Archive for 24 Ogos 2009

KEMENANGAN BESAR CALON BN DI PERMATANG PASIR : RAKYAT PERLU SEDAR PAKATAN PEMBANGKANG GAGAL MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN KEPADA RAKYAT.

Ogos 24, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia Salam Ramadhan

PERMATANG PASIR.2

PERMATANG PASIR.1PERMATANG PASIR

Pilihanraya kecil di Permatang Pasir, kini berada dikemuncaknya. Kepimpinan pihak pembangkang sebenarnya sudah lama lemah dan kita boleh saksikan ada sahaja wakil rakyat pembangkang yang tidak puashati dan keluar parti menjadi parti bebas. Saya berharap…rakyat sedar dan perlu berfikir dengan matang agar memberi kemenangan besar kepada kerajaan Barisan Nasional bagi membolehkan kawasan ini dibangunkan setanding dengan kawasan-kawasan lain. Beri peluang menang kepada BN supaya kerajaan dapat memberi bantuan. Saya berharap pengundi bijak meletakkan masa depan mereka. Keupayaan kerajaan Barisan Nasional mentadbir kawasan dan negara menyerlah berdasarkan konsep 1malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Jentera BN peringkat Permatang Pasir perlu berrgerak proaktif,dnamik dan mementingkan perpaduan demi kesinambungan generasi akan datang. Keputusan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, termasuk seorang Exco negeri keluar parti itu memberi gambaran jelas wujudnya percanggahan dan ketidaksefahaman dalam kerajaan diperintah parti pembangkang.

Bibit- bibit perpecahan dalam kerajaan negeri dikuasai pembangkang dalam tempoh lebih tidak sampai dua tahun, menunjukkan keretakan hubungan antara mereka.

“Sudah nampak ketidaksefahaman (antara parti pembangkang) dalam pelbagai isu yang bersangkut paut dengan ideologi dan prinsip masing-masing… nampaknya percanggahan itu semakin hari semakin melebar semakin hari semakin mendalam.

Dua pemimpin PKR Kedah, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia dan pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan keluar parti pembangkang.

Peletakan jawatan itu akan memberi kesan kepada kewibawaan kerajaan Kedah, walaupun masih mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mentadbir kerajaan negeri itu.

“Malah, pemangku Ketua Bahagian Padang Serai pun keluar kerana kehilangan kepercayaan kepada parti mereka (PKR).

 pihak pembangkang perlu akur dengan keputusan Mohd Radzhi adalah keputusan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi mana-mana pihak, terutama Umno.

Beliau sudah membuat keputusan berdasarkan kesedaran bahawa beliau sudah hilang kepercayaan kepada PKR dan sanggup keluar daripada kerajaan Kedah serta menjadi Adun Bebas.

Permatang Pasir adalah sebahagian daripada Permatang Pauh yang mana Anwar adalah wakil rakyatnya dan pemimpin di sini. Mungkin pengaruhnya sudah merosot dan saya harap pengundi akan menilai serta tidak terpedaya.

Pengundi-pengundi diharap agar dapat turun ke pusat pengundian bagi membuang undi mengikut saluran yang ditetapkan.

 

YANG BENAR,

YANG BERHORMAT KOLONEL (K) TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,

AHLI PARLIMEN MAL;AYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB

3 jadi konsortium: PM

Ogos 24, 2009

3 jadi konsortium: PM

Oleh Abdul Razak Raaff dan Irwan Shafrizan Ismail
bhnews@bharian.com.my


ROSMAH menyampaikan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin sambil diperhatikan Najib sempena majlis berbuka puasa di Masjid At-Taufik di Peramu Tiga, Pekan.

Gabung projek Felda, Felcra, Risda tingkat ekonomi

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan tiga agensi pertanian terbesar negara, Felda, Felcra dan Risda bergabung mewujudkan konsortium bagi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi secara perkongsian, sekali gus meningkatkan pendapatan peneroka dan pekebun kecil.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah meminta ketua eksekutif dan pengerusi ketiga-tiga agensi itu menemuinya bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal bagi membincangkan bagaimana gabungan dan perkongsian itu boleh dilaksanakan.

Beliau berkata, banyak faedah yang dapat diperoleh peneroka dan pekebun kecil jika ketiga-tiga agensi pertanian itu bergabung dan meningkatkan kerjasama.
“Umpamanya nak buat kilang baja… jika ketiga-tiga agensi ini berkongsi dan membina kilang baja sudah tentu kita akan dapat mewujudkan skala ekonomi yang lebih besar berbanding jika setiap agensi mendirikan kilang masing-masing.

“Begitu juga jika bergabung bina kilang memproses buah kelapa sawit seperti di kawasan yang ada ladang milik Risda dan berdekatan tanah rancangan Felda dan Felcra. Kalau semua buah kelapa sawit itu dihantar di kilang sudah tentu ia akan maju dan beri margin lebih besar kepada peserta dan peneroka.

“Begitu juga kalau kita nak buat perusahaan hiliran. Kalau dapat bergabung bererti input untuk kilang bertambah dan dapat menghasilkan produk yang memberi keuntungan lebih besar bagi ketiga-tiga agensi ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) di sini, semalam.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Risda mengagihkan dividen berjumlah RM202.3 juta kepada 16,080 peserta RTBB dan 27,776 peserta TSK di seluruh negara.

Mengulas lanjut mengenai cadangan berkenaan, Najib berkata, ketiga-tiga agensi itu tetap wujud cuma mereka bergabung dan bekerjasama berdasarkan projek yang hendak diusahakan.

Adun Lunas keluar PKR

Ogos 24, 2009

Adun Lunas keluar PKR

Oleh Azman Mahmood dan Nahar Tajri
bhnews@bharian.com.my


Mohd Radzhi Salleh

Radzhi umum jadi wakil rakyat Bebas, hilang kepercayaan terhadap parti

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh, mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti itu.

Turut keluar PKR ialah Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai yang dibubarkan, Jamaludin Abu Hassan yang mendakwa ada bukti rakaman perbualan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi telefon mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan supaya mewujudkan ketegangan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 17 Ogos lalu.
Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri, mahu mengekalkan jawatan Exco negeri kerana ia pelantikan Sultan. Beliau juga tidak bercadang menyertai mana-mana parti lain.

Keputusan beliau keluar parti itu juga berikutan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai yang diumumkan Jamaludin.

Mohd Radzhi dan Jamaludin menegaskan mereka tidak lagi yakin kepada perjuangan PKR yang hanya menjaga kepentingan peribadi dan mengamalkan kronisme.

Keputusan mereka disokong 14 ahli jawatankuasa bahagian itu dan kira-kira 200 ahli parti berkenaan.

Bercakap pada sidang media di sini, semalam, Mohd Radzhi berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada pentadbiran dan pucuk pimpinan Kerajaan Pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, sejak Pakatan Rakyat (PR) memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lalu (tetapi Perak diterajui semula BN), hala tuju dan perjuangan PKR lebih menjurus kepada kepentingan peribadi.

“Perjuangan PKR (hanya) untuk membela seseorang (Anwar). Itu yang menyebabkan saya mula terasa.

“Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab kepada ahli jawatankuasa bahagian… saya keluar bagi menyokong keputusan mereka (bubar bahagian),” katanya.

Mohd Radzhi juga mengakui ramai pemimpin PKR Kedah tidak lagi selesa dan mungkin turut keluar parti.

“Kalau tidak tuan-tuan (wartawan) tak (akan) dengar apa yang berlaku (kekecohan kerajaan PR) di Perak dan Selangor sekarang. Ini berlaku kerana perasaan tak puas hati,” katanya.

Beliau bagaimanapun menolak andaian mereka keluar PKR kerana dibeli parti lain.

“Kalau kena beli, kami dah masuk parti yang beli kami. Sekarang kami tak kena beli, kami masuk Bebas,” katanya.

Jamaludin pula berkata, beliau keluar PKR kerana pemimpin parti itu mengamalkan kronisme membabitkan pembahagian jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri selain PKR Kedah menidakkan peranannya di Padang Serai.

“Ahli Jawatankuasa bahagian syorkan saya bubarkan bahagian dan keluar parti,” katanya.

Mengenai rakaman perbualan Anwar menerusi telefon dengan Gobalakrishnan, beliau menjelaskan:

“Saya pasti apabila saya dapat rakaman perbualan melalui telefon pada 18 hari bulan (Ogos) lalu. Kita ada bukti rakaman itu,” katanya.

Diminta mengulas lanjut mengenai rakaman itu, beliau berkata rakaman visual itu berada dalam simpanan pihaknya.

“Kita akan buat CD (cakera padat) dan kita akan edarkan dalam masa terdekat. Saya tak mahu cakap (kandungan perbualan), nanti orang kata saya yang cakap.

“Kita nak CD itu yang cakap, dengarlah CD itu nanti,” katanya.

Gobalakrishnan ditahan pada hari penamaan calon 17 Ogos lalu kerana mencetuskan kekecohan dengan menampar seorang anggota polis di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’dazam Shah hari ini bagi memohon perkenan baginda menggugurkan jawatan Exco yang disandang Mohd Radzhi.

Katanya, jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia negeri yang disandang Mohd Radzhi diperuntukkan kepada PKR sebagai komponen Pakatan Rakyat negeri dan sewajarnya jawatan itu dikosongkan apabila beliau keluar parti itu.