SALAM 1RAMADHAN : AMALAN BERSEDERHANA MAMPU MEMBANTU KERAJAAN MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA

DSC01338DSC01341DSC01346DSC01347DSC01350DSC01357ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1SILAM DAN SALAM 1MALAYSIA, SALAM 1RAMADAN, SALAM 1MERDEKA

1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT Yang Maha Kaya, Yang Maha Agung, Yang Maha Berkuasa dan Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang kini di sambut oleh seluruh umat Islam khususnya rakyat saya di 1SILAM, amnya umat Islam 1Malaysia dan 1Dunia pada tahun 1430H/2009M, saya berdoa kepada Allah SWT semoga setiap amalan baik, ibadah dan sedekah jariah akan mendapat rahmat, hidayah dan balasan baik yang berlipat ganda. Setiap tibanya bulan mulia ini, sudah pasti Umat Islam di seluruh dunia, berlumba-lumba untuk beramal ibadah dengan penuh khusyuk,tawadduk dan diisi dengan amalan ibadah solat, puasa, tarawih, membaca al-quran, bersedekah dan amalan-amalan lain berdasarkan yang disyariatkan Allah SWT. Saya menyeru kepada Rakyat agar berhemah dan bersederhana ketika berbelanja bersesuaian dengan tuntutan agama Islam . Selain daripada itu, kita sebenarnya membantu dan menyumbang kepada negara keluar dari kemelut kegawatan ekonomi yang melanda dunia masa kini.

2. Setiap Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat yang beriman dan bertakwa.  Amal ibadah sepanjang bulan puasa perlu menjadi amalan yang berterusan untuk keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian dalam keluarga. Amalan Ibadah perlu dilaksanakan secara berterusan dan bukan dilaksanakan pada bulan-bulan tertentu sahaja. Anak-anak yang lahir ke dunia ibarat permata yang amat bernilai kepada pembentukan keluarga yang bahagia dan sejahtera. Saya berharap kepada ibubapa/penjaga agar mendidik sejak peringkat awal usia kanak-kanak lagi, supaya masa depan mereka melangkah sebagai generasi yang beriman, bertakwa dan hormat menghormati antara satu dengan lain. Saya ingin melihat generasi masa hadapan yang menghormati orang tua,ibubapa,abang,kakak bahkan dapat berkawan baik dengan suku kaum yang lain seperti masyarakat cina,india,kadazandusun,bajau,idahan,suluk,bugis dan lain-lain lagi. Saya amat berharap kepada ibubapa agar menterjemahkan erti sebenar gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia agar setiap Rakyat sayang kepada Perpaduan Bangsa,tidak berpuak-puak,tidak pentingkan diri sendiri dan kita perlu sedar untuk membina sebuah negara maju menjelang tahun 2020, amat memerlukan penglibatan semua kaum secara total bagi merealisasikan matlamat, visi dan misi negara kita. Ibarat pepatah melayu” Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh”, Rakyat Padu Negara Maju”, Gunung Sama Didaki, Lautan sama Direnangi” dan Perpaduan Teras Kejayaan”.

 3.Peranan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Institusi masjid dan surau perlu merancang satu transformasi baru bagi menarik minat golongan muda-mudi atau belia menunaikan ibadah tarawih di masijd. Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia berkata golongan belia perlu dilibatkan dengan aktiviti yang berlandaskan keagamaan bagi mendekatkan belia dengan masjid.   Saya mencadangkan kepada pihak yang dipertanggungjawabkan mengimarahkan masjid/surau agar melaksanakan program yang sederhana dan bermatlamat bagi mendekatkan belia ke masjid/surau dengan memberi peluang kepada belia terlibat dengan aktiviti seperti azan, bilal, khatam al-quran, ceramah agama, gotong-royong memasak untuk berbuka dan bersahur dan lain-lain lagi.

 4. Saya berharap kepada muslimin dan muslimah agar mempraktikkan dan mengerjakan ibadah bukan sahaja ketika bulan puasa bahkan setiap hari setiap masa hendaklah dilaksanakan dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. Saya mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak, semoga amalan yang baik diberkati dan di redhai Allah SWT.

DSC01259DSC01260DSC01261DSC01264DSC01265DSC01272DSC01273DSC01274DSC01275DSC01277DSC01281DSC01292

5.  Saya memohon sejuta kemaafan kepada rakyat saya yang mungkin terkejut dengan kehadiran saya ke masjid-masjid di sekitar kawasan SILAM. Ketika saya balik kawasan baru-baru ini saya menunaikan ibadah solat Isyak dan terawih berjemaah bersama rakyat saya di masjid kampung Sharif yang terkejut dengan kehadiran saya tanpa diketahuai oleh sesiapa pun. Melihat keadaan masjid ini yang tidak boleh menampung jemaah khususnya bagi kaum HAWA yang terpaksa sembahyang di kawasan luar tanpa beratap/zink, boleh menyentuh hati mana-mana individu yang berterawih di kampung ini. Kalaulah hujan turun sudah pasti rakyat saya yang khusyuk sembahyang akan basah sehingga boleh mengganggu perjalanan sembahyang mereka. Saya cukup terharu dengan masalah yang dihadapi masjid kampung ini. Saya memaklumkan kepada seorang wakil kampung agar membina tempat berteduh kepada jemaah HAWA dengan sumbangan zink MELALUI PERUNTUKAN saya bagi membolehkan rakyat saya menunaikan sembahyang dengan selesa dan baik. Saya kagum dengan semangat penduduk kampung yang bersepakat dan bersatu hati untuk membina tempat berteduh ini dengan kerjasama dari penduduk kampung sendiri.

DSC01297DSC01299DSC01304DSC01305DSC01310DSC01308DSC01316DSC01312DSC01315

6.  Saya BERBUKA PUASA dan sembahyang maghrib bersama-sama rakyat di kawasan kampung DESA BAJAU. Sebelum itu, saya telah meninjau keperluan yang sesuai untuk di sedekahkan bagi keselesaan rakyat menunaikan sembahyang. Atas permintaan pihak penduduk kampung saya telah menyampaikan 2 buah kipas angin dan tikar getah 2 gulung bagi keselesaan menunaikan sembahyang yang diamalkan sepanjang puasa,hari raya dan ibadah setiap hari. Sembahyang Isyak dan solat Terawih saya bergegas ke kampung UNTA, kebetulan saya awal sampai sempat bersalaman dengan generasi pelapis yang awal datang. Saya amat terpegun dengan perubahan yang ketara dengan masjid kampung ini yang amat bersih,bercahaya dan dijaga dengan baik oleh ahli jawatankuasa masjid.

 

7. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia menjemput saya HADIR bagi majlis berbuka puasa. Saya perlu hadir majlis ini bagi menghargai jemputan YAB Perdana Menteri Malaysia. Saya berkeyakinan ada amanat penting yang hendak disampaikan selain jemputan majlis berbuka puasa.

DSC01360DSC01361DSC01362DSC01364

8. Sekali lagi saya ucap Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan al-mubarak tahun ini, semoga segala amalan baik yang dikerjakan  oleh rakyat ku mendapat rahmab dann ganjaran pahala yang berlipat ganda.

 

YANG BENAR,

YANG BERHORMAT KOLONEL (K) TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PMM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: