang membimbangkannya kini ialah terdapat orang Melayu yang menyokong orang bukan Melayu yang berani mempersoalkan hak dan dasar-dasar yang dibuat untuk orang Melayu.

“Saya tidak akan berhenti mengingatkan dalam tempoh setahun dua ini bahaya yang bakal kita hadapi. Bahaya sentiasa ada di hadapan kerana adanya Melayu yang gemar memutarbelitkan fakta yang pastinya disukai kaum bukan Melayu yang berkepentingan,” katanya.

Beliau mengajak orang Melayu supaya menentang pihak-pihak yang menjadi pengkhianat dan penderhaka ini yang hanya akan menyukarkan perjuangan Umno untuk terus mempertahankan kedudukan orang Melayu.

Katanya orang Melayu seharusnya memikirkan sedalam-dalamnya masa depan mereka daripada pelbagai segi kerana jika Umno tidak lagi berkuasa, maka kedudukan orang Melayu akan mudah diganggu gugat.

“Selama puluhan tahun, saya fikir saudara saudari tak pernah terfikir mengenai perkara ini kerana selama ini gerak geri saudara saudari tidak pernah tersekat kerana anda tahu Umno dan Barisan Nasional yang memerintah.

“Tetapi sekarang kita mudah tercabar. Selepas pilihan raya umum, mereka melihat politik boleh mengubah segala-galanya. Sebab itu ada pihak yang ghairah untuk merebut tempat tanpa memikirkan masa depan orang Melayu,” katanya.

Muhyiddin mengajak pertubuhan-pertubuhan ekonomi orang Melayu dan bumiputera seperti Perdasama supaya membantu kerajaan memberi penerangan kepada anggota-anggota mereka mengenai situasi politik yang boleh menjejaskan suasana ekonomi pada hari ini.

“Ini tanggungjawab besar kerana jika kita tidak endahkan, jika terjadi sesuatu…jangan menyesal,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: