Archive for 15 Ogos 2009

Penulis blog cuba gugat Perlembagaan kena tindakan

Ogos 15, 2009

Penulis blog cuba gugat Perlembagaan kena tindakan

KOTA BHARU: Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk penulis blog yang cuba mengganggu gugat pelbagai perkara yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan negara, demi menjaga kepentingan seluruh rakyat yang selama ini menikmati kestabilan dan keamanan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Kabinet sudah mengarahkan beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

“Kami diarah menggemblengkan kerjasama antara polis yang menjalankan siasatan dengan bahagian pendakwaan dan suruhanjaya multimedia yang membantu usaha mengumpul bukti kukuh untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Kita kini berdepan dengan usaha pihak yang ingin menghakiskan tunjang dalam pembinaan negara yang diterima semua kaum selama ini, dan termaktub dalam Perlembagaan termasuk kedudukan agama Islam, raja dan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kubang Kerian di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, semua perkara yang termaktub, jika diganggu gugat boleh menjejaskan keselamatan negara.

DISKUSI 1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ogos 15, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM 1SILAM, SALAM 1MALAYSIA

DISKUSI MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

ANJURAN BERSAMA MARA/KEMAS

“Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, MALAYSIA tetap di HATI.”

1. PNGENALAN

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi mnghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial,ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan konsep Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ni sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

PANEL 1 :

1MALAYSIA – PEMKIRAN Y.A.B. DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA Ahli Panel Y.Bhg. Dato’ Haji Shahlan bin Ismail, Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia

PANEL II

1ALAYSIA – RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

1MALAYSIA – CABARAN TERHADAP KESELAMATAN NEGARA

Ahli Panel Y.Bhg. Lt. Jeneral Dato’ Haji Mohd Salleh bin Haji Ismail, Mantan Ketua Pengarah Risik ATM Kmenterian Pertahanan Malaysia

PANEL III 1MALAYSIA – PELUANG BUMIPUTERA DALAM PENDIDIKAN, KEMAHIRAN & KEUSAHAWANAN, oleh Y.Bhg. Tuan Haji Abd. Rahim bin Abd. Ghani Timb. Ketua Pengarah MARA Kuala lumpur ( Khidmat Pngurusan)

PERANTARA : ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID

BERSAMBNG…………

 

Pengenalisis SilamGemilang

Pengerusi Persatuan 1Belia Gemilang,

Lahad Datu, P188 Silam.