ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM 1SILAM, SALAM 1MALAYSIA
Persiapan bagi menyambut Bulan Kemerdekaan anjuran Pejabat Perkhidmatan Parlimen P188 Silam KINI diperingkat akhir sibuk mengatur seperti jemputan VIP,Ketua-Ketua dan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pemimpin Politik Komponen Barisan Nasional,Ketua-Ketua Kampung,Pengerusi-Pengerusi JKKK,Sahabat Parlimen, masyarakat setempat dan lain-lain lagi.
Para Jemputan yang hadir akan bersama-sama melaungkan slogan MERDEKA sebanyak 7 kali dan laungan 1Malaysia sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri yang memfokus untuk mempercepatkan pencapaian Wawasan 2020 kelak.
Dijangka acara yang akan dilaksanakan seperti menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Maju Jaya dan menaikkan bendera gergasi dan selepas itu mengedarkan bendera-bendera kepada pengguna jalan raya. Sebagai rakyat yang cintai Tanah Air pusaka pejuang bangsa Malaysia marilah kita beramai-ramai turun awal lebih kurang jam 6.00 pagi berazam mempertahankan dan memperingati sejarah kemerdekaan tanah melayu.
Walaupun Yang Berhormat Kolonel (K) Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi sibuk dan padat dengan jadual harian namun YB. rela korbankan masa demi Memperingati dan menghargai jasa bakti perjuang membela tanah air tercinta.
Kepada Rakyat yang tinggal berhampiran P188 Silam jom kita ramai-ramai turun esok jam 6.00 pagi berniat menyemarakkan semangat kemerdekaan.
Sekian, terima kasih
Penganalisis SilamGemilang
Yang Dipertua
Persatuan 1Belia Gemilang
Lahad Datu, P188 Silam