Archive for Ogos 2009

Penulis blog cuba gugat Perlembagaan kena tindakan

Ogos 15, 2009

Penulis blog cuba gugat Perlembagaan kena tindakan

KOTA BHARU: Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk penulis blog yang cuba mengganggu gugat pelbagai perkara yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan negara, demi menjaga kepentingan seluruh rakyat yang selama ini menikmati kestabilan dan keamanan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Kabinet sudah mengarahkan beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

“Kami diarah menggemblengkan kerjasama antara polis yang menjalankan siasatan dengan bahagian pendakwaan dan suruhanjaya multimedia yang membantu usaha mengumpul bukti kukuh untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Kita kini berdepan dengan usaha pihak yang ingin menghakiskan tunjang dalam pembinaan negara yang diterima semua kaum selama ini, dan termaktub dalam Perlembagaan termasuk kedudukan agama Islam, raja dan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kubang Kerian di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, semua perkara yang termaktub, jika diganggu gugat boleh menjejaskan keselamatan negara.

DISKUSI 1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ogos 15, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM 1SILAM, SALAM 1MALAYSIA

DISKUSI MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

ANJURAN BERSAMA MARA/KEMAS

“Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, MALAYSIA tetap di HATI.”

1. PNGENALAN

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi mnghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial,ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan konsep Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ni sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

PANEL 1 :

1MALAYSIA – PEMKIRAN Y.A.B. DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA Ahli Panel Y.Bhg. Dato’ Haji Shahlan bin Ismail, Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia

PANEL II

1ALAYSIA – RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

1MALAYSIA – CABARAN TERHADAP KESELAMATAN NEGARA

Ahli Panel Y.Bhg. Lt. Jeneral Dato’ Haji Mohd Salleh bin Haji Ismail, Mantan Ketua Pengarah Risik ATM Kmenterian Pertahanan Malaysia

PANEL III 1MALAYSIA – PELUANG BUMIPUTERA DALAM PENDIDIKAN, KEMAHIRAN & KEUSAHAWANAN, oleh Y.Bhg. Tuan Haji Abd. Rahim bin Abd. Ghani Timb. Ketua Pengarah MARA Kuala lumpur ( Khidmat Pngurusan)

PERANTARA : ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID

BERSAMBNG…………

 

Pengenalisis SilamGemilang

Pengerusi Persatuan 1Belia Gemilang,

Lahad Datu, P188 Silam.

SELAMAT DATANG YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA HAJI MUSA BIN HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH MERANGKAP PENGERUSI BARISAN NASIONAL SABAH KE PARLIMEN P188 SILAM

Ogos 14, 2009

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM 1SILAM, 1SABAH, 1MALAYSIA, 1PBB

yb silam

DSCN6232DSCN6238DSCN6508DSCN6574DSCN6650P8020147

P8310680DSC02007DSCN4431

Saya amat berbangga dan kagum dengan komitmen tinggi dan perhatian amat baik YAB Ketua Menteri Sabah terhadap Parlimen P188 Silam yang meliputi kawasan Lahad Datu, Kunak dan Tungku. Kehadiran YAB Ketua Menteri Sabah untuk lawatan kerja ini akan membuka 1Transformasi Besar khususnya kepada RAKYAT P188 SILAM yang menanti-nanti Pembangunan secara holistik dan bersepadu bagi pembinaan negara Bangsa yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 walaupun angka ini menghampiri hari, bulan dan tahun. Berdasarkan tinjauan penganalisis terhadap rakyat P188 Silam sejak seminggu lepas sibuk membuat persiapan bagi menyambut kehadiran pemimpin Sabah yang amat di kagumi.

Saya masih ingat lagi Ketua Menteri Sabah baru sahaja datang ke P188 Silam bagi lawatan kerja untuk melihat sendiri masalah RAKYAT berkaitan Akuakultur Negara P188 SILAM selain merasmikan masjid,Dewan Sri Perdana, Malam Muhibbah dan lain-lain lagi. Sehingga hari ini RAKYAT masih lagi menunggu jawaban pembinaan JALAN BARU yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, dan saya yakin sekali lagi akan diumumkan tarikh bermula pembinaan jalan yang banyak menyusahkan kepada rakyat yang menggunakan jalan Sepagaya ke Bandar, Jalan Segama ke Bandar mahupun  Jalan Bandar ke Segama, Jalan Bandar Ke Sepagaya dan lain -lain lagi. Kesesakan yang telah lama di RASAI yang menjadi  TEKANAN JIWA kepada RAKYAT akan berakhir bermula esok apabila pengumuman secara RASMI. Berdasarkan maklumbalas orang ramai kehadiran Ketua Menteri Sabah ke P188 Silam akan membuka satu lembaran sejarah baru dimana SILAM berpotensi sebagai Pusat Pembangunan Ekonomi yang Drastik,Pusat Eko-Pelancongan Yang Baru di Sabah, Pusat Zon Akuakultur Negara yang Proaktif mengeluarkan berjuta-juta TAN hasil setiap tahun dengan kelulusan Pusat Pentadbiran Akuakultur Negara oleh Kerajaan Sabah dan esok juga tercatat satu sejarah lagi apabila Lapangan Terbang P188 Silam di kawasan Lahad Datu akan diumumkan pembesarannya yang bermula dalam Rancangan Malaysia Ke- 10.

Saya berkeyakinan esok juga akan tercatat satu lagi sejarah apabila PENGERUSI KOMPONEN BARISAN NASIONAL P188 SILAM yang masih KOSONG akan diadakan perbincangan  secara tertutup bagi meleraikan isu selama ini dan akan terjawab dalam masa terdekat Siapakah Akan memegang jawatan Pengerusi Komponen Barisan Nasional P188 Silam, Sabah. Sebagai rakyat di kawasan P188 Silam jika saya diberi pilihan  untuk mengundi siapakah CALON yang paling layak ialah YANG BERHORMAT KOLONEL (K) TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN UPF PBB DUNIA.

Bukti kukuh dan bernas ini Tuan-Tuan/Puan-Puan boleh layari blog seperti berikut yang menyokong KEPIMPINAN BERKARISMA BELIAU : 1. http://sallehkalbi188.wordpress.com     2. silamgemilang.wordpress.com  3. 1silam.blogspot.com   4. rakyatp188silam.wordpress.com.  5. p188silam.blogspot.com   6. alumniagaseh.wordpress.com. 7. ybsilamexcoticdiscovery  8. suaraparlimensilam.wordpress.com  9. you1silam.wordpress.com  10. mylovekunak.wordpress.com 11. e-sahabatparlimensilam.com.my.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan,kedamaian,kesejahteraan,keharmonian,perpaduan dan pembangunan secara menyeluruh berasaskan slogan 1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN berharap bangsa akan gemilang di persada bumi yang bertuah mengukir berbillion Pembangunan Modal Insan dan Pembangunan Berasaskan Material sebagai Penyokong Pembinaan Negara Bangsa Yang Maju Setanding dengan negara-negara lain di dunia era globalisasi ini.

 

Sekian, terfima kasih

 

Transformasi Pembangunan Modal Insan Ke Arah Negara Maju”

P4250257

DSC02117

Penganalisis SilamGemilang

Pengerusi Persatuan 1Belia Gemilang

Lahad Datu, P188 Silam

PENGERUSI JKKK KENAKAN BAYARAN DISIASAT

Ogos 12, 2009

PENGERUSI JKKK KENAKAN BAYARAN DISIASAT

1108-lead-1
SELAMAT BERTUGAS….Justin menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi JKKK Kampung Kota Ayangan, Rahman Takim disaksikan oleh Ahmadsah (kanan) dan Baidi (tiga kanan).

11th August, 2009KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Justin Guka berkata tindakan tegas termasuk melucutkan jawatan Penge- rusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan diambil jika mereka menyalahgunakan tugas mereka.

Katanya, beliau mendapat laporan bahawa terdapat segelintir Pengerusi JKKK yang meng- ambil kesempatan dalam program Projek Cari Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana setiap pemohon dikenakan bayaran antara RM15 hingga RM20 untuk menandatangani borang permohonan.

Justin menegaskan, perkara ini adalah serius dan siasatan sedang dijalankan dan jika didapati berlaku, pemimpin berkenaan akan diambil tindakan tegas termasuklah melucutkan jawatannya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyerahan Watikah Perlantikan Peng- erusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Kawasan Bingkor di bilik gerakan Pejabat Daerah di sini kelmarin.

Terdahulu beliau meminta semua pengerusi JKKK yang menerima watikah pelantikan agar lebih bertanggungjawab untuk membela kebajikan dan masa depan rakyat di tempat masing-masing.

Katanya, mereka juga adalah pemimpin yang perlu ada dedikasi dan tidak menjadikan rakyat mangsa untuk kepentingan diri mereka.

Beliau juga meminta badan-badan JKKK di kawasannya agar dapat mengadakan mesyuarat sebulan sekali dan minit-minit mesyuarat hendaklah dihantar kepada Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dan Pejabat Daerah Keningau.

Ini katanya, bagi memastikan bahawa setiap JKKK itu ada komitmen dan tanggungjawab terhadap tugas mereka kepada pembangunan sosio ekonomi rakyat dan kemudahan infrastruktur yang diperlukan di kampung mereka di samping mengelakkan pertindihan permohonan projek.

Hadir sama pada majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Ahmadsah Tan Sri Sunoh, Pemimpin Kemajuan Rakyat Bingkor, Baidi Ariffin, Pegawai Kemajuan Masyarakat Bingkor, Stanley Bungkilau, Kapitan Cina Liew Ket Lim, kakitangan Pejabat Daerah dan UPKR Bingkor.

Pada majlis itu, Justin turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 13 Pengerusi- Pengerusi JKKK dan JKDB dari Pekan Bingkor, Bandar Keningau, Kampung Tohan Baru, Liau Ulu, Kuangoh, Berungis Baru, Kota Ayangan, Dangulad, Tangkungan, Tuarid Taud, Sasaie, Pagun Antolob dan Labak Baru.

Menyentuh isu letak kereta di sini, Justin memberi jaminan kepada pemilik-pemilik ken- deraan di sini agar tidak merasa bimbang ke atas saman tempat letak kereta yang mereka terima daripada syarikat pengusaha kerana kerajaan akan menyelesaikan masalah ini.

Katanya, kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju menyelesaikan masalah saman yang telah diterima oleh mereka yang tidak membayar tempat letak kereta di sekitar pekan ini.

Justin yang turut menyuarakan isu ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini berkata, pemilik-pemilik kenderaan tidak perlu merasa gelisah memandangkan kerajaan melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan menyelasaikan masalah ini dengan pihak syarikat pengusaha berkenaan.

Walau bagaimanapun pemilik kenderaan perlu membayar tempat letak kereta seperti biasa mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarikat yang mengendali bayaran tempat letak kereta.

Beliau juga memberitahu, bahawa kes saman kepada pemilik-pemilik yang tidak membayar tempat letak kenderaan akan disebut pada bulan depan di mahkamah di sini.

BN sedia patuhi syarat SPR di Permatang Pasir

Ogos 12, 2009

BN sedia patuhi syarat SPR di Permatang Pasir

Oleh Saufi Hamzah dan Nazmi Yaakub
bhnews@bharian.com.my


MUHYIDDIN bersama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang media selepas mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara Ke-10, di Putrajaya, semalam.

Kempen pembangkang juga perlu dipantau: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan mematuhi semua syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 25 Ogos ini.

Pada masa sama, beliau menggesa SPR memantau aktiviti parti politik, terutama pembangkang, sepanjang kempen pilihan raya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, BN amat bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang berbanding tindakan sesetengah parti lain yang sebelum ini sering menimbulkan keresahan dan ketegangan di kalangan pengundi dan petugas pilihan raya ketika berkempen dan hari pengundian.

“Walaupun SPR melarang pondok panas didirikan di luar semua pusat pengundian, ada parti politik yang meminta penyokong mereka berkumpul beramai-ramai sehingga ratusan orang di luar.

“Saya harap SPR akan memantau situasi ini dengan rapi,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara Ke-10, di pejabatnya di sini, semalam.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas pilihan raya kecil itu yang hari penamaan calonnya ditetapkan pada Isnin depan dan pengundian pada 25 Ogos.

Beliau berkata, BN akan mengumumkan calonnya Jumaat ini, di Permatang Pasir, tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, terpulang kepada Presiden parti untuk memilih calon paling sesuai bagi mewakili BN pada pilihan raya kecil berkenaan.

“BN mempunyai strategi dan pendekatan tertentu bagi menarik generasi muda pada pilihan raya itu. Memandangkan pilihan raya ini diadakan pada bulan puasa, cara kita berkempen sebelum dan sebahagian pada bulan puasa ada cara berbeza,” katanya.

Mengenai kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, supaya parti yang bertanding tidak membawa ramai penyokong luar, beliau berkata: “Kita tidak ada (membawa) penyokong yang terlalu ramai. Memang kita bersemangat untuk menyokong calon kita, tapi kita selalu mematuhi peraturan bagi memastikan pengundi keluar mengundi dan memastikan ia berjalan dengan aman.

Muhyiddin Beri Amaran Mengenai Pengkhianat Bangsa

Ogos 12, 2009

Muhyiddin Beri Amaran Mengenai Pengkhianat Bangsa

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu mengenai individu-individu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.

Beliau berkata individu-individu seperti itu sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini Isnin.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan Hotel Regency International di Jalan Raja Alang, yang merupakan cawangan kesembilan rangkaian hotel itu di negara ini.

Muhyiddin juga berkata apa yang membimbangkannya kini ialah terdapat orang Melayu yang menyokong orang bukan Melayu yang berani mempersoalkan hak dan dasar-dasar yang dibuat untuk orang Melayu.

“Saya tidak akan berhenti mengingatkan dalam tempoh setahun dua ini bahaya yang bakal kita hadapi. Bahaya sentiasa ada di hadapan kerana adanya Melayu yang gemar memutarbelitkan fakta yang pastinya disukai kaum bukan Melayu yang berkepentingan,” katanya.

Beliau mengajak orang Melayu supaya menentang pihak-pihak yang menjadi pengkhianat dan penderhaka ini yang hanya akan menyukarkan perjuangan Umno untuk terus mempertahankan kedudukan orang Melayu.

Katanya orang Melayu seharusnya memikirkan sedalam-dalamnya masa depan mereka daripada pelbagai segi kerana jika Umno tidak lagi berkuasa, maka kedudukan orang Melayu akan mudah diganggu gugat.

“Selama puluhan tahun, saya fikir saudara saudari tak pernah terfikir mengenai perkara ini kerana selama ini gerak geri saudara saudari tidak pernah tersekat kerana anda tahu Umno dan Barisan Nasional yang memerintah.

“Tetapi sekarang kita mudah tercabar. Selepas pilihan raya umum, mereka melihat politik boleh mengubah segala-galanya. Sebab itu ada pihak yang ghairah untuk merebut tempat tanpa memikirkan masa depan orang Melayu,” katanya.

Muhyiddin mengajak pertubuhan-pertubuhan ekonomi orang Melayu dan bumiputera seperti Perdasama supaya membantu kerajaan memberi penerangan kepada anggota-anggota mereka mengenai situasi politik yang boleh menjejaskan suasana ekonomi pada hari ini.

“Ini tanggungjawab besar kerana jika kita tidak endahkan, jika terjadi sesuatu…jangan menyesal,” katanya.

— BERNAMA

Ogos 11, 2009


Warisan by Siti NurhalizaFunny bloopers are a click away

Ogos 11, 2009


Satu Malaysia (Lagu Tema Rasmi)More bloopers are a click away

Ogos 11, 2009


Nasyid Brothers Lagu KedamaianWatch a funny movie here

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 45 TAHUN : YB. KOLONEL (K) TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KABI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM, DUTA KEAMANAN UPF PBB

Ogos 11, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,PERPADUAN, SALAM 1SILAM 1MALAYSIA

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, Selawat Ke atas Junjunganh Nabi Muhammad SAW, para sahabat muslimin dan muslimat. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyidin Bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Bin Aman, Ketua Menteri Sabah, Menteri-Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri,sahabat Parlimen Malaysia,Duta-Duta,Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati.

1SILAM 1malaysia kini copy

Yang Berhormat Kolonel (K) Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan UPF PBB. Sejarah yang terukir pada tarikh 10hb / Ogos / 2009 bersamaan hari Isnin menandakan umur Yang Berhormat kini mencecah 45 tahun. Setiap detik masa yang bergerak,berputar mengikut arus pusingan jam setiap itulah perjuangan terus dicurahkan untuk rakyat khususnya di 1SILAM dan peranan yang dimainkan peringkat negeri Sabah di Parlimen Malaysia turut merencana satu deminsi baru yang berkarisma,berwawasan jauh kehadapan sehingga Sabah dan Sarawak hatta Semenanjung menerima kesan positif dengan ucapan semasa berada di Parlimen Malaysia.

Berdasarkan kajian penganalisis SilamGemilang terhadap kehebatan berucap yang bernas,berkarisma,visi,misi,wawasan dan demi kepentingan rakyat 1Malaysia, Yang Berhormat Tuan Haji Salleh memiliki IDENTITI TERSENDIRI sehingga terkenal sebagai anak muda baru yang membela rakyat 1Malaysia. Mungkin apa yang saya katakan banyak persoalan namun hakikat mendahului persoalan. Tepuk-tepuk kendiri tanya minda?

Perjuangan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh membawa perubahan khususnya di Kunak,Lahad Datu dan Tungku yang terletak di Parlimen P188 Silam telah mengangkat dan mengharumkan nama Silam bukan sahaja di 1Malaysia malahan di pentas dunia. Rakyat amat bersyukur kerajaan Malaysia telah meluluskan Zon Akuakultur Negara Parlimen Silam yang berpotensi sebagai industri baru dalam memperkayakan Rakyat Silam. Kehebatan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bagi meyakinkan kerajaan potensi Silam sebagai Zon Akuakultur Negara akhirnya menjadi kenyataan. Dalam tempoh terdekat ini Silam akan hebat sebagai Pusat Akuakultur Negara apabila terlaksananya Pusat Industri Akuakultur Negara yang dirancang pembinaanya di kawasan DEWATA, Lahad Datu, P188 Silam. Setakat ini pembinaan masih lagi tergendala kerana masalah penyelesaian TANAH yang masih dalam kajian. Namun demikian, tapak di kawasan Kunak, P188 Silam perlu difikirkan sebagai penempatan Pusat Industri Akuakultur Negara jika masalah BIROKRASI masih menjadi persoalan walaupun kerajaan Malaysia telah MELULUSKAN.

Kepantasan budaya kerja dan kelajuan minda berfikir Yang Berhormat Tuan Haji Salleh telah meletakkan P188 Silam sebagai BANDAR PELANCONGAN yang kaya dengan destinasi yang belum di komersialkan,belum dipromosikan. Sudah tiba masanya P188 Silam diiktiraf sebagai Bandar Pelancongan NEGARA MALAYSIA yang selama ini tersimpan dalam buku sahaja tetapi tidak dipromosikan. Peranan Kementerian Pelancongan,NGO,Kerajaan Persekutuan dan Negeri BERSEPADU menggemilangkan P188 SILAM sebagi salah satu lagi destinasi pelancongan yang menarik,hebat,kaya sumber alam Hutan Hujan Tropika,Gua Madai Menyimpan berjuta-juta harta,Air Terjun Madai yang menyimpan berbillion kekayaan sumber air indah dan menarik,pokok hutan tropika Madai,Lembah Danum yang menyimpan jutaan HAIWAN pokok  hutan yang terpelihara,Pelancongan Arunji, Pelancongan Pantai Terusan,Pantai Sarina,Telaga Tujuh Sumber sejarah manusia,kuburan purba,larva gunung Berapi sejadi Madai,Bermulanya Islam bertapak di Silam, Keunikan rakyat yang menghuni P188 Silam bermasyarakat ANTARABANGSA,Pelancongan Felda Sahabat dan banyak lagi. Hakikat P188 SILAM yang dikomersilkan sebagai BANDAR PELANCONGAN SILAM adalah tepat pada masanya dan RAKYAT P188 SILAM amat berbangga dan kagum dengan visi dan misi Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi yang MENGANTARABANGSAKAN P188 SILAM sebagai Pusat Destinasi Pelancongan BARU DI 1SABAH dan DI 1MALAYSIA HATTA DI 1DUNIA PENTAS GLOBALISASI.

Saya YAKIN dan PERCAYA rakyat menyokong USAHA YB. Hj. Salleh Hj. Kalbi merekod SILAM yang menyimpan HARTA KARUN BERNILAI TINGGI di NOBATKAN sebagai TAPAK WARISAN BANGSA KITA. Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas dan Tahniah kepada Yang Berhormat Kolonel (K) Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi yang GEMILANG BERKARISMA dan SAYANG RAKYAT BIJAK MEREALISASIKAN KHAZANAH BUMI SILAM UNTUK DI REKOD DALAM BUKU 1 SILAM,1SABAH,1MALAYSIA. Ini terbukti 13 orang Doktor Profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia membuat kajian (PROFER) Program Penyelidikan dan Kajian Bumi P188 SILAM agar mampu berdayasaing dan berdaya maju setanding dengan kawasan Parlimen-Parlimen di Malaysia.

Sebagai bukti kejayaan KAJIAN BANDAR PELANCONGAN SILAM pada bulan Januari 2010 akan bermula akses Pesta Silam yang digabung jalinkan di tiga-tiga kawasan melibatkan Kunak,Tungku dan Lahad Datu di Parlimen P188 Silam.

Kejayaan GEMILANG BERKARISMA Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi telah memantulkan mutiara ilmu yang bermanfaat demi KETERBILANGAN 1SILAM,1SABAH DAN 1MALAYSIA HATTA 1DUNIA DI ERA GLOBALISASI.

 

“Transformasi Silam Gemilang Menjulang Namamu 1Malaysia”

Penganalisis SilamGemilang

Pengerusi Persatuan 1Belia Gemilang

Lahad Datu,P188 Silam