PENGERUSI JKKK KENAKAN BAYARAN DISIASAT

PENGERUSI JKKK KENAKAN BAYARAN DISIASAT

1108-lead-1
SELAMAT BERTUGAS….Justin menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi JKKK Kampung Kota Ayangan, Rahman Takim disaksikan oleh Ahmadsah (kanan) dan Baidi (tiga kanan).

11th August, 2009KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Justin Guka berkata tindakan tegas termasuk melucutkan jawatan Penge- rusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan diambil jika mereka menyalahgunakan tugas mereka.

Katanya, beliau mendapat laporan bahawa terdapat segelintir Pengerusi JKKK yang meng- ambil kesempatan dalam program Projek Cari Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana setiap pemohon dikenakan bayaran antara RM15 hingga RM20 untuk menandatangani borang permohonan.

Justin menegaskan, perkara ini adalah serius dan siasatan sedang dijalankan dan jika didapati berlaku, pemimpin berkenaan akan diambil tindakan tegas termasuklah melucutkan jawatannya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyerahan Watikah Perlantikan Peng- erusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Kawasan Bingkor di bilik gerakan Pejabat Daerah di sini kelmarin.

Terdahulu beliau meminta semua pengerusi JKKK yang menerima watikah pelantikan agar lebih bertanggungjawab untuk membela kebajikan dan masa depan rakyat di tempat masing-masing.

Katanya, mereka juga adalah pemimpin yang perlu ada dedikasi dan tidak menjadikan rakyat mangsa untuk kepentingan diri mereka.

Beliau juga meminta badan-badan JKKK di kawasannya agar dapat mengadakan mesyuarat sebulan sekali dan minit-minit mesyuarat hendaklah dihantar kepada Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dan Pejabat Daerah Keningau.

Ini katanya, bagi memastikan bahawa setiap JKKK itu ada komitmen dan tanggungjawab terhadap tugas mereka kepada pembangunan sosio ekonomi rakyat dan kemudahan infrastruktur yang diperlukan di kampung mereka di samping mengelakkan pertindihan permohonan projek.

Hadir sama pada majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Ahmadsah Tan Sri Sunoh, Pemimpin Kemajuan Rakyat Bingkor, Baidi Ariffin, Pegawai Kemajuan Masyarakat Bingkor, Stanley Bungkilau, Kapitan Cina Liew Ket Lim, kakitangan Pejabat Daerah dan UPKR Bingkor.

Pada majlis itu, Justin turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 13 Pengerusi- Pengerusi JKKK dan JKDB dari Pekan Bingkor, Bandar Keningau, Kampung Tohan Baru, Liau Ulu, Kuangoh, Berungis Baru, Kota Ayangan, Dangulad, Tangkungan, Tuarid Taud, Sasaie, Pagun Antolob dan Labak Baru.

Menyentuh isu letak kereta di sini, Justin memberi jaminan kepada pemilik-pemilik ken- deraan di sini agar tidak merasa bimbang ke atas saman tempat letak kereta yang mereka terima daripada syarikat pengusaha kerana kerajaan akan menyelesaikan masalah ini.

Katanya, kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju menyelesaikan masalah saman yang telah diterima oleh mereka yang tidak membayar tempat letak kereta di sekitar pekan ini.

Justin yang turut menyuarakan isu ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini berkata, pemilik-pemilik kenderaan tidak perlu merasa gelisah memandangkan kerajaan melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan menyelasaikan masalah ini dengan pihak syarikat pengusaha berkenaan.

Walau bagaimanapun pemilik kenderaan perlu membayar tempat letak kereta seperti biasa mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarikat yang mengendali bayaran tempat letak kereta.

Beliau juga memberitahu, bahawa kes saman kepada pemilik-pemilik yang tidak membayar tempat letak kenderaan akan disebut pada bulan depan di mahkamah di sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: