SAMBUTAN MERDEKA P188 SILAM DI MASJID DAERAH KUNAK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA, 1SILAM DAN SALAM MERDEKA DAN RAMADAN

 DSC01450DSC01460DSC01481DSC01514DSC01522

Syukur kehadrat Allah SWT, sambutan hari kemerdekaan pada tahun 2009 ini sungguh unik dan baik sekali kerana acara ini diadakan dalam suasana masyarakat umat Islam menunaikan ibadah puasa. Saya amat kagum dan terharu dengan kehadiran orang ramai menyambut hari kemerdekaan dengan cara sederhana dan bermanfaat. Ini membuktikan rakyat sudah matang dan dapatr menghayati erti sebenar kemerdekaan tanah air tercinta.

Program Ambang Merdeka sempena sambutan hari kemerdekaan ke 52 yang diadakan di daerah Kunak bertempat di masjid Raya Kunak ( Masjid Nurul Iman ). Walaupun sambutan hari kemerdekaan tahun ini tidak disambut di dataran, pengisian kali ini lebih menjurus kepada bulan ramadhan dimana umat Islam berkumpul beramai-ramai di masjid untuk bersama-sama membaca tahlil dan bacaan doa selamat dan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, ceramah khas kemerdekaan oleh Prof. Dr Azizan bin ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia, Solat Isyak,Terawih dan jamuan makan.

Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun ini amat bermakna dan perlu pengertian sebenar-benarnya bagi membentuk masyarakat bersepadu,bersatupadu dan mengekalkan hubungan silaturrahim dan perpaduan dikalangan masyarakat melayu, cina dan india serta kaum-kaum lain. YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia telah mencetuskan gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Gagasan ini mengajak rakyat untuk mengekalkan PERPADUAN BANGSA MALAYSIA yang telah berjaya disatukan melalui perjuangan menuntut sehingga kejayaan negara mencapai sebuah negara yang merdeka. Sebagai rakyat yang cintai kedamaian,keamanan dan kemakmuran kita perlu menghormati dan menghargai perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah berkorban masa,harta,tenaga dan diri demi menyelamatkan tanah air tercinta daripada penjajahan.

Dibawah kepimpinan Perdana menteri Malaysia yang kita kagumi yang mempunyai misi dan visi untuk mempercepatkan kejayaan dan kemajuan negara bagi mencapai matlamat wawasan 2020 kelak. Saya ingin memetik kata-kata YAB Perdana Menteri katanya ; “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”. Saya berpendapat apa yang dimaksudkan oleh pemimpin kita ialah agar setiap individu samada melayu, cina dan india perlu memahami hala tuju transformasi baru untuk mewujudkan masyarakat yang melepasi sempadan kaum masing-masing. Setiap orang perlu membuka fikiran agar tidak mementingkan dan bertindak atas kepentingan kaum masing-masing sebaliknya kita perlu melahirkan tindakan yang mampu melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Sebagai contoh melayu tidak hanya berfikir,bertindak dan menikmati kejayaan ini dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu  hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.

Saya berharap rakyat perlu memahami dan menghayati aspirasi negara supaya kegemilangan kemerdekaan tanah air tercinta negara kita dapat dikekalkan buat selama-lamanya sehingga ke generasi akan datang. Jangan kita leka dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang hanya memporak peranda keadaan seperti budaya demonstrasi,tidak menghormati undang-undang dan merosakkan harta benda sehingga peniaga-peniaga amat terancam kesan tindakan mereka.

Sebagai rakyat yang cintai kedamaian dan keharmonian sama-samalah kita membantu kerajaan Malaysia untuk maju dan dapat membangunkan negara ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020 kelak.

 

Yang benar,

Ketradisionalan Dalam kemodenan

1Malaysia, 1Silam, 1Famili

 

YANG BERORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: