Archive for September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

September 18, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Salam 1malaysia, 1Silam, 1Unity, Salam Aidilfitri,

FESTIVAL YB SILAM

Saya mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah SWT Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengampun dan Lagi Maha Mengetahui, Selawat Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, dikesempatan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2009 ini, saya sekarang masih berada di Kota Suci Mekah bagi menunaikan Ibadah UMRAH bersama isteri dan anak-anak tersayang. Walaupun jauh di mata namun saya tetap mengingati dan menghargai RAKYAT khususnya di kawasan saya bagi Parlimen P188 Silam, Sabah. Saya selalu berdoa semoga RAKYATKU sentiasa dimurahi rezeki, rajin bekerja, eratkan silaturrahim dan perpaduan tanpa mengira kaum dan bangsa, dirahmati dan mendapat perlindungan Allah SWT.

Hari ini saya dapat merasai RAKYAT dalam keadaan sibuk mengatur persiapan Hari Raya. Malam ini sama-samalah kita mendengar pengumuman HARI RAYA AIDILFITRI yang akan diumumkan secara langsung melalui kaca TV 1,2,3 dan siaran Radio. Pada petang ini semua lokasi untuk melihat anak bulan saya janga sudah bermula dan akan ditentukan berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Saya berpesan kepada diri dan RAKYAT agar berbelanja secara berhemah dan tidak membeli-belah melebihi had kewangan sehingga boleh menjejaskan kehidupan keluarga sendiri. Semalam kakitangan kerajaan telah menerima BONUS yang dibayar sebanyak 2 kali iaitu bulan ini dan bulan Disember. Tambahan nilai wang yang ada dapat diguna sebaik-baik bagi meringankan beban bagi persediaan membeli barangan yang berpatutan.

Kepada kaum muslimin dan muslimat yang belum membayar ZAKAT FITRAH masih belum terlewat lagi boleh berkunjung ke lokasi yang telah disediakan bagi membayar zakat. Pembayaran awal zakat ini bertujuan mengelakkan terlupa dan kesibukaan di saat-saat akhir. Zakat yang ditetapkan pada tahun ini berjumlah RM6.60 sahaja.

Hari ini kebiasaanya lebih banyak kereta yang menggunakan jalan raya untuk balik kampung dan akan berkurangan di kawasan Bandaraya dan bandar. Kepada pengguna jalan raya yang sedang dalam perjalanan balik kampung saya menasihatkan agar memandu kereta dalam keadaan selamat, pastikan anda sebagai pemandu tidak mengantuk, jika merasa diri mengantuk saya berharap agar anda parking dan tidur dalam lingkungan masa 7 hingga 10 minit bagi memulihkan tenaga semula dan kesegaran badan. Anda sebenarnya tidak rugi menggunakan masa rehat sebentar bagi melancarkan perjalanan anda dengan baik dan selamat. Pastikan kereta dalam keadaan baik bagi melicinkan perjalanan balik kampung.

Tahun ini negara -negara dunia tidak terkecuali juga negara kita terlibat dengan jangkitan H1N1 yang telah meragut nyawa dan menyerang mangsa secara tiba-tiba. Kepada anda yang sedang membeli-belah lebih baik menggunakan penutut mulut dan hidung bagi mencegah dari jangitan virus ini. Bah kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubat.

Bulan ramadhan yang penuh keberkatan amat dirindui oleh para ulama yang menjanjikan pahala lebih baik dari seribu. Bagi mereka berakhirnya puasa ini akan berlinangan air mata dengan tangan menadah doa kehadrat Allah SWT. Penghayatan Ramadhan yang membuka pintu rezeki, pintu doa dan segala amalan yang baik akan dibalas dengan berlipat ganda. Melalui puasa badan kita sebenarnya banyak dilatih untuk berehat,membersihkan dan memulihkan dari segala penyakit. Jangan lupa selepas beberapa hari di bulan syawal nanti ada lagi amalan ibadah puasa sunat yang dikatakan mempunyai nilai pahala yang amat tinggi sekali.

Sempena menjelang tiba hari yang mulia ini saya YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan UPF PBB, Isteri Hajah Fatmah Binti Abd. Aziz, anak-anak serta seisi keluarga dan staff P188 Silam mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf Zahir dan Batin kepada kaum muslimin dan muslimat RAKYAT kawasan P188 Silam, Sabah dan Malaysia.

Saya amat mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Menteri Kabinet Malaysia dan Sabah, YBhg. Dato, Datin, Tuan, Puan, Encik dan Cik ke Majlis FESTIVAL AIDILFITRI pada Hari Raya ke – 3 jam 9.45 pagi hingga jam 2.00 petang bertempat di Dewan Tun Haji Mustapha, lahad Datu, Silam. Sabah. Kehadiran adalam dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

 

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap

Duta Keamanan UPF PBB

MANGSA KEBAKARAN TERBARU DI LAHAD DATU

September 17, 2009

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia dan salam 1 Ramadhan

DSC02263DSC02285DSC02266DSC02300DSC02312

Kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja jika langkah-langkah mencegah tidak di patuhi dan di amalkan oleh setiap penghuni rumah. Sejak kebelakangan ini kebakaran di sering berlaku di daerah KUnak dan kini menyerang kawasan daerah Lahad Datu. Apa sebenarnya yang berlaku ini sehingga boleh dikatakan setiap hari setiap minggu kebakaran sering berlaku….Adakah kajian telah dilakukan atau hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa ada mesyuarat tergempar membincangkan isu ini.

Baru-baru ini kebakaran entah kali keberapa sudah berlaku di jalan airport lahad Datu kemudian selang beberapa hari seorang meninggal dunia ketika berehat di kedai dan terbaru lagi kebakaran sebuah rumah yang berjiran dengan abangnya hangus terbakar.

Ketua Perhubungan Parlimen P188 Silam Chong Su Vun telah menghulurkan sumbangan berupa wang kepada pihak mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung setelah kehilangan rumah dan harta benda. Beliau juga mencadangkan agar setiap rumah diwajibkan memiliki PEMADAM API bagi mencegah kebakaran merebak ke tahap berbahaya.

 

Penganalisis SilamGemilang

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA UMAT ISLAM

September 17, 2009

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, salam 1Silam

DSCN0708DSC02053DSC01363

DSCN0592

Sempena bulan puasa ini saya Chong Su Vun, Ketua Perhubungan Parlimen P188 Silam ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidilfiftri maaf zahir dan batin. Saya berharap hari raya tahun ini rakyat YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi bagi kawasan P188 Silam akan dapat menunaikan dan meraikan hari raya Aidilfitri dengan penug rasa gembira, ceria dan yang paling penting dapat berkumpul bersama keluarga yang datang jauh semestinya akan balik kampung halaman.

Saya bagi pihak YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi menjemput dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato Seri, Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian ke Rumah Terbuka / Festival Aidilfitri Ahli Parlimen Malaysia,P188 Silam berdasarkan ketetapan berikut ;

Tarikh       : Rumah Terbuka ke-3

Masa         : 09.45 pagi hingga 02.00 petang

Tempat   : Dewan Masyarakat Tun Haji Mustapha, Lahad Datu, Silam. Sabah.

 

Kehadiran adalah amat dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih.

 

CHONG SU VUN

Ketua Perhubungan P188 Silam

UMRAH BERSAMA KELUARGA TERSAYANG : BERKAT RAMADHAN AL-MUBARAK

September 15, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, 1 Silam

DSC01756DSC01757DSC01763DSC01759DSC01785DSC02076DSC02077DSC02089DSC02097DSC02095DSC02099DSC02090DSC02087

Umat Islam diseluruh dunia menyambut bulan ramadhan dengan penuh kesyukuran, tawadduk dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pahala dan doa dibulan yang mulia ini amat besar sehingga dikatakan orang-orang yang berdoa dibulan ini akan diangkat doanya kelangit. Malam lailatul qadar menjadi rebutan dikalangan muslimin dan muslimah yang ikhlas beribadah kepada Allah SWT. Amalan solat 5 waktu,terawih,puasa,solat-solat sunat,akhlak mulia dan lain-lain lagi.

Sempena Bulan Ramadhan yang sungguh mulia ini, Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan ( UPF ) PBB bersama isteri YBhg. Puan Hajah Fatmah Binti Hj. Abd. Aziz, anak-anak Hjh. Amirah Mahfuzah Syopieah, Hjh. Amera Elezadiba Saleysiah kini sedang menunaikan IBADAH UMRAH DI KOTA MEKAH dan dijangka akan menunaikan Sembahyang Hari Raya Aidilfitri di Mekah dan Hari Raya Pertama Rumah Terbuka YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia. Berdasarkan analisa bersama rakyat P188 Silam mendoakan YB. Silam dan Isteri, anak-anak Selamat, Sihat dan mudah menunaikan Ibadah Umrah dan Selamat Balik ke tanah Air tercinta kelak. Amin.amin.amin ya rabbul alamin.

 

Penganalisis SilamGemilang

RAKYAT TELUK SOAIAN masih dalam dilema

September 11, 2009

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, 1Silam

DSC02019

Berbuka Puasa dibulan Ramadhan al-mubarak merupakan satu kewajiban khususnya kepada ummat Islam yang bersaur di waktu malam sebelum terbit fajar. Saya berkesempatan mengikuti rombongan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam untuk berbuka puasa di masjid kampung Teluk Soaian. Kehadiran YB. Ahli Parlimen Silam di sambut dengan penuh gembira, kagum dan terharu kerana YB. Silam sudi meluangkan masa bersama rakyatnya walaupun jadual padat dengan aktiviti-aktiviti rasmi.

Semasa YB. Ahli Parlimen Silam berucap katanya ” Lawatan ke Australia baru-baru ini bertujuan menarik pelabur untuk melabur di negara kita”. Saya tidak hairan jika pelabur ramai yang dapat dibawa masuk ke Malaysia kerana YB. Silam sendiri memiliki ke pakaran dalam bidang pembangunan dan perancangan bandar dan wilayah. Kepakaran dalam menarik minat pelabur yang disertai semangat tinggi dan sayang kepada negara sendiri menjadi satu wawasan dan agenda YB. Silam agar misi dan visi mudah tercapai. alhamdulillah lebih kurang 600 pelabur dapat dibawa masuk ke negara kita.

Saya baru tahu rupa-rupanya kampung Teluk Soaian masih lagi dalam delima. Pemikiran penduduk ini masih dibelenggu teka-teki mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu sehingga menyebabkan hasrat penduduk kampung untuk memiliki tanah sendiri masih lagi kabur-kabur. Sekian menanti tanpa keputusan menjadi satu penyeksaan kepada RAKYAT khususnya yang mendiami kawasan ini.

Masalah ini telah disuarakan beberapa kali kepada kepimpinan namun tiada tindakan yang diambil bagi membantu mereka dapat hidup aman dan bebas seperti kampung-kampung lain. Harapan penduduk kampung amat tinggi agar dapat menilai semula permohonan penduduk kampung agar kampung ini di diluluskan sebagai tapak perkampungan.

YB. Ahli Parlimen Silam berpesan kepada rakyat agar dapat berjimat cermat ketika berbelanja di bulan puasa dan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi akan menjelang tiba. Dalam bulan Ramadhan ini Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi bersama isteri dan anak-anak kini sedang menunaikan IBADAH UMRAH DI KOTA MEKAH. Saya berkeyakinan Rakyat P188 Silam mendoakan kebahagian, kesejahteraan, kesihatan dan dinaungi Allah SWT selamat menunaikan Ibadah Umrah dan Selamat Balik ke tanah Air Tercinta. Mungkin YB. Ahli Parlimen Silam akan menunaikan Sembahyang Hari Raya Aidilfitri di Kota Mekah dan di Kuala Lumpur. Jika ada kesempatan YB. Ahli Parlimen akan hadir ke majlis rumah terbuka Perdana Menteri Malaysia hari raya pertama. Kepada RAKYAT Ahli Parlimen P188 Silam dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen P188 Silam yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Tun Haji Mustapha jam 9.46 pagi himngga 2.00 petang.

Kepada RAKYAT 1 Malaysia diucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

BERBUKA PUASA BERASASKAN KONSEP 1MALAYSIA : YB. TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI

September 3, 2009

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam dan Salam 1Ramadan

Syukur kehadrat Allah SWT yang telah menganugerahkan kepada rakyat 1Malaysia hidup dalam keamanan, kesejahteraan, kedamaian dan bebas untuk mencari nafkah dan rezeki tanpa merasa takut mahupun cemas. Sebagai rakyat warganegara Malaysia kita perlu mempunyai RASA tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan dan undang-undang negara supaya keharmonian ini berpanjangan buat selama-lamanya.

DSCN0535DSCN0515DSCN0568DSCN0629DSCN0527

Saya sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen P188 Silam telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat tanpa mengira latarbelakang,keturunan dan agama bagi bertujuan mencapai matlamat secara ikhlas iaitu gagasan 1malaysia yang lebih mengutamakan perpaduan pelbagai kaum. Saya telah memberi sumbangan peribadi bersama isteri saya Puan Fatmah binti Abd. Aziz,Auliah Trading,dan lain-lain lagi yang turut serta seperti JHAEINS dan lain-lain lagi.

Kehadiran orang ramai dianggarkan lebih kurang 800 orang adalah diluar jangkaan saya walaupun sasaran hanya sekitar 400 orang.  Saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT yang memberi rezeki dan memudahkan urusan majlis berbuka puasa pada petang semalam. Kehadiran orang ramai melibatkan kaum melayu,cina dan lain-lain kaum juga turut mendapat perhatian daripada saya kerana mereka juga adalah rakyat saya dan berhak diberi dan dihulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka. Saya berdoa semoga dengan adanya bantuan ini mereka akan dapat hidup selesa,bahagia dan mendapat rezeki yang akan melimpah lagi.Amin.

Sambutan berbuka puasa kali ini sememangnya ada kelainan.  Jika sebelum ini pemimpin yang bergelar YANG BERHORMAT ditempat di kawasan khusus atau berbuka dengan ada meja dan kerusi namun pada kali saya telah mencetuskan idea dengan berbuka secara duduk di lantai bersama-sama rakyat tanpa mengira pangkat,kedudukan dan darjat semuanya sama sahaja. Mudah-mudahan dengan konsep “Ketradisionalan Dalam Kemodenan” ini dapat dihayati dengan ikhlas dan jujur agar seni budaya bangsa Malaysia yang kaya dengan adap dan sopan dapat dipraktikkan sebaik-baiknya oleh semua lapisan masyarakat 1malaysia.

Insyallah dalam bulan ramadan ini saya akan menunaikan ibadah UMRAH ke Kota Mekah. Saya akan mendoakan kesejahteraan RAKYAT saya semoga mendapat perlindungan,rahmat,rezeki dan hidup aman dan damai.

 

1Malaysia, 1Silam, 1Famili

 

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB

MENINGGAL DUNIA USIA 113 TAHUN DI DAERAH KUNAK

September 1, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA 1SILAM

DSC01681DSC01642DSC01648DSC01664

Hari ini saya telah menziarahi RAKYATKU yang baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga kerana panggilan Allah SWT. Sebagai seorang wakil rakyat kawasan P188 Silam saya menemui keluarga mereka dengan mengucapkan TAKZIAH semoga roh akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Saya ingin mengajak kepada kaum muslimin dan muslimat marilah kita bersama-sama membaca surah AL-FATIHAH sebagai hadiah kepadanya.

DSC01697DSC01700DSC01725DSC01736DSC01709

Saya sebenarnya terkejut dan tidak menyangka pemergian beliau ini sudah mencecah umur lebih kurang 113 tahun umur yang paling panjang sekali Allah anugerahkan kepadanya. Dikawasan Kunak ini ada 2 orang yang meninggal dunia. Saya telah melawat dan menghadiahkan bacaan surah YASSIN.

Saya berharap kepada pihak keluarga yang ditimpa musibah ini diharap banyak-banyak bersabar kerana Allah SWT lagi Maha Pengampun dan Maha Mengetahui.

DSC01742DSC01743DSC01748DSC01749

Ketika sampai di Lahad Datu saya terus menunaikan solat zohor di masjid Haji Muda berjemaah. Selepas itu saya terus ke Masjid Ar-Rauddah untuk menyampaikan sumbangan Tangki dan pada petang ini diadakan berbuka puasa,solat maghrib,isyak dan solat terawih berjemaah bersama rakyat saya.

 

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB

SAMBUTAN MERDEKA P188 SILAM DI MASJID DAERAH KUNAK

September 1, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA, 1SILAM DAN SALAM MERDEKA DAN RAMADAN

 DSC01450DSC01460DSC01481DSC01514DSC01522

Syukur kehadrat Allah SWT, sambutan hari kemerdekaan pada tahun 2009 ini sungguh unik dan baik sekali kerana acara ini diadakan dalam suasana masyarakat umat Islam menunaikan ibadah puasa. Saya amat kagum dan terharu dengan kehadiran orang ramai menyambut hari kemerdekaan dengan cara sederhana dan bermanfaat. Ini membuktikan rakyat sudah matang dan dapatr menghayati erti sebenar kemerdekaan tanah air tercinta.

Program Ambang Merdeka sempena sambutan hari kemerdekaan ke 52 yang diadakan di daerah Kunak bertempat di masjid Raya Kunak ( Masjid Nurul Iman ). Walaupun sambutan hari kemerdekaan tahun ini tidak disambut di dataran, pengisian kali ini lebih menjurus kepada bulan ramadhan dimana umat Islam berkumpul beramai-ramai di masjid untuk bersama-sama membaca tahlil dan bacaan doa selamat dan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, ceramah khas kemerdekaan oleh Prof. Dr Azizan bin ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia, Solat Isyak,Terawih dan jamuan makan.

Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun ini amat bermakna dan perlu pengertian sebenar-benarnya bagi membentuk masyarakat bersepadu,bersatupadu dan mengekalkan hubungan silaturrahim dan perpaduan dikalangan masyarakat melayu, cina dan india serta kaum-kaum lain. YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia telah mencetuskan gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Gagasan ini mengajak rakyat untuk mengekalkan PERPADUAN BANGSA MALAYSIA yang telah berjaya disatukan melalui perjuangan menuntut sehingga kejayaan negara mencapai sebuah negara yang merdeka. Sebagai rakyat yang cintai kedamaian,keamanan dan kemakmuran kita perlu menghormati dan menghargai perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah berkorban masa,harta,tenaga dan diri demi menyelamatkan tanah air tercinta daripada penjajahan.

Dibawah kepimpinan Perdana menteri Malaysia yang kita kagumi yang mempunyai misi dan visi untuk mempercepatkan kejayaan dan kemajuan negara bagi mencapai matlamat wawasan 2020 kelak. Saya ingin memetik kata-kata YAB Perdana Menteri katanya ; “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”. Saya berpendapat apa yang dimaksudkan oleh pemimpin kita ialah agar setiap individu samada melayu, cina dan india perlu memahami hala tuju transformasi baru untuk mewujudkan masyarakat yang melepasi sempadan kaum masing-masing. Setiap orang perlu membuka fikiran agar tidak mementingkan dan bertindak atas kepentingan kaum masing-masing sebaliknya kita perlu melahirkan tindakan yang mampu melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Sebagai contoh melayu tidak hanya berfikir,bertindak dan menikmati kejayaan ini dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu  hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.

Saya berharap rakyat perlu memahami dan menghayati aspirasi negara supaya kegemilangan kemerdekaan tanah air tercinta negara kita dapat dikekalkan buat selama-lamanya sehingga ke generasi akan datang. Jangan kita leka dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang hanya memporak peranda keadaan seperti budaya demonstrasi,tidak menghormati undang-undang dan merosakkan harta benda sehingga peniaga-peniaga amat terancam kesan tindakan mereka.

Sebagai rakyat yang cintai kedamaian dan keharmonian sama-samalah kita membantu kerajaan Malaysia untuk maju dan dapat membangunkan negara ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020 kelak.

 

Yang benar,

Ketradisionalan Dalam kemodenan

1Malaysia, 1Silam, 1Famili

 

YANG BERORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB