BERBUKA PUASA BERASASKAN KONSEP 1MALAYSIA : YB. TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam dan Salam 1Ramadan

Syukur kehadrat Allah SWT yang telah menganugerahkan kepada rakyat 1Malaysia hidup dalam keamanan, kesejahteraan, kedamaian dan bebas untuk mencari nafkah dan rezeki tanpa merasa takut mahupun cemas. Sebagai rakyat warganegara Malaysia kita perlu mempunyai RASA tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan dan undang-undang negara supaya keharmonian ini berpanjangan buat selama-lamanya.

DSCN0535DSCN0515DSCN0568DSCN0629DSCN0527

Saya sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen P188 Silam telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat tanpa mengira latarbelakang,keturunan dan agama bagi bertujuan mencapai matlamat secara ikhlas iaitu gagasan 1malaysia yang lebih mengutamakan perpaduan pelbagai kaum. Saya telah memberi sumbangan peribadi bersama isteri saya Puan Fatmah binti Abd. Aziz,Auliah Trading,dan lain-lain lagi yang turut serta seperti JHAEINS dan lain-lain lagi.

Kehadiran orang ramai dianggarkan lebih kurang 800 orang adalah diluar jangkaan saya walaupun sasaran hanya sekitar 400 orang.  Saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT yang memberi rezeki dan memudahkan urusan majlis berbuka puasa pada petang semalam. Kehadiran orang ramai melibatkan kaum melayu,cina dan lain-lain kaum juga turut mendapat perhatian daripada saya kerana mereka juga adalah rakyat saya dan berhak diberi dan dihulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka. Saya berdoa semoga dengan adanya bantuan ini mereka akan dapat hidup selesa,bahagia dan mendapat rezeki yang akan melimpah lagi.Amin.

Sambutan berbuka puasa kali ini sememangnya ada kelainan.  Jika sebelum ini pemimpin yang bergelar YANG BERHORMAT ditempat di kawasan khusus atau berbuka dengan ada meja dan kerusi namun pada kali saya telah mencetuskan idea dengan berbuka secara duduk di lantai bersama-sama rakyat tanpa mengira pangkat,kedudukan dan darjat semuanya sama sahaja. Mudah-mudahan dengan konsep “Ketradisionalan Dalam Kemodenan” ini dapat dihayati dengan ikhlas dan jujur agar seni budaya bangsa Malaysia yang kaya dengan adap dan sopan dapat dipraktikkan sebaik-baiknya oleh semua lapisan masyarakat 1malaysia.

Insyallah dalam bulan ramadan ini saya akan menunaikan ibadah UMRAH ke Kota Mekah. Saya akan mendoakan kesejahteraan RAKYAT saya semoga mendapat perlindungan,rahmat,rezeki dan hidup aman dan damai.

 

1Malaysia, 1Silam, 1Famili

 

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: