Archive for Oktober 2009

CERITA RAKYAT PARLIMEN P188 SILAM: JALAN RAYA BERBAHAYA : DEKAT DENGAN RUMAH PENDUDUK KAMPUNG

Oktober 30, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERPADUAN 1MALAYSIA, SALAM 1SILAM, SALAM 1KOMUNITI

DSCN1963

Cerita Rakyat Parlimen P188 Silam meninjau kawasan Segama, kawasan Tungku. Setiap hari, setiap masa setiap saat bunyi kenderaan yang kecil, sederhana sehingga yang besar sentiasa kedengaran pergi dan balik melalui jalan raya kawasan ini. Amat mendukacitakan kawasan ini terlalu bahaya khususnya kepada penduduk kampung yang ingin membeli-belah terpaksa menyeberangi jalan raya ini. Salah seorang penduduk kampung yang baru saja balik kampung bekerja di Putrajaya Malaysia nyaris-nyaris terlanggar atau dilanggar oleh lori panjang apabila secara tiba-tiba PARKING dikawasan kedai yang tidak jauh dari kedai-kedai disitu.

Inilah masalah yang menghantui penduduk kampung yang amat dekat dengan jalan raya terpaksa tidur dalam sedar memikirkan nasib mereka yang berhampiran jalan raya utama. Berdasarkan tinjauan dikawasan itu, memang benar amat berbahaya kepada orang ramai. Mereka juga mencadangkan agar ada inisiatif untuk meletakkan tanda di jalan raya itu sebagai kawasan BERBAHAYA kerana kawasan perkampungan. Pihak yang dipertanggungjawabkan perlu meluluskan peruntukan untuk menandakan jalan raya itu dengan garisan kuning bagi memperingatkan kepada pengguna jalan raya agar tidak memandu dalam berbahaya, terlalu laju dan mengurangkan kelajuan apabila mendekati kawasan kampung ini.

Penganalisis SilamGemilang

CERITA RAKYAT PARLIMEN P188 SILAM-KETUA-KETUA CAWANGAN MENYOKONG PENUH KONSEP 1MALAYSIA GAGASAN YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK, PRESIDEN UMNO MALAYSIA

Oktober 26, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA, 1SILAM DAN 1KOMUNITI

Seminar 1Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan

 3dflagsdotcom_malay_2faglsatumesia3

Doa Amalan YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam

}YA ALLAH YA TUHAN KAMI.. KAMI SAMBUT KEDATANGAN HARI INIDENGAN KESYUKURAN KEPADAMU.SEMPURNAKAN NIKMATMU UNTUK KAMI PADA HARI INI DAN KEKALKANLAH NIKMAT YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI SELAMA INI DAN MENGECAPKAN SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN KEPADA KAMI.. YA ALLAH YA TUHAN KAMI KAMI MEMOHON KEPADA MUAKAN NIKMAT SECUKUP-CUKUPNYA, MEMOHON KESIHATAN SEMULIA-MULIANYA, MEMOHON REZEKI SEMEWAH-MEWAHNYA,MEMOHON UMUR SEBERKAT-BERKATNYA, MEMOHON RAHMAT DAN NIKMAT SEBANYAK-BANYAKNYA MEMOHON ANUGERAH SEBAIK-BAIKNYA, MEMOHON SIFAT LEMAH LEMBUT YANG SEHALUS-HALUS HIKMAHNYA, MEMOHON AMAL YANG SEBENAR-BENAR FAEDAHNYA.AMIN..

DSCN2308

DSCN2355

DSCN2352

DSCN2306

DSCN2302

DSCN2298

DSCN2345

Satu sejarah tercatat dalam lembaran baru dalam kalendar buku 1Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan apabila tercetusnya idea YB. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam menganjurkan SEMINAR 1MALAYSIA di Parlimen P188 Silam.

DSCN2307DSCN2325DSCN2360

Uniknya program ini dihadiri oleh KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO P188 SILAM yang amat komited dalam perubahan Transformasi besar dan berprestasi tinggi dibawah kepimpinan YB. Tuan Haji Salleh. Kehadiran peserta diluar jangkaan apabila mencecah angka 160 orang hadir bagi mendengar YB Tuan Haji salleh menyampaikan CERAMAH 1MALAYSIA. Ketua-ketua cawangan UMNO P188 Silam yang hadir amat tertarik dengan penyampaian yang disampaikan bagi menjelaskan erti sebenar gagasan YAB Dato Seri Mohd najib Bin Tun Abdul Razak Perdana menteri Malaysia yang juga Presiden Parti UMNO Malaysia dan Pengerusi Barisan Nasional Malaysia.

Berdasarkan temubual bersama Ketua-Ketua Cawangan UMNO P188 Silam masing-masing berpendapat bahawa program ini adalah kali pertama dihadiri mereka bagi memahami erti sebenar gagasan ini. Sudah tiba masanya masyarakat bukan sahaja dikawasan P188 Silam malahan di negeri Sabah dan negeri-negeri di seluruh negara bersama-sama memperjelaskan kepada rakyat khususnya yang tinggal dikawasan luar bandar yang masih tidak tahu erti sebenar Gagasan 1Malaysia.

Sebagai Ketua Cawangan akan menyampaikan kepada ahli-ahli dikampung masing-masing berhubung PERPADUAN 1MALAYSIA amat penting demi keharmonian,kedamaian,kesejahteraan,keselamatan dan kemakmuran. Hari ini Ketua-Ketua Cawangan UMNO P188 Silam amat bertuah kerana diberi peluang untuk melaksanakan gagasan 1MALAYSIA.

Kejutan paling besar bagi ketua-ketua cawangan apabila tercetusnya idea YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB (UPF) yang telah mencetuskan SAHABAT 1MALAYSIA, P188 SILAM. Biro ini bagi saya adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia selepas diumumkan Gagasan 1Malaysia : rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

YB. Tuan Haji Salleh telah mengumumkan PENGERUSI SAHABAT 1MALAYSIA, P188 SILAM Yang Berbahagia ENCIK BABUL SHARIAT BIN HINDUSTAN seorang pejuang yang bertanggungjawab membawa UMNO masuk kenegeri Sabah. Berdasarkan tinjauan sepintas lalu beliau ini telah banyak jasa dan masih berjuang dan bertanggungjawab membawa UMNo mara kehadapan.

Perjuangan bersama YB-YB terdahulu sejak kemasukan UMNO ke Sabah. Namun disebabkan dirinya merasa tidak dihargai hanya dijanji-janji manis dengan beberapa jawatan penting. Semasa pilihanraya beliau bertanggungjawab merancang program Gerak saraf Perang saraf bagi memberi motivasi kepada pengundi agar menunaikan tanggungjawab bagi pembentukan kerajaan khususnya. Siang sudah tiada ertinya…malam sudah tiada ertinya…RELA berkorban demi KEMENANGAN CALON DAN PARTI UMNO.

Beliau berharap jalan kampung diturap dengan jalan bertar…sampai hari ini sudah 25 tahun masih lagi jalan gravel. Yang uniknya kampung beliau ditengah-tengah jalan bertar tetapi dari pertama dan hujung gravel. Pelik tapi inilah kisah benar. Yang peliknya juga kampung beliau masih tidak ada bekalan air hanya mengharapkan hujan sehingga kanak-kanak dikampung ini dijangkiti kudis kerana bekalan air tiada hanya mengharapkan air hujan dan perigi. Kampung beliau tidakkah jauh hanya lebih kurang 10 kilometer, tetapi mengapa pengorbanan beliau sebagai pejuang UMNO tidak dilihat dan tidak dihargai bolehlah dikatakan tiada yang PRIHATIN kepada rakyat dikawasn ini walaupunkini penduduk mencecah hampir 700 orang. Jalan ini masih lagi dijaga oleh Jabatan Kerja Raya setiap 4 bulan sekali diratakan tanah…..bagi memudahkan pengguna kereta selesa walaupun kereta da semuanya berbunyi kerana kesan batu-batu gravel.Sedih dan amat terharu dengan kampung ditengah-tengah bandar masih wujud kampung masih jauh ketinggalan berbanding kampung-kampung yang berada jauh 50 kilometer mempunyai jalan raya bertar dan cantik walaupun hanya mempunyai penduduk sekitar 100 orang sahaja. dimanakah keadilan dan hak pejuan UMNO INI…..

Setelah berjaya dan menang, akhirnya janji-janji yang ditabur akhirnya tidak ditunaikan telah membunuh karier politik sendiri dan satu persatu orang pentingnya jatuh dan semakin jauh bukan kerana dihalau tetapi kerana PENDIRIAN sebagai seorang pejuang UMNO akhirnya membawa diri. Baginya  janji-janji manis SUDAH MACAM RASA TAHI dan takkan mungkin diri diperalatkan untuk politik sendiri. Hari ini beliau buktikan dengan menyokong dan membantu mana-mana calon UMNO yang IKHLAS dan JUJUR berjuang demi kemajuan RAKYAT.

SOKONGAN yang ditunjukkan oleh RAKAN-RAKAN ketua Cawangan mengucapkan syabas dan tahniah di atas perlantikan ENCIK BABUL SHARIAT BIN HINDUSTAN Ketua cawangan UMNO kampung Terusan, lahad Datu yang RELA berjuang demi PARTI UMNO DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

Sebagai RAKYAT Pemimpin yang diamanahkan dan dipinjamkan Pangkat oleh Allah SWT, perlu dipelihara dengan IKHLAS DAN JUJUR dengan mengutamakan RAKYAT bukan kepentingan diri sendiri barulah suara-suara sumbang tidak akan kedengaran. Bahagian Pentadbiran yang dipertanggungjawabkan perlu AMANAH DAN SETIA, PROAKTIF, RAJIN KERJA DAN MEMAHAMI ISI HATI rakyat. Jika Pemimpin sahaja yang IKHLAS DAN JUJUR tetapi Pentadbiran tidak rajin, malas, tidak melayan rakyat dan hanya mementingkan diri dan keluarga maka sudah pasti pentadbiran pemimpin akan turut terjejas walaupun pemimpin itu baik dan disukai rakyat tapi pentadbiran MEROSAKKAN RAKYAT dan diri pemimpin.

CERITA RAKYAT PARLIMEN P188 SILAM akan mengupas isu-isu Transformasi Baru yang lebih mengutamakan pandangan RAKYAT. Perubahan dengan bertanya Apa khabar RAKYAT……akan menyusur kelak..Ikuti temubual bersama rakyat……

Bah kata pepatah Bersatu kita teguh bercerai kita roboh, Gunung sama didaki lautan sama direnangi.

Penganalisis silam Gemilang

CERITA RAKYAT PARLIMEN P188 SILAM : MAJLIS DOA SELAMAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN IKHLAS KEPADA JEMAAH HAJI LAHAD DATU OLEH YB. TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI BERSAMA ISTERI PUAN HAJAH FATMAH ABD. AZIZ

Oktober 26, 2009

MAJLIS DOA SELAMAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN IKHLAS KEPADA JEMAAH HAJI LAHAD DATU OLEH YB. TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI BERSAMA ISTERI PUAN HAJAH FATMAH ABD. AZIZ.

DSCN2448DSCN2429DSCN2438DSCN2441DSCN2412DSCN2396DSCN2406DSCN2404DSCN2450DSCN2452

DSCN2422

Majlis doa selamat telah diadakan di Masjid Ar-rauddah bersama jemaah Haji dari kawasan Parlimen P188 Silam. Jemaah Haji dari kawasan ini yang akan menunaikan Haji seramai 60 orang. Program ini telah dihadiri oleh YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam bersama isteri Puan Hajah Fatmah Haji Abd. Aziz.Turut hadir Tuan haji Abd. Hamid Pengurus Tabung Haji Daerah Lahad Datu dan Ketua Rombongan Jemaah Haji Encik Gaspar.

Jemaah haji pertama dari Lahad Datu akan berlepas pada 27hb / Oktober / 2009 seramai 31 orang. Peserta akan berkumpul di Masjid Ar-Rauddh jam 6.00 pagi bagi memulakan perjalanan menuju ke airport berjalan kaki secara beramai-ramai. Pengurus Tabung Haji Daerah berkata” Setiap umat islam yang berniat untuk menunaikan Ibadah Haji perlu mendaftar lebih awal bagi memudahkan pengurusan seterusnya. Syarat untuk menunaikan Ibadah haji dengan membuka akaun dan simpanan berjumlah RM1,500.00. Pengurus tabung Haji berpesan agar mengingati pembelajaran yang telah diajar dan mestilah yakin menjalankan ibadah Haji. Disamping itu juga, jemaah haji perlu menjaga kesihatan diri dan jika mengalami masalah kesihatan agar memaklumkan kepada ketua rombongan atau berhubungan dengan pihak kesihatan yang telah ditugaskan.

Semasa YB. Tuan Haji Salleh berucap beliau berkat”Saya mendoakan semoga jemaah Haji akan mendapat Haji Mabrur, laksanakan rukun Islam ke 5 ini dengan sebaik-baiknya. Setiap orang ada kemampuan untuk melaksanakan Ibadah Haji, ini bergantung kepada kendiri seseorang yang penting berusaha barulah ada jalan kea rah kejayaan. Jika dilihat di negara jiran yang pergi menunaikan Ibadah Haji hanya membawa teksi,bercucuk tanam dan lain-lain. Setiap jemaah Haji perlu ikhlas dan berniat untuk melaksanakan perintah allah SWT dengan khusyuk,tawadduk dan mengikut perintahnya. YB. Silam berpesan agar banyak bertanya kepada ketua rombongan bagi memudahkan urusan Ibadah haji. Banyakkan beribadah kerana pahala yang dijanjikan Allah adalah berlipat ganda dan bertawakkal kepadanya. Semasa berada ditanah suci perlu menjada disiplin dan jangan riak kerana mungkin sudah kali kedua datang ke Kota Mekah. Sebagai Duta Keamanan PBB ( UPF ) YB. Tuan Haji salleh mengucapkan selamat menunaikan Ibadah haji dan selamat pergi dan balik ke tanah air tercinta.

Ketua rombongan berkata jemaah haji bersyukur kehadrat allah SWT dan berterima kasih kepada YB. Tuan Haji salleh yang sangat prihatin telah mengadakan perjumpaan bersama jemaah haji dan bersedekah selaku YB. Silam yang amat sayang kepada rakyatnya. Hanya doa akan mengiringi YB. Silam semoga diberi rahmat,panjangkan usia dan menjadi pemimpin yang berterusan membela agama, bangsa dan tanahair tercinta ini. Sebagai seorang ketua rombongan tidak boleh lari dari masalah dana akan berusaha bersama-sama rakan lain bagi menyelesaikan masalah yang timbul kelak. Beliau berkata pengurusan setakat ini adalah cukup baik ini ditambah dengan sokongan YB. Salleh, rakan-rakan dari KEMAS, Parlimen Silam dan lain-lain yang turut hadir.

Temuramah dengan salah seorang jemaah Haji Encik Abdullah Tularing dari kampung Dengan Tungku berkata syukur dan terima kasih kepada YB Salleh yang member nasihat dan dorongan sehingga peserta merasa insaf, merendah diri sebagai jemaah haji.

PROGRAM SEPAKAT BESTARI KOMUNITI PERINGKAT PARLIMEN, P188 SILAM, ANJURAN JAB, PENERANGAN SABAH

Oktober 18, 2009

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahi Rabbil A-lamin, was-salatu was-salamu ala Rasulillah.

Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI.. KAMI SAMBUT KEDATANGAN HARI INI DENGAN KESYUKURAN KEPADAMU. SEMPURNAKAN NIKMATMU UNTUK KAMI PADA HARI INI DAN KEKALKANLAH NIKMAT YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI SELAMA INI DAN MENGECAPI SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN KEPADA KAMI.. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI MEMOHON KEPADAMU AKAN NIKMAT SECUKUP-CUKUPNYA, MEMOHON KESIHATAN SEMULIA-MULIANYA, MEMOHON REZEKI SEMEWAH-MEWAHNYA, MEMOHON UMUR SEBERKAT-BERKATNYA, MEMOHON RAHMAT DAN NIKMAT SEBANYAK-BANYAKNYA MEMOHON ANUGERAH SEBAIK-BAIKNYA, MEMOHON SIFAT LEMAH LEMBUT YANG SEHALUS-HALUS HIKMAHNYA, MEMOHON AMAL YANG SEBENAR-BENAR FAEDAHNYA. AMIN..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM KASIH SAYANG,

SALAM PERPADUAN, SALAM 1SILAM,SALAM 1MALAYSIA

satumesia33dflagsdotcom_malay_2fagl

DSC_0019DSC_0020DSC_0022DSC_0034DSC_0042DSC_0046DSC_0015

1.  Sebelum saya meneruskan ucapan, saya ingin berkongsi Renungan Khutbah Jumaat semalam yang berbunyi ”Kata Orang, Jika Kita Bersatu Hati, Bersatu Tekat dan Membulatkan Usaha, Maka Kita Akan Berupaya Bersama-Sama Mendaki Puncak Yang Paling Tinggi Menuruni Cerun Yang Paling Curam dan Menyelami Lautan Yang Paling Dalam”

2.Dalam Perhimpunan Agung UMNO Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak berkata”UMNO mahu jadi parti juara rakyat menerusi perubahan sistempemilihan yang lahirkan pemimpin disenangi danberkhidmat untuk rakyat. Katanya Najib menegaskan UMNO bukan parti yang mabukkan kuasa atau bersifat perkauman, sebaliknya perjuangan demokrasi dankesejahteraan semua rakyat. UMNO perlu jadi parti mendahulukan parti bukan ghairah perjuangkan kelompok sedikit dan ahli perlu buangpersepsi parti carimakan.
DSC_0055DSC_0069DSC_0075DSC_0085DSC_0051

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati,

2.  Pertama sekali marilah kita meletakkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT, Tuhan seru sekalian alam, yang mana dengan keredaan-Nya jua, kita dapat berhimpun pada pagi yang mulia ini.

3. Semangat untuk merealisasikan program Sepakat Bestari Komuniti Bestari bagi mencapai misi membentuk masyarakat penyayang yang bermaklumat dan bijaksana sejajar dengan wawasan negara  demi membina bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan semangat dan kekuatan inilah, kita akan bangkit kembali membina keagungan bangsa yang sungguh banyak jasanya pada negara tercinta.

4.  Melalui Komuniti Bestari sudah pasti akan dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana dalam menangkis tohmahan, dakyah dan fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

5.  Selain daripada itu juga, komuniti Bestari dapat membentuk masyarakat yang celik It yang berperanan untuk menyampaikan maklumat secara berkesan dan bijaksana termasuk dalam mengukuhkan jati diri, menjadi asas kepada kestabilan, social dan ekonomi negara.

DSC_0105DSC_0099DSC_0097DSC_0116DSC_0100

Tuan-tuan dan puan-puan yang diihormati,

6.  Program ini mencatat beberapa mercu tanda. Bagi diri saya pertamanya, satu sejarah secara peribadi kerana dalam masa terdekat sepanjang bulan puasa dan hari raya Aidilfitri, selaku Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB, saya telah mengadakan Program Berbuka Puasa bersama RAKYAT berbilang kaum / anak yatim piatu/fakir miskin/ golongan kurang upaya dengan memberikan sedekah berbentuk wang/bahan mentah berupa makanan harian yang telah diadakan di masjid Ar-Rauddah.
7. Keduanya, Sempena Hari raya Aidilfitri saya telah mengadakan FESTIVAL AIDILFITRI, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam bersama RAKYAT tanpa mengira kaum dan latarbelakang, hadir bagi mengeratkan ukhwah Silaturrahim dan perpaduan sesama manusia. Berdasarkan analisis daripada pihak media  kehadiran orang ramai samada datang dari jarak dekat mahupun yang jauh dianggarkan lebih kurang 10 hingga 15 ribu orang. Program bermula dari jam 10.00 hingga jam 2.00 petang.
8. Ketiganya, dalam bulan ini juga saya telah Berjaya merealisasikan Majlis Pelancaran Kerjasama Penyelidikan UKM-PROPER P188 SILAM yang dihadiri oleh Profesor Dr seramai 33 orang dan dalam masa yang sama juga telah melancarkan SILAM FEST 2009 bersama YB. ADUN Kunak. Insyallah dalam bulan 11 ini pelancaran Pesta Tungku dan Pesta lahad Datu akan dilancarkan dalam masa terdekat ini yang akan diPengerusikan oleh Pegawai Daerah. Pada tahun ini SILAM FEST 2009 akan dilancarkan sebagai permulaan dan insyallah pada tahun 2010 kelak SILAM FEST 2010 saya akan menjemput Y.A.B. DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABD. RAZAK, Perdana Menteri Malaysia bagi merasmikan SILAM FEST 2010 secara rasminya. Saya sedang berusaha memasukkan SILAM dalam calendar pelancongan MALAYSIA dan SABAH.
9.  Hari ini Parlimen Silam dalam sejarah sekali lagi dengan adanya Program Sepakat Bestari Komuniti Bestari Peringkat Parlimen P188 Silam ( Kunak dan Lahad Datu ) anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

 

10. Program Sepakat Bestari ini menyelitkan program pameran disertai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

11. Perpaduan nasional amat penting untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa arus globalisasi.

12. Justeru itu, setiap lapisan rakyat Malaysia perlu sama-sama mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam negara serta mengelak pencerobohan atau campurtangan asing.

13. Kita di 1 Silam, Sabah sememangnya beruntung kerana menjadi salah sebuah Parlimen yang menepati ciri-ciri 1Malaysia seperti yang diperkatakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Rakyat di sini sentiasa bersatu padu dan keadaan ini perlu dikekalkan.

14. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dapat hidup dalam suasana aman, menjalankan kehidupan seharian tanpa ada gangguan dan tekanan akibat masalah mahupun pergolakan politik seperti yang dihadapi oleh sesetengah negara di dunia ini.

15. Matlamat utama konsep 1Malaysia ialah meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum terhadap aspek perpaduan nasional seperti yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

16.  Lapan nilai utama yang diterapkan oleh Perdana Menteri dalam 1Malaysia bagi memastikan pencapaian hasrat rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan ialah Nilai-nilai budaya yang berprestasi tinggi , ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

17.  Kira-kira kala ini juga, dua puluh tahun lalu yakni 1989, UMNO telah menerajui usaha untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan memulakan proses industrialisasi negara. Manakala masih segar terakam dalam ingatan ramai, pada detik-detik ini pulalah, sepuluh tahun dulu yakni 1999, UMNO sekali lagi telah bingkas beraksi, menyelamatkan negara daripada jatuh merudum ke dalam cerun krisis kewangan Asia.

18. Sekali lagi, apa yang mustahak untuk diketahui adalah, kesemua tindakan hebat yang dinyatakan ini, nakhodanya adalah kepimpinan UMNO, berlandaskan kebijaksanaan pemikiran yang kreatif lagi berinovatif. Segala-galanya dilakukan, atas nama kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

19. Mengenang peritiwa dan kejadian juga, jangan mudah kita lupa bahawa selepas tragedi 13 Mei 1969, para pemimpin UMNO boleh memilih untuk tidak meneruskan demokrasi yang telah digantung. UMNO juga boleh memutuskan untuk menubuhkan kerajaan satu parti atau mungkin menyokong saja pihak angkatan tentera melakukan kudeta.

20. Akan tetapi, harus barang diingat, itu semua tidak dilakukan, malah UMNO berusaha keras untuk mengembalikan demokrasi dalam masa lapan belas bulan. Ini jelas mempamerkan bahawa, UMNO bukan sebuah parti yang mabukkan kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

21. Sehubungan itu, jika kita ingin tahu apakah maksud perkauman yang sebenar, lihat sahaja, sejarah Afrika Selatan, sewaktu dicengkam apartheid. Bahkan di Amerika Syarikat pun, amalan perkauman secara terang-terangan berlaku sehingga pertengahan tahun 60-an. Sekolah, bilik air, tempat makan di restoran malah tempat duduk dalam bas antara kaum ternyata dibeza-bezakan.

22. Semuanya ini, hanya berakhir setelah keputusan pengasingan kaum, institusi pendidikan tahun 1954 oleh Mahkamah Agong melalui kes Brown lawan Lembaga Pendidikan Kansas, Akta Hak Sivil tahun 1964 dan Akta Hak Mengundi tahun 1965 digubal.

23. Dalam konteks ini, nampaknya berbeza benar, keadaan kita di Malaysia dengan realiti di dunia luar. Ehwalnya, orang Melayu adalah bangsa yang bersifat amat inklusif dan merangkumi. Jelasnya lagi, jika orang Melayu bersikap dan bersifat perkauman mana mungkin Melaka boleh menjadi sebuah pelabuhan entrepot yang makmur pada abad ke-15.

27. Selama ini, UMNO dihormati dan disegani sebagai sebuah parti politik oleh kawan mahupun lawan disebabkan UMNO adalah sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti orang-orang Melayu dan Bumiputera. Seandai dan sekiranya, sokongan ini terhakis, maka UMNO tidak akan disegani kawan dan tidak lagi dihormati lawan.

28. Lantaran itulah, suka atau tidak, kekuatan UMNO sebagai sebuah organisasi politik amat bergantung kepada kemampuannya untuk memahami kehendak para ahli. Manakala, kerelevanan UMNO sebagai sebuah parti pemerintah pula bergantung kepada sejauh mana ia berjaya menangkap imaginasi bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga yang lebih utama kepada seluruh rakyat Malaysia.

29. Ertinya di sini, UMNO akan terus mendapat tempat sebagai sebuah parti, selama mana kehendak dan kemahuan rakyat dapat dizahirkan dalam perjuangan parti, seterusnya dimanifestasikan pula dalam gerak kerja penggubalan dasar-dasar kerajaan demi kepentingan rakyat menyeluruh.

30. Di persimpangan ini, masalah tidak akan timbul apabila aspirasi UMNO dan aspirasi majoriti rakyat Malaysia adalah satu. Kekalutan hanya akan wujud jika tasawwur UMNO tidak lagi mewakili tasawwur rakyat terbanyak. Hal ini ditambah burukkan lagi oleh persepsi di kalangan orang Melayu bahawa UMNO tidak bersedia untuk mengambil langkah-langkah pembetulan secara pantas.

31. Jika perkara tersebut berlaku, maka rakyat akan menanggap bahawa UMNO bukan sahaja parti yang tidak berpijak di bumi nyata, malahan bersikap angkuh serta kelihatan tidak acuh dan tidak peduli. Jadi, janganlah hairan jika perkara ini terjadi nanti, ramai rakyat Malaysia akan melihat UMNO bukan lagi sebagai sebahagian daripada penyelesaian, sebaliknya ia sudah berubah menjadi sebahagian daripada masalah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

32. Oleh sebab itu, untuk terus lestari, UMNO tidak ada pilihan melainkan perlu membumi dan mendakap realiti. UMNO perlu terus membuka rongga dan ruang pembaikan. Kuak dan kembangkanlah seluas-luasnya wadah perjuangan kita kepada semua yang ingin membantu memperkukuhkan lagi parti.

33. Selaku Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam saya menyeru marilah bersama-sama membentuk satu saf yang berasaskan pertautan pemikiran dan tindakan untuk merungkai kekusutan, memulihkan silaturrahim serta memacu kepentingan bersama. Sepertimana pepatah lama, air dicincang tidak akan putus, buanglah yang keruh, kita ambillah yang jernih, agar bangsa yang mulia ini terus dimartabatkan.

34. Pada hemat saya, dalam perkara ini, antara sifat pemimpin yang paling didambakan dan digemari rakyat adalah sifat merendah diri dan tawadhuk. Ingatlah bahawa, dalam negara demokrasi seperti ini, rakyatlah yang memilih pemimpin. Pemimpin yang mereka mahukan adalah pemimpin yang sentiasa bersedia memberikan khidmat.

 
35. Dasar Ekonomi Baru menyasarkan peningkatan pemilikan ekuiti Melayu dan Bumiputera dari 2.4 peratus kepada 30 peratus, dalam tempoh masa dua puluh tahun. Namun begitu, sehingga Dasar Ekonomi Baru tamat pun, matlamat ini masih belum dapat diterjemahkan. Pemilikan ekuiti orang Melayu dan Bumiputera hanya mencapai 19.2 peratus sahaja. Oleh itu, matlamat ini diteruskan di bawah Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan dan kini, Misi Nasional menggunakan pendekatan yang tidak jauh berbeza.

36. Namun, masa berlalu menyaksikan ekonomi Malaysia berubah haluan dan bergantung kepada pelaburan asing serta hasil eksport, manakala ekonomi negara kita kini lebih terbuka dan mudah terkesan dengan perkembangan ekonomi global. Mengikut laporan Pertubuhan Perdagangan Sedunia tahun 2008, Malaysia adalah negara pengeksport barangan yang ke-21 terbesar di dunia.

37. Hakikatnya, cabaran ekonomi masa depan yang menanti kita lebih rumit dan hebat. Landskap ekonomi dunia juga sudah berubah. Formula semalam belum tentu lagi masih mujarab. Jika dalam tempoh hampir empat dekad kita gagal mencapai matlamat dengan menggunakan kaedah yang sama, bukankah sudah sampai masanya kita memikirkan strategi baru yang lebih relevan dengan masa dan zaman untuk mencapai cita-cita yang diimpikan?

38. Berikutan hal ini, orang–orang Melayu perlu sedar bahawa salah satu sebab yang memungkinkan kejayaan Dasar Ekonomi Baru ialah kerana ia dilaksanakan di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang mapan. Perangkaan menunjukkan bahawa, pukul rata pertumbuhan ekonomi negara di antara tahun 1971-1990 adalah pada kadar 7.1 peratus.

39. Justeru, menyedari peri mustahaknya pertumbuhan ekonomi, apabila Malaysia menghadapi kemelesetan pertengahan 80-an akibat kejatuhan harga komoditi dunia, kepimpinan UMNO dan negara ketika itu mengambil tindakan di luar kotak kelaziman. Telah ditangguhkan ketika itu, elemen-elemen utama Dasar Ekonomi Baru bagi mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan. Ini dibuat melalui pewujudan persekitaran yang subur untuk pelaburan terus asing, terutamanya, dalam bidang pembuatan.

40. Strategi ini ternyata telah berjaya. Kutipan cukai kerajaan bertambah, peluang pekerjaan melata, dan ekonomi negara berjaya pulih dari kemelesetan. Hasilnya pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru telah dapat diteruskan. Bersandarkan faktor inilah, maka, kerajaan hari ini telah mula meliberalisasikan sektor-sektor tertentu di samping melihat semula dengan komprehensif cara penciptaan dan pegangan kekayaan Melayu dan Bumiputera agar ia lebih mapan serta lebih bermakna.

 

 

 

Tuan-tuan dan puan-puan,

Syabas dan tahniah kepada Jatawankuasa Induk dan Pelaksana khususnya Jabatan Penerangan Negeri Sabah yang Berjaya dengan gemilang dalam penganjuran program ini. Terima kasih diatas penglibatan Jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan,Swasta,NGO dan badan-badan lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

41. saya ingin berkongsi Renungan Khutbah Jumaat semalam sekali lagi,yang berbunyi ”Kata Orang, Jika Kita Bersatu Hati, Bersatu Tekat dan Membulatkan Usaha, Maka Kita Akan Berupaya Bersama-Sama Mendaki Puncak Yang Paling Tinggi Menuruni Cerun Yang Paling Curam dan Menyelami Lautan Yang Paling Dalam”

Dengan Lafaz Kalimah Suci Bismillahirrahmanirrohim saya merasmikan PROGRAM SEPAKAT BESTARI KOMUNITI BESTARI DAERAH LAHAD DATU DAN KUNAK, ANJURAN JABATAN PENERANGAN NEGERI SABAH. Dengan Rasminya.

Sekian,

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM MERANGKAP

DUTA KEAMANAN PBB ( UPF )

Oktober 16, 2009

24

Oktober 15, 2009

muka depan

Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan

Oktober 15, 2009

Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan

presiden

KUALA LUMPUR, 15 Okt. – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyemarakkan semangat bangsa para perwakilan yang berada di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) melalui ucapan sulungnya sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung Umno 2009.

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau yang juga Perdana Menteri telah menyusur semula perjuangan UMNO dengan mengaitkan kepada peristiwa-peristiwa semasa termasuklah penggubalan dasar-dasar dalam kerajaan yang membawa kepada kemajuan rakyat keseluruhannya.

“Untuk menongkah masa depan yang cemerlang, kita perlu berakar teguh, dengan beriktibar daripada sejarah dan sistem nilai, barulah kita berupaya untuk tegak menghadapi masa mendatang,” katanya.

Lantas dengan susur galur UMNO sejak ditubuhkan hinggalah mengharungi pelbagai krisis terbukti keteguhan UMNO tidak ada bandingannya sama ada krisis politik dalam negara atau krisis antarabangsa termasuklah kemelesetan ekonomi dunia.

“Umno tidak boleh lagi kelihatan sebagai parti yang hanya dilihat condong kepada satu-satu pihak sahaja,” katanya dengan penuh semangat.

Menurut beliau lagi, selama ini UMNO dihormati dan disegani sebagai sebuah parti politik disebabkan ia mendapat sokongan majoriti dari orang-orang Melayu dan Bumiputera, lantas kekuatan UMNO adalah bergantung kepada ahlinya.

Beliau juga turut menempelak pihak yang mengatakan UMNO parti perkauman kerana hakikatnya UMNO dan orang Melayu amat terbuka dan bertolak ansur dengan kaum lain.

“UMNO akan terus mendapat tempat selama mana kehendak dan kemampuan rakyat dapat dizahirkan dalam perjuangan, seterusnya dimanifestasikan dalam gerak kerja demi kepentingan rakyat menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata sebagai tonggak parti pemerintah, UMNO akan terus menjuarai soal kebajikan dan periuk nasi semua rakyat dan mahukan gerak kerja parti selari dengan tuntutan zaman.

“Khidmat UMNO harus merata. Kita akan tetap menjadi parti yang pro kepada pertumbuhan ekonomi berdaya tahan, pengagihan kekayaan yang adil, jaringan keselamatan sosial menyeluruh dan kos hidup terkawal,” ujar beliau lagi kepada para perwakilan yang berjumlah 2,541 orang.

Dalam ucapan tersebut juga, beliau turut menyeru semua bangsa Melayu untuk bersama-sama membentuk satu saf yang berasaskan pertautan pemikiran dan memulih silaturrahim demi kepentingan bersama.

“Apa yang penting, ahli-ahli UMNO perlu mewajahkan peri laku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jati diri dan kekuatan parti,” tegasnya.

Beliau yang mengambil alih tampuk kepimpinan parti melalui proses peralihan daripada pemimpin sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi Mac lalu turut berpesan kepada golongan pemimpin di semua peringkat lapisan agar sentiasa melakukan muhasabah dalam diri, melihat kelemahan dan memperbetulkan kekhilafan.

“Janganlah segan untuk turun ke bawah dan merapatkan diri dengan akar umbi sekalipun kita menyandang jawatan tinggi – ini kerana mereka yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung.”

Dalam proses perubahan UMNO juga, beliau menegaskan bahawa kriteria dalam menentukan calon pilihan raya akan diubah kerana calon itu perlulah seseorang yang diterima masyarakat tempatan di samping mempunyai kualiti untuk berkhidmat kepada tiga peringkat penting iaitu peringkat rakyat, peringkat parti dan peringkat negara.

Beliau juga mengajak agar ahli-ahli UMNO berhijrah meninggalkan gejala negatif seperti politik wang supaya UMNO menjadi parti yang bersih dan dihormati setelah pindaan perlembagaan parti dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO.

Katanya pindaan itu bukan bersifat kosmetik mahu pun tempel-tempelan, sebaliknya ia adalah perubahan secara tuntas dan signifikan.

Perhimpunan Agung UMNO ke-60 ini telah dimulakan dengan acara perbarisan dan upacara dan menaikkan bendera UMNO, ‘Sang Saka Bangsa’ dengan iringan lagu UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Oktober 15, 2009

muka depan

Sebulat Suara Sokong Usul Pindaan Perlembagaan UMNO

Oktober 15, 2009

Sebulat Suara Sokong Usul Pindaan Perlembagaan UMNO

sidang1

KUALA LUMPUR, 15 Okt. – Usul pindaan Perlembagaan UMNO telah dibentang oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yang juga Naib Presiden UMNO.

Terdapat tujuh perkara di dalam perlembagaan yang membabitkan pindaan, penambahan dan pemansuhan beberapa fasal.

Perkara yang terbabit adalah seperti Perluasan Jumlah Perwakilan, Penghapusan Kuota, Pertambahan Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Bahagian dan Ahli Jawatankuasa Cawangan (Lantikan), Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Yuran, Pendaftaran Keahlian dan Pengiktirafan kepada Setiasuaha Bahagian.

Perwakilan dari Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad menyokong usul pindaan manakala Datuk Seri Syed Ali Al Habshee, Cheras menyokong mesyuarat Usul Pindaan Perlembagaan UMNO diadakan secara jawatankuasa.

Semua Fasal sama ada dimansuh, ditambah atau pinda dipersetujui secara sebulat suara dari perwakilan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa perwakilan memberi cadangan bagi penambahbaikan pindaan tersebut antaranya seperti; Mohd Riduan Bakar dari Bayan Baru minta keahlian UMNO dikemaskini dahulu sebelum pindaan perlembagaan ini disokong sepenuhnya; manakala Muntaha Kailan dari Muar mencadangkan RM10 sebagai yuran seumur hidup kerana RM2 terlalu murah; Datuk Sharkar Shamsuddin, Temerloh cadang pemutihan ahli dilakukan segera oleh UMNO Malaysia; Datuk Adam Abd Hamid, Pulai sokong Fasal 20.5.1 dipinda dengan kaitkannya dengan korum.

Sebagai contoh jika satu Cawangan mempunyai 500 ahli, maka setiap tahun mesyuarat Cawangan mesti hadir seramai 125 orang. Majlis Tertinggi perlu ambil kira peraturan persidangan lepas iaitu korum ¼ jika ½ jam tak cukup korum maka adakah hendak meneruskan atau tangguh mesyuarat tersebut; Badrudin Ahmad dari Rasah pula mengharapkan agar pindaan ini tidak kemudiannya dimomokkan.

Pengerusi Pindaan Perlembagaan menjawab berkaitan perkara korum (Pulai) telah ada dalam Peraturan Persidangan. Proses pemutihan sedang berlaku dan pindaan perlembagaan ialah detik permulaan ke arah proses itu.

Perwakilan dari Ketereh, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad menyokong semua usul pindaan perlembagaan UMNO disokong, dan semua perwakilan bersetuju.

Berikut adalah ringkasan Usul Pindaan Perlembagaan UMNO:

1. PERLUASAN JUMLAH PERWAKILAN

• MEMANSUHKAN FASAL KECIL 8.3.3
Tertakluk kepada Fasal 9.3 memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

• MEMINDA FASAL KECIL 8.3.4
Melantik Juruaudit untuk tempoh Majlis Tertinggi.

• MEMINDA FASAL KECIL 9.3
Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, tiga (3) orang Naib Presiden dan dua puluh lima (25) orang Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dipilih dalam persidangan bahagian tiap-tiap 3 tahun sekali.

• MEMINDA FASAL KECIL 9.4
Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Puteri hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan bahagian masing-masing tiap-tiap 3 tahun sekali. Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri mempunyai hak-hak dan kuasa-kuasa Naib Presiden.

• MEMINDA FASAL KECIL 9.9
Jika Presiden berhenti maka Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan Pemilihan Presiden untuk memilih Presiden baru mengikut Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuasa mengikut Fasal 9.8.1.

• MEMINDA FASAL KECIL 9.10
Jika Pemangku Presiden berhenti, Majlis Tertinggi hendaklah memilih seorang daripada Naib Presiden memangku jawatan itu sehingga diadakan Pemilihan Presiden untuk memilih Presiden baru mengikut Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuasa mengikut Fasal 9.8.1.

• MEMINDA FASAL KECIL 14.5.1
Tertakluk kepada Fasal 15.3, memilih Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian.

• MEMINDA FASAL KECIL 14.5.2
Memilih tujuh (7) wakil UMNO bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO daripada penama-penama yang telah mendaftarkan diri mereka untuk bertanding. Wakil-wakil yang tidak dipilih dalam Perwakilan Bahagian atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah. Mana-mana wakil yang tidak dapat hadir tidak boleh melantik gantinya.

• MEMINDA FASAL KECIL 14.5.4
Tertakluk kepada Fasal 9.3, memilih Pengerusi Tetap UMNO Malaysia, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia dan Ahli- ahli Majlis Tertinggi.

• MEMASUKKAN FASAL KECIL 14.4.7 SEBAGAI FASAL KECIL BARU
Ketua-ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan yang telah mengadakan persidangan bagi tahun berkenaan.

• MEMANSUHKAN FASAL KECIL 17.5.7
Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian.

• MEMANSUHKAN FASAL KECIL 17.5.8
Tertakluk kepada Fasal 8.4.3, mencadangkan 7 nama untuk dipilih sebagai wakil UMNO bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.

2. PENGHAPUSAN KUOTA

• MEMINDA FASAL KECIL 9.5
Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan ahli majlis tertinggi hendaklah mendaftarkan dirinya dan pernah memegang mana-mana jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu (1) penggal.

• MEMINDA FASAL KECIL 15.5
(RUJUK ADDENDUM / LAMPIRAN)
Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian hendaklah mendaftarkan dirinya dan telah menjadi ahli sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

3. PERTAMBAHAN AHLI MAJLIS TERTINGGI, AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN DAN AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN (LANTIKAN)

• MEMINDA FASAL KECIL 9.2.8
Tidak lebih daripada tigabelas (13) orang yang dilantik oleh Presiden termasuk sekurang-kurangnya dua (2) orang dari Pergerakan Wanita satu (1) orang dari Pergerakan Pemuda, dan satu (1) orang dari Pergerakan Puteri.

• MEMINDA FASAL KECIL 15.1.8
Tidak lebih daripada lapan (8) orang yang dilantik oleh Ketua termasuk dua (2) orang dari Pergerakan Wanita, satu (1) orang dari Pergerakan Pemuda dan satu (1) orang dari Pergerakan Puteri.

• MEMINDA FASAL KECIL 15.2
Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi bahagian tersebut yang bukan dipilih atau dilantik mengikut Fasal 15.1 berhak menghadiri tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa bahagian sebagai ahli ex-officio tetapi tidak boleh mengundi.

• MEMINDA FASAL KECIL 18.1.8
Tidak lebih dari enam (6) orang ahli yang dilantik oleh Ketua Cawangan termasuk sekurang-kurangnya dua (2) orang daripada Pergerakan Wanita, seorang dari Pergerakan Pemuda, dan seorang dari Pergerakan Puteri.

4. MESYUARAT / PEMILIHAN SECARA SERENTAK DAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PEMILIHAN UMNO

• MEMINDA FASAL KECIL 10.15
Membuat peraturan bagi menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan UMNO serta peraturan untuk melaksanakan, mengawal dan menyelia pemilihan jawatan-jawatan di semua peringkat dan menubuhkan jawatankuasa kecil yang lain.

5. YURAN

• MEMINDA FASAL KECIL 8.4.3
Wakil yang dipilih oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima ratus (500) orang ahli dengan syarat bilangan wakil-wakil itu tidak lebih daripada tujuh (7) orang dari satu bahagian termasuk bahagian yang jawatankuasanya sedang digantung jika bahagian itu boleh mengadakan perwakilan bahagian dengan sempurna.

• MEMANSUHKAN FASAL KECIL 10.2
Menerima wang yuran tahunan yang dibayar melalui cawangan dan bahagian-bahagian yang dibuat mengikut Fasal 25.2 dan Fasal 26.1 dan menentukan tarikh pembayaran yuran mengikut Fasal 25.2 dan 25.3.

• MEMINDA FASAL KECIL 10.9
Dengan persetujuan dua pertiga daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi, berhak menolak semua sekali ahli Perwakilan Bahagian yang menghadiri Perhimpunan Agung.

• MEMINDA FASAL KECIL 14.4.3
Ketua Cawangan yang cawangannya telah mengadakan persidangan bagi tahun berkenaan. Ketua Cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan.

• MEMINDA FASAL KECIL 14.4.4
wakil-wakil yang dilantik oleh Persidangan Cawangan sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima puluh (50) orang ahli tetapi jumlah ahli perwakilan itu tidak lebih daripada lima (5) orang dari satu cawangan.

• MEMANSUHKAN FASAL KECIL 15.13.4
Hendaklah menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh cawangan-cawangan.

• MEMINDA FASAL KECIL 15.13.8
Dengan persetujuan dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian, berhak menolak semua sekali ahli perwakilan cawangan.

• MEMINDA FASAL KECIL 17.4.3
Ahli-ahli UMNO yang telah menjelaskan yuran mengikut Fasal 25.1 Perlembagaan UMNO.

• MEMANSUHKAN FASAL KECIL 18.12.3
Hendaklah menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh ahli-ahli.

• MEMINDA FASAL KECIL 25.1
Tiap-tiap ahli biasa hendaklah membayar dengan wangnya sendiri sebanyak Ringgit Malaysia dua (RM2) untuk mendaftar sebagai ahli. Yuran tersebut merupakan bayaran untuk seumur hidup.

• MEMANSUHKAN FASAL KECIL 25.2
Yuran yang telah ditetapkan mengikut Fasal 25.1 diatas hendaklah dijelaskan tidak lewat daripada tarikh mengikut Fasal 24.2 atau satu tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi melainkan ia telah membayar yuran seumur hidup.

• MEMANSUHKAN FASAL KECIL 25.3
Bagi ahli-ahli yang membayar yuran tiap-tiap tahun, tarikh pembayaran yuran cawangan kepada bahagian dan bahagian ke Ibu Pejabat adalah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

6. PENDAFTARAN KEAHLIAN

• MEMINDA FASAL KECIL 5.2
Permohonan mendaftar sebagai ahli biasa hendaklah dikemukakan kepada Ketua Cawangan atau Ketua Wanita Cawangan atau Ketua Pemuda Cawangan atau Ketua Puteri Cawangan masing-masing yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut.

• MEMANSUHKAN FASAL KECIL 18.12.4
Mengkaji dan memanjangkan permohonan untuk menjadi ahli kepada Majlis Tertinggi melalui Jawatankuasa Bahagian.

• MEMINDA FASAL KECIL 18.12.11
Mengumpul dan menyediakan senarai pendaftaran ahli biasa UMNO yang baru serta melaporkannya kepada Jawatankuasa Bahagian atau Majlis Tertinggi.

7. PENGIKTIRAFAN KEPADA SETIAUSAHA BAHAGIAN

• MEMINDA FASAL KECIL 8.4.4
Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Puteri dan Setiausaha Bahagian yang telah mengadakan perwakilan bahagiannya. Mereka di atas yang menjadi Ahli Majlis Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.

UCAPAN DASAR KHAIRY JAMALUDDIN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2009

Oktober 14, 2009

UCAPAN DASAR KHAIRY JAMALUDDIN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2009

“DI PERSIMPANGAN JALAN PERJUANGAN”

khairy

Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,
Wakil-wakil Majlis Tertinggi
– Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir
– Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
– Yang Berbahagia Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim
Yang Berhormat Dato’ Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri

Perwakilan dan Pemerhati

1. Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan Penguasa Semesta Alam, kerana dengan rahmat dan izin-Nya, Pergerakan Pemuda sekali lagi dapat berkumpul di pagi yang penuh keberkatan ini bagi menunaikan kewajipan kita sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Parti.

2. Bertepatan dengan suasana Syawal, saya dan seluruh kepimpinan Pemuda peringkat nasional dan negeri mengucapkan selamat menyambut Hari Raya dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua pihak, sekiranya ada tersilap kata atau terlanjur laku. Atas itu, saya secara peribadinya, sekali lagi menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap selama ini. Sesungguhnya, inilah peluang dan ketika yang terbaik, untuk kita merapatkan saf, membuang yang keruh dan mengambil yang jernih, serta saling maaf-memaafi bagi kita semua bergerak ke hadapan untuk berbakti pada nusa dan bangsa.

Banyak masa antara masa
Tiada tandingan saatnya ini
Jari disusun maaf dipinta
Teguh ikatan seikhlas hati

3. Pada majlis yang penuh mulia ini juga, izinkan saya mewakili seluruh ahli Pergerakan Pemuda, secara rasminya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada mantan Presiden, YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi serta bekas Ketua kita, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, atas jasa dan sumbangan mereka – bukan sahaja sebagai pemimpin dan payung bagi kita, namun juga selaku insan berjiwa besar yang telah menyerahkan tampuk kedudukan kepada generasi baru.

Kalau ada si bunga rampai
Kirimkan saya buat penyeri
Jasa tuan tidak ternilai
Seluruh alam menjadi saksi

Saudara Perwakilan Sekelian,

4. Kehadiran saudara pada hari ini pastinya dengan semangat dan komitmen yang jitu kepada perjuangan parti. Sewajarnya, kita menginsafi bahawa kita, insan yang serba kerdil ini telah diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin dan juga wakil di dewan yang mulia ini. Hadirnya jasad dan roh kita bukan atas nama individu dengan kepentingan diri sendiri. Hadirnya kita di sini adalah bernawaitukan kepada Allah SWT, bagi mendukung dan memperkasakan institusi UMNO serta Pemuda UMNO yang telah menjadi wadah pembangunan bangsa dan negara – yang berjaya merentasi pelbagai ombak dan badai rintangan dalam mengharungi zaman dan sejarah.

5. Komitmen dan istiqamah terhadap perjuangan ini sememangnya terpahat kukuh atas landasan dan asas agama. Kita diingatkan oleh Allah SWT tentang istiqamah dan pentingnya kita berpegang kepada tali agama dan perpaduan. Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al Maidah, ayat 2:

“…dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya.”

6. Sepanjang enam puluh tahun, Pergerakan Pemuda dihimpunkan dalam satu jemaah atas kesedaran ini. Allah SWT tidak menyatukan kita untuk melakukan perkara yang mungkar, membawa kerosakan dan kepincangan kepada bumi dan bangsa. Kita disatu dan disepakatkan melalui proses politik untuk berbakti dan mencurah amal kebajikan kepada umat dan watan kita, menyempurnakan satu ibadah sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Az Zariyat, ayat 56:

7. Tujuan kita berpolitik mestilah berpaksi kepada kesedaran murni ini. Inilah medan dan ladang bagi kita menyemai amal dengan perjuangan duniawi melalui dimensi dan proses politik. Inilah jua makna dan sumber kemuliaan perjuangan kita dalam membela, mempertahan dan memajukan agama, bangsa dan tanahair.

Sidang perwakilan yang saya hormati sekalian,

8. Kita sebenarnya berada di persimpangan jalan yang cukup penting dalam perjuangan Pemuda UMNO. Pilihan yang kita ambil akan menentukan jatuh bangun parti menjelang cabaran paling besar dalam sejarah kita. Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) adalah pertarungan survival bagi UMNO dan Barisan Nasional. Pakatan Pembangkang akan cuba memberi pukulan maut kepada kita setelah berjaya menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan menang di lima negeri pada pilihanraya yang lepas. UMNO dan BN hanya ada tiga tahun untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kita masih merupakan pemimpin dan pentadbir yang terbaik untuk negara – yang mampu memenuhi aspirasi rakyat.

9. Cabaran sekarang memerlukan kebijaksanaan untuk kita mengurus persekitaran politik yang jauh berbeza daripada kebiasaan sebelum ini. Kita berhadapan dengan pengundi yang lebih berpendidikan dan terdedah kepada dunia. Mereka lebih mudah membuat perbandingan akan tahap pencapaian dan amalan politik di Malaysia dengan negara-negara lain. Ramai daripada kumpulan ini merupakan generasi muda – hampir tujuh juta dari pengundi pada PRU-13 nanti terdiri daripada pengundi muda. Generasi ini tidak boleh dipaksa untuk menyokong kita dengan hujah bahawa mereka patut berterima kasih dan bersyukur kepada UMNO dan BN. Pendekatan tersebut mungkin boleh digunapakai dahulu tetapi bagi generasi muda sekarang mereka mahu tahu apa yang boleh UMNO dan BN laksanakan dan bukan apa yang telah serta pernah dilaksanakan.

10. Yang pasti, lanskap politik tanahair amat berlainan dengan aliran maklumat yang bebas samada melalui media masa atau media baru. Pemodenan negara dengan infrastruktur canggih seperti jalur lebar dan telekomunikasi mudah alih bukan hanya meningkatkan produktiviti ekonomi negara tetapi juga memberi kesan kepada kesedaran dan kematangan politik rakyat.

11. Inilah persekitaran terkini – lebih bebas, terbuka, muda, terdidik dan kosmopolitan. Kaedah berpolitik di abad ke 21 ini menuntut kepada perubahan sepertimana perubahan zaman yang telah berlaku. Persekitaran yang mencabar ini dan masa yang teramat suntuk menuntut kita untuk bergerak sepanjang waktu, tanpa noktah, tanpa rehat kerana survival kita bergantung kepada keputusan PRU-13 nanti.

12. Atas kesedaran tersebut, walaupun baru enam bulan berlalu sejak pemilihan pimpinan Pemuda dilangsungkan, Pergerakan Pemuda telah memulakan gerak kerja ke arah peremajaan dan pemulihan parti. Barisan Exco dan kepimpinan negeri telah bermukim di Khemah Kerja Perdana di Janda Baik pada bulan April yang lalu, lantas kita muncul seia sekata dengan satu hati dan satu misi.

13. Selari dengan cabaran politik kini, Pemuda telah mengambil pendekatan yang menyeluruh dengan menyusun barisan Exco dan Sekretariatnya agar menjadi lebih responsif dan menjangkau kesemua segmen sasaran generasi muda. Ini meliputi rentasan geografi serta lapisan masyarakat seperti pekerja muda dan profesional muda di bandar dan di luar bandar, di bangku sekolah hingga ke universiti dan kolej.

14. Semua ini merupakan contoh bagaimana Pemuda akan bergerak bagi memenangi hati orang muda. Kita tidak boleh bergantung kepada retorik kosong politik. Jangan kita menjadi singa sarkas, yang mengaum tanpa sebab. Retorik mungkin mampu menarik liputan media buat seketika, tetapi untuk kita menarik sokongan rakyat biarlah kita tertumpu kepada usaha yang betul-betul menyentuh nasib rakyat dan isu-isu kebajikan mereka seperti malapetaka, musibah, kemiskinan, keselamatan, kesihatan, pendidikan dan perumahan.

15. Generasi muda juga mengharapkan kepimpinan fikiran atau thought leadership dari Pemuda UMNO – dan saya cukup bangga sebab dalam beberapa ruang debat, pentas ceramah dan forum TV serta medan-medan lain, Pemuda berada di barisan hadapan mewakili UMNO dan BN.

16. Ada tanda-tanda awal menunjukkan keberkesanan pendekatan ini, dengan penerimaan orang muda terhadap UMNO dan BN kembali meningkat. Daripada data keputusan pilihanraya kecil setakat ini, berkat usaha gigih saudara-saudara sekalian, di Manek Urai, sokongan orang muda telah meningkat di semua saluran manakala di Bagan Pinang minggu lepas, ia semakin jelas dengan bukan sahaja peningkatan malahan kemenangan BN. Siapa kata orang muda makin menjauhkan diri daripada perjuangan kita? Kemenangan kita baru-baru ini memberi semangat bahawa UMNO masih relevan dan mampu terus menjadi wadah perjuangan umat Melayu, terutamanya generasi muda.

17. Namun begitu, kita tidak boleh leka dan lalai. Anggaplah pencapaian permulaan ini sebagai satu rangsangan. Bahawa dengan strategi yang tepat dan gerakan yang menepati citarasa golongan belia, pengundi muda yang dikatakan begitu sukar untuk ditawan, sebenarnya boleh dimenangi. Pemuda UMNO dipertanggungjawabkan terhadap segmen ini, menarik sokongan mereka kepada BN, kerana kitalah yang merupakan titik sentuhan utama mereka dengan parti.

18. Justeru, Pemuda perlu melakukan transformasi generasi dalam pendekatan kita. Menyedari keperluan ini, saya telah memperkenalkan Rukun Pemuda sebagai asas kepada transformasi kita. Lima rukun ini, iaitu bersatu, berprinsip, inklusif, relevan dan proaktif, menggariskan satu falsafah kerja yang baru serta meletakkan garis panduan kepada pergerakan kita untuk mencapai matlamat kemenangan sokongan generasi muda.

19. Bersatu bermaksud bahawa asas kekuatan kita adalah perpaduan dan gerak kerja berpasukan, membariskan semua ahli Pemuda dalam saf perjuangan yang kukuh. Berprinsip pula bermakna bahawa Pemuda tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO bagi menegak, mempertahan dan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Inklusif pula bermakna aktiviti dan program kita menjangkau parti dan merentasi perbezaan agama dan bangsa. Relevan membawa maksud bahawa segala program, medium penyampaian, gaya bahasa dan saluran maklumat hendaklah menepati citarasa golongan yang disasarkan. Akhir sekali, Proaktif merupakan piawaian budaya kerja di mana segala perancangan dan tindakan hendaklah dibuat tanpa menunggu arahan terutama dalam hal ehwal kebajikan rakyat sebelum ia menjadi kronik hingga dieksploitasi oleh pembangkang.

Saudara Perwakilan Sekalian,

20. Berlandaskan Rukun Pemuda inilah, kita akan menyahut semangat 1Malaysia yang mementingkan prestasi demi rakyat. Justeru, saya mencadangkan agar satu set penanda aras dibentuk untuk menjadi garis panduan gerak kerja Pemuda. Bukan sekadar itu, set penanda aras ini akan membantu kita melihat dan menilai rekod pencapaian pemimpin dan ahli Pemuda.

21. Penanda aras yang perlu kita terapkan adalah seperti berikut:
[i] Meningkatkan keahlian UMNO, khasnya keahlian baru golongan muda yang menyertai parti;
[ii] Mendaftarkan ahli-ahli UMNO sebagai pengundi di kawasan masing-masing;
[iii] Menjalin hubungan antara Pemuda UMNO bersama golongan-golongan yang berpengaruh dalam menjana perspektif generasi muda, atau opinion-shapers, seperti kumpulan cendekiawan, profesional muda, penulis-penulis muda, tokohtokoh agama dan golongan pendidik;
[iv] Memenangi perang mesej atau perang saraf, terutamanya di alam siber yang menjadi platform komunikasi politik masa kini;
[v] Dan penanda aras yang terakhir, yang paling penting untuk menilai prestasi Pemuda UMNO, adalah menambahkan undi golongan muda kepada BN, sekaligus memenangi undi saluran-saluran muda dalam pilihanraya.

22. Set penanda aras ini selari dengan transformasi UMNO untuk menyegar dan meremajakan lagi parti.

Saudara Perwakilan Sekalian,

23. Antara usaha penting yang juga dilakukan adalah pindaan Perlembagaan parti, supaya lebih sesuai dengan kehendak ahli UMNO, sepertimana yang telah disebut oleh YAB Presiden semasa Perhimpunan Agung yang lalu.

24. Pemuda menyambut baik usaha yang telah dirintis oleh YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, yang telah mencadangkan beberapa perubahan berdasarkan kepada premis untuk menghakupayakan lebih ramai lagi ahli UMNO menentukan barisan kepimpinan tertinggi parti. Ia juga memudahkan ahli bertanding tanpa sekatan, menjadikan UMNO lebih inklusif dan memudahkan proses menjadi ahli.

25. Secara keseluruhannya, Pemuda menyokong penuh cadangan pindaan Perlembagaan parti yang akan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Khas, esok. Pemuda juga meletakkan harapan supaya segala pindaan tersebut akan diterima kerana ia secara langsung memberi pengiktirafan khusus kepada orang muda. Saya tidak sekali-kali lupa bahawa di cawangan-cawangan serata negara-lah, jiwa perjuangan UMNO mula disemai di kalangan anak muda. Atas kesedaran itulah, sukacita saya melaporkan kepada saudara-saudara sekalian, satu usul penting yang akan dibentangkan esok – yang perlu disokong oleh kita semua; iaitu usul bagi mengiktiraf Ketua Pemuda Cawangan sebagai perwakilan automatik ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Bila Pemuda akar umbi bersuara, Pemuda negara diperkasa.

26. Pindaan perlembagaan juga membawa perubahan besar kepada parti di mana proses pemilihan jawatan tertinggi akan dibuat di peringkat bahagian dan tidak lagi terbatas kepada perwakilan di peringkat perhimpunan agung. Ini bermakna dari hanya 2,600 perwakilan yang menentukan kepimpinan parti selama ini, lebih dari 140,000 ahli akan diberi hak sedemikian.

27. Pemuda menganggap pindaan ini tepat pada waktunya dan berharap ia merupakan satu langkah permulaan bagi lebih mencerminkan profil UMNO sebagai parti akar umbi yang terbuka dan demokratik. Oleh itu, adalah menjadi harapan Pemuda, sekiranya sistem baru ini berjalan dengan lancar agar akhirnya satu hari nanti kuasa pemilihan ini diberi kepada kesemua tiga juta ahli UMNO. Satu Ahli, Satu Undi. Inilah nilai keahlian yang sebenar dengan memberikan hak dan kuasa kepada setiap ahli untuk menentukan kepimpinan parti – satu hak yang penting dan paling asas dalam politik.

28. Satu lagi perkara penting yang memberi kesan besar kepada Pemuda dan proses peremajaan parti adalah dalam perkara keahlian. Sebelum ini kita dengar banyak rungutan tentang kesukaran untuk menjadi ahli UMNO, terutamanya bagi generasi muda yang ingin berjuang bersama Pemuda. Dengan lulusnya pindaan Perlembagaan pada hari esok, permohonan untuk mendaftar sebagai ahli boleh diterima dan ditandatangani bukan hanya oleh Ketua Cawangan tetapi juga oleh Ketua Pemuda Cawangan. Dari itu saudara-saudara, jangan kita sia-siakan kuasa yang telah diberikan ini. Marilah kita melipat gandakan usaha dan tekad dalam memenangi hati orang muda di luar sana untuk bersama kita. Maka, saya menyeru agar saudara-saudara semua memberikan sokongan padu kepada cadangan pindaan yang akan dibentangkan esok.

Saudara Perwakilan Sekalian,

29. Pindaan Perlembagaan parti yang akan dibentangkan nanti adalah berkait dengan generasi muda yang menjadi ahli UMNO. Oleh itu, sewajarnya kita sebagai sebuah parti yang bersifat inklusif kepada semua, mencari jalan memperjuangkan kepentingan semua golongan muda baik di dalam mahupun di luar parti. Inilah tafsiran mesra rakyat yang diperjuangkan oleh Pemuda UMNO.

30. Masalah orang muda hari ini terutamanya bagi yang berhijrah ke bandar adalah peluang pekerjaan yang tidak menentu, kemudahan perumahan yang tidak terancang dan kurang penglibatan sivik. Tidak dinafikan, ramai dikalangan mereka mendapat peluang pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan sehingga memiliki ijazah, diploma atau sekurang-kurangnya sijil. Namun, apabila mereka gagal memperoleh peluang pekerjaan dan menganggur, sering kali kita mendengar dakwaan yang menyalahkan orang muda – tidak cukup bijak, tidak fasih berkomunikasi dan tidak berkeyakinan. Ini menuntut kita mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan mereka.

31. Oleh itu, Pemuda ingin memohon beberapa langkah mesra kepada golongan muda dipertimbangkan oleh Kerajaan menjelang pembentangan Bajet 2010. Kita berharap Kerajaan boleh mempertimbangkan beberapa inisiatif khas untuk generasi muda sebagai salah satu daripada teras utama dalam Bajet akan datang yang antara lainnya, meliputi:
[i] Peluang perkerjaan yang lebih luas serta berkualiti tinggi terutamanya di sektorsektor strategik seperti perkhidmatan, teknologi maklumat dan bio-teknologi;
[ii] Peluang latihan sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran seperti penguasaan bahasa-bahasa antarabangsa dan teknologi terkini;
[iii] Pinjaman khas untuk usahawan muda, terutamanya bagi mengatasi halangan modal perniagaan di peringkat start-up atau permulaan serta bagi menggalakkan penyertaan mereka di sektor-sektor baru yang berteknologi tinggi dan mempunyai nilai tambah kepada ekonomi;
[iv] Sokongan bagi gerak kerja sukarelawan dan pembangunan kebajikan komuniti; serta
[v] Menambahkan lagi peluang pekerjaan untuk pelajar lepasan aliran teknikal dan vokasional.

32. Pada masa yang sama, Pemuda juga prihatin kepada nasib golongan muda yang baru sahaja memulakan hidup berkeluarga, yang baru sahaja bekerja dan mempunyai pelbagai tanggungan, termasuklah membantu ibubapa dan membayar pinjaman pendidikan. Oleh itu, Pemuda mencadangkan inisiatif ini diberi perhatian oleh Kerajaan:-
[i] Menubuhkan tabung untuk pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang terendah untuk beberapa tahun pertama agar orang muda yang baru berkahwin mampu memiliki rumah;
[ii] Memberi diskaun istimewa untuk kereta nasional kepada mereka yang mempunyai anak pertama dan baru hendak memiliki kereta;
[iii] Memperuntukkan RM200 bagi anak pertama setiap keluarga sebagai simpanan permulaan Tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional; dan
[iv] Menawarkan baucer membeli barangan keperluan asas bayi seperti susu dan lampin.

33. Pemuda berharap Kerajaan dapat menimbang dan memberi perhatian kepada cadangan-cadangan ini. Pemuda percaya bahawa dengan gerak kerja dan khidmat yang berterusan, insya-Allah BN akan dapat memenangi hati dan sokongan generasi muda yang merupakan aset dan harapan negara kita.

Saudara Para Perwakilan Sekalian,

34. Rakyat kini dihidangkan dengan pilihan antara gagasan yang membangunkan negara sejak sekian lama, yakni Barisan Nasional, atau pakatan pembangkang yang terus menerus memecahbelahkan rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendedahkan siapa sebenarnya pakatan pembangkang ini. Bahawa mereka bukannya sebuah parti politik yang tulen – bahawa perhubungan mereka bukannya berteraskan ikatan yang sah atas prinsip yang sama. Apa yang sebenarnya wujud hanyalah satu perhubungan rambang dan kasual, tanpa prinsip moral, tanpa cinta sejati, tanpa hormatmenghormati. Satu pakatan yang sanggup tidur sekatil demi mimpi untuk ke Putrajaya, satu pakatan yang bernafas atas nafsu untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.

Anak Batak mudik bergalah
Digigit nyamuk habis lebam
Pakatan retak menanti belah
Remuk di dalam dipendam-pendam

Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang

Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat

35. Insiden-insiden yang kita lihat semenjak PRU-12 telah membangkitkan sangkaan bahawa tiada setiakawan dan tiada keikhlasan dalam perjuangan pembangkang. Tidak keterlaluan, jika saya nyatakan bahawa di antara mereka, DAP yang paling berkuasa. PAS sudah lari dari asas perjuangan dan menggadaikan prinsip tulen parti tersebut apabila Negara Islam bukan lagi menjadi wawasan utama mereka.

36. PAS tidak lagi garang bersuara, berani mengajar, jauh sekali berani menegur PKR dan DAP tentang pelbagai perkara. PAS tidak lagi sensitif kepada perkara-perkara pokok seperti cadangan menggunakan dana zakat bagi pentadbiran negeri di Selangor. Ini menzahirkan bahawa PAS sanggup tawar menawar dengan DAP hatta menggadai jatidiri dan perjuangan asas mereka demi politik. Kalau begitulah keadaannya, tiada jaminan mereka tidak akan mempertaruh atau menjual negara, sekiranya berkuasa.

37. Kalau DAP yang paling berkuasa, maka kita berhak untuk bertanya: siapa sebenarnya DAP ini? Bertopengkan platform parti berbilang bangsa, tetapi hakikatnya mereka didominasi oleh satu kaum sahaja. Selepas 40 tahun Lim Kit Siang menjadi Ahli Parlimen, pembukaan satu cawangan Melayu DAP bulan lepas digembar-gemburkan seolah-olah satu pencapaian yang cukup hebat. DAP hanya parti berbilang kaum pada namanya sahaja, sedangkan perjuangan sebenar mereka berunsur perkauman yang menyala membara seperti api dalam sekam.

38. PKR pula parti yang tandus ideologi, sekadar berkisar pengagungan seorang individu bernama Anwar Ibrahim. Apa sebenarnya prinsip perjuangan PKR, atau adakah mereka sama seperti DAP yang dahagakan kuasa? Kalau kononnya berjuang atas tiket keadilan dan anti rasuah, lihat sendiri pemimpin kamu itu wahai PKR. Anwar Ibrahim melalaikan masyarakat Malaysia, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indah seakan-akan dia-lah pemimpin yang bersih, tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin UMNO sebagai rasuah, rakus dan rasis.

39. Tetapi Anwar Ibrahim jangan kamu lupa sejarah kamu, kerana kami tidak lupa perbuatan lampau kamu. Apakah semata-mata Anwar Ibrahim beralih menjadi pembangkang, sejarah silamnya, segala dosa lamanya akan lesap begitu saja? Sejarah akan sentiasa membayangi Anwar ke mana sahaja dia pergi dalam arena politik. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

40. Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi manusia? Atau apakah Anwar Ibrahim berjuang semata-mata untuk kepentingan peribadi Anwar Ibrahim? Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam. Tetapi UMNO dan Pemuda UMNO ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya.

Saudara Perwakilan Sekalian,

41. BN ditubuhkan atas dasar persaudaraan dan persefahaman untuk menegakkan Perlembagaan dan asas kewujudan negara. Inilah perkongsian platform yang wujud dalam BN. Tetapi pakatan pembangkang tidak mempunyai sebarang persefahaman bersama melainkan nafsu untuk merampas Kerajaan – itupun kita tidak tahu siapa akan menjadi Perdana Menteri kalau pakatan ini mengambil alih. Malah dalam memilih Kabinet Bayangan, mereka memilih jalan selamat untuk menamakan tiga ahli bagi setiap portfolio kabinet, kerana mereka sebenarnya langsung tidak ada persefahaman dalam perkongsian kuasa, tidak seperti BN yang telah teruji dan terbukti.

42. Pakatan pembangkang tidak berprinsip sepertimana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada Perlembagaan. Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?

43. Kita perlu terus mendedahkan taktik kotor pembangkang ini. Kita tidak pernah barang sedetik gentar dengan mereka kerana mereka yang sebenarnya takut dengan kita. Mereka yang yang takut dengan kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib. Mereka tiada idea baru. Dalam ketandusan tersebut mereka amat licik mencucuk rakyat, menyebar fitnah, menimbulkan huru hara, membuat rakyat akhirnya merana. Bak kata pepatah, kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.

44. Pakatan pembangkang takut tindakan kejam mereka terhadap penduduk Kampung Buah Pala akan diingati rakyat. Mereka takut rakyat menuntut janji RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang ditawarkan masuk ke universiti, yang masih tak tertunai. Apatah lagi janji menurunkan 20 peratus cukai pintu yang sampai hari ini belum dilaksanakan walaupun sudah hampir 20 bulan berkuasa. Pokoknya, mereka takut akan kesedaran rakyat yang telah terpedaya dengan segala janji manis, tipu muslihat dan dakyah mereka terburai begitu sahaja.

45. Oleh itu, saudara sekalian, marilah kita bersama-sama bersatu mendedahkan helah dan dakyah pembangkang ini. Mari kita tewaskan mereka dalam permainan politik berbahaya mereka ini, yang sanggup menggadaikan segalanya hanya untuk berkuasa. Jangan kita biarkan Kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan oleh satu kumpulan yang sebenarnya saling tindas-menindas, yang sebenarnya tidak ikhlas dalam perjuangan mereka sehingga tidak teragak-agak untuk menghalalkan yang haram, mengiyakan yang palsu, melupakan yang jitu demi mengejar mimpi mereka yang tamakkan kuasa.

Daun mengkudu di atas dulang
Anak udang mati dituba
Negara berpecah pembangkang girang
Demi kuasa dan tamak haloba
Pergi berburu nun ke sempadan
Dapat kancil kongsi bersama
Selagi hayat dikandung badan
Pemuda kekal pertahankan negara

Saudara Perwakilan Sekalian,

46. Sudah terbukti, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Presiden telah berjaya memikat hati golongan muda. 1Malaysia merupakan satu konsep yang cocok dan sesuai dengan tuntutan zaman yang dahagakan satu prinsip politik yang berasaskan agenda perpaduan serta pencapaian demi rakyat jelata. Berpandukan semangat 1Malaysia ini, Pemuda perlu berpegang kepada satu misi baru untuk menjadi batu asas kepada perjuangan kontemporari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Misi ini adalah untuk memenangi seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya orang Melayu sahaja. Dari segi percakapan kita, perjuangan kita dan strategi politik kita, Pemuda UMNO perlu menerajui misi baru ini supaya kita memberi harapan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama dan latar belakang.

47. UMNO sebagai tunjang BN mestilah menunjukkan visi perjuangan yang mengenengahkan mutu kepimpinan kita yang syumul, inklusif lagi nasional. Inilah jalan berani. Jalan berani kerana ia menuntut satu anjakan daripada politik zon selesa berdasarkan perspektif bangsa dan parti kepada satu kesedaran politik yang merangkumi semua.

48. Saya menyebut tentang keberanian juga, kerana kita kini berada di persimpangan jalan perjuangan, yakni satu persimpangan di mana kita boleh memilih untuk kekal dengan cara dan gaya lama. Kita boleh bertempik suara melaungkan semangat Melayu dan memberi amaran kepada kaum-kaum lain supaya jangan mencabar ini dan itu. Pilihan ini mudah dan menjanjikan populariti di dalam parti. Tetapi adakah ini sebenarnya mesej yang dihasratkan oleh rakyat Malaysia, malah orang Melayu sendiri – apatah lagi pada waktu Presiden parti sedang membawa mesej perpaduan dengan gagasan 1Malaysia? Bagi Pemuda UMNO alaf baru, inilah keberanian sebenar – bagi memilih jalan untuk Pemuda menjadi perintis ke arah perpaduan negara melalui semangat 1Malaysia.

49. Ada yang berpendapat biarlah Presiden sahaja yang membawa mesej kenegaraan, tetapi Pemuda UMNO hendaklah meneruskan agenda dan pendekatan lama. Jika kita memilih berbuat demikian, rakyat akan melihat UMNO sebagai parti yang kucar kacir, parti yang hipokrit, tanpa satu ideologi asas yang konsisten untuk rakyat dan pengundi. Kita akan diadili sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin, apatah lagi dalam era teknologi yang berupaya mendedahkan sebarang hipokrasi lantas menuntut satu konsistensi mesej di segenap lapisan kepimpinan parti dan Kerajaan. Adakah dalam konteks baru ini kita mahu Presiden parti bercakap mengenai satu perubahan – satu anjakan memecahkan benteng pemisah antara kaum – manakala Pemuda UMNO pula enggan berubah, sebaliknya bertempik melaungkan perkara yang berlainan daripada apa yang diperkatakan oleh Presiden?

50. Pembaharuan ke arah landasan ini tidak bermaksud kita lupa kepada agenda Melayu. UMNO dan Pemuda UMNO tetap akan menjadi pejuang bangsa – mempertahankan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Ini semua perkara asas perjuangan UMNO yang tidak akan sekali-kali luntur dari agenda kita. Namun kita perlu memperjuangkan semua ini berlandaskan dua prinsip, iaitu keadilan dan rahmah, terutamanya dalam hubungan dengan kaum-kaum lain. Kompas perjuangan ini akan menggariskan agenda nasionalis kita, yang bukan berteraskan konsep kekuasaan Melayu atau Malay dominance yang sempit, tetapi kepimpinan Melayu atau Malay leadership yang adil dan rahmah.

51. Sebenarnya, jika diimbas sejarah kepimpinan UMNO dan BN, ternyata sekali prinsip kepimpinan Melayu yang adil dan rahmah sudah pun terpahat dalam realiti politik tanah air. UMNO dan BN telah mempamerkan kemampuan menjaga kebajikan dan kepentingan seluruh warga Malaysia. Contohnya, lihat sahaja pada perjuangan membenteras kemiskinan – agenda ini tidak berlandaskan warna kulit semata-mata, tetapi sebaliknya, dipanjangkan kepada mana-mana golongan kurang bernasib baik. Maka, berbekalkan landasan politik yang dihormati semua, pembaharuan yang diperlukan dalam lanskap masa kini adalah untuk UMNO dan orang Melayu konsisten dalam memantapkan kepimpinan nasional kita untuk semua rakyat Malaysia.

52. Seruan agar segenap masyarakat wajar diberi pembelaan bukan sahaja sesuatu yang dianggap sebagai hak sejagat atau universal right tetapi sebenarnya datang dari agama suci kita sendiri. Kerajaan di bawah pimpinan UMNO sering mengambil inspirasi Islam sebagai landasan kepada dasar negara, seperti prinsip Islam Hadhari yang menjamin hak golongan minoriti dibela. Justeru, tidak salah sekiranya orang Melayu juga memperjuangkan kepentingan warga Malaysia secara keseluruhannya. Malah, apabila kita menghormati pegangan dan agama orang lain, mereka juga akan lebih menghormati kita.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al An’am, ayat 108:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan”

53. Barangkali ada yang mengungkit adakah kita patut mempertahankan bangsa lain sekiranya mereka mempersoalkan kedudukan kita? Di sinilah kepimpinan kita akan teruji. Sebagai bangsa yang diberi amanah dan penghormatan untuk memimpin, orang Melayu tidak boleh mengikut rentak biasa – sebaliknya kita mesti melaksanakan sesuatu yang mengatasi apa yang biasa. Barulah kita akan berupaya memimpin dan dilihat sebagai pemimpin yang mendapat pengiktirafan lebih menyeluruh. Inilah satu lagi contoh Kepimpinan Melayu yang saya maksudkan – kepimpinan yang adil dan rahmah yang diterima oleh semua.

Saudara Perwakilan sekalian,

54. Pembaharuan ke arah kepimpinan nasional Melayu yang lebih jitu akan boleh dilaksanakan sekiranya orang Melayu sendiri membuat anjakan kepada perjuangan yang berbekalkan keyakinan ketamadunan kita, atau civilisational confidence. Keyakinan ketamadunan ini bermakna kita yakin dengan keupayaan bangsa untuk melangkah ke hadapan, mengukir kejayaan tanpa perlu takut bayang-bayang sendiri. Inilah cabaran generasi kita.

55. Saya menyebut soal cabaran generasi, kerana untuk terlalu lama orang Melayu dan UMNO sendiri, berada dalam perspektif minda atau mindset yang negatif dan defensif. Kita merasakan diri kita seolah-olah diserang atau under siege, dan segala gerak kerja seakan-akan disalurkan ke arah mempertahankan keistimewaan Melayu yang kita anggap sentiasa dicabar. Saya menyeru orang Melayu bermula dengan Pemuda untuk keluar dari perspektif minda ini. Tidak dinafikan, bahawa Perkara 153 Perlembagaan, yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, adalah keramat buat kita. Namun, jika dikaji dengan teliti, Perkara 153 hampir mustahil untuk dilucutkan daripada Perlembagaan Persekutuan. Sebarang perubahan memerlukan bukan sahaja kelulusan 2/3 Parlimen, tetapi mesti juga mendapat perkenan dari Majlis Raja-Raja. Ini sudah cukup mengingatkan kita bahawa secara realistiknya, kedudukan istimewa kita tidak mungkin boleh diubah.

56. Tetapi percayalah, Perkara 153 dengan sendirinya tidak akan menjamin kesejahteraan dan kemajuan bangsa. Sedarlah, sedarlah kita semua, bukan peruntukan perlembagaan yang membawa keistimewaan sebenar, tetapi kebolehan dan pencapaian orang Melayulah yang akan menentukan sama ada kita menjadi bangsa istimewa, bangsa yang unggul, bangsa yang terbilang.

57. Hak dan keistimewaan Melayu itu penting. Namun yang lebih penting adalah bagaimana bangsa kita diperkasakan. Apa yang perlu kita wujudkan ialah satu dimensi baru dalam perjuangan Melayu supaya pegangan ekonomi dan status bangsa kita dapat dimajukan, sesuai dengan semangat pemerkasaan Melayu yang wajib dicapai bersama. UMNO dan bangsa Melayu secara keseluruhannya, perlu beralih daripada kaedah atau setting defensif yang selalu menganggap ada orang lain mahu merampas hak dan hartanya, kepada Melayu yang berbekalkan keyakinan ketamadunan bangsa, mengukir visi kemajuan untuk masa hadapan. Inilah dilema Melayu yang baru – persoalan generasi yang wajib dijawab. Adakah kita hanya mahu mempertahankan simbol demi simbol atau adakah kita berani menerima hakikat bahawa perlu ada perubahan mekanisme dan visi demi melihat bangsa Melayu itu terus melangkah maju? Bagi saya, pilihan kedua merupakan jawapannya.

58. Saya percaya inilah juga visi YAB Presiden, yang, contohnya, telah memansuhkan keperluan pegangan ekuiti 30 peratus Bumiputera dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Bursa Malaysia. Sudah pasti Presiden mengambil langkah sedemikian bukan sebab beliau tidak endah akan agenda Melayu, tetapi sebab ternyata mekanisme 30 peratus itu tidak dapat memenuhi matlamat asalnya.

59. Presiden sendiri telah mengatakan bahawa daripada RM54 bilion nilai pegangan saham yang diberikan kepada Bumiputera melalui mekanisme 30 peratus ini, hanya RM2 bilion sahaja yang tinggal dalam tangan – habis dijual untuk pulangan cepat, tanpa kelangsungan kemajuan yang kita inginkan. Jadi terbuktilah ada simbol, mekanisme dan tongkat yang kita pertahankan selama ini tidak mencapai objektif yang asal.

60. Malah, apabila Presiden memansuhkan kriteria pegangan saham Bumiputera itu, beliau juga telah memperkenalkan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) sebagai institusi pelaburan baru yang boleh menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat Bumiputera yang berpotensi tinggi. Inilah anjakan yang dipelopori oleh Presiden – bantuan secukupnya disalurkan kepada Melayu yang layak dan berpotensi, dan bukan mekanisme-mekanisme simbolik yang hanya membantutkan daya saing Melayu dan memberikan kita satu perasaan keyakinan yang palsu tanpa memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan ekonomi Melayu yang sebenar.

61. Pengisian visi kemajuan bangsa kita memerlukan satu keyakinan untuk kita menerima persaingan berdasarkan kepada merit, kemampuan dan kebolehan kita sendiri. Usah kita bercakap tentang meritokrasi antara kaum, jika dalam kaum kita sendiri pun kita belum mempraktikkannya. Jangan kita sebagai generasi muda mengamalkan budaya mencantas bakat Melayu sebelum bakatnya dapat diasah. Amat merugikan kepada bangsa sekiranya akibat hasad dengki, kita sanggup berusaha menjatuhkan orang Melayu lain yang berpotensi semata-mata untuk memuaskan hati. Kita perlu mengikis sifat dengki sesama kita, sebaliknya membantu dan memberi dorongan sewajarnya kepada saudara-saudara sebangsa seagama untuk lebih berjaya. Inilah maksudnya “keyakinan ketamadunan”. Kita tidak takut pada bayang-bayang sendiri.

62. Impian saya adalah untuk melihat suatu hari nanti, institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dipenuhi anak muda Melayu bukan kerana kuota, tetapi kerana kelayakan merit. Tatkala kita mempertahankan kuota sekarang ini, jangan kita lupa, kuota sepatutnya hanya satu langkah bantuan, dan bukannya talian hayat orang Melayu selama-lamanya. Visi Melayu bukan untuk mempertahankan kuota semata-mata, tetapi untuk merasa bangga melihat orang Melayu berjaya dengan kekuatan sendiri.

63. Usah kita pesimis dan perlekehkan potensi bangsa kita – keyakinan untuk menerima persaingan yang lebih terbuka sudah wujud dalam hakiki budaya kita sendiri. Apakah kita mahu berdiri di sini mengatakan sejarah tidak pernah mempamerkan bangsa Melayu bekerja keras meredah seribu satu badai untuk mencapai misi? Lihat saja-lah pada peribahasa Melayu yang menggalakkan ketekunan, kerajinan dan jimat-cermat dan responsif dengan cabaran dan suasana sekelilingnya seperti:

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Rajin bekerja mudah belanja
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
Cicir dipungut, hilang dicari
Dalam berselam, cetek bertimba

64. Visi ini, anjakan ini, turut menuntut keberanian kita sebagai orang Melayu untuk melihat ke hadapan, berbekalkan keyakinan dan kepercayaan diri untuk mencapai kemajuan bangsa. Sebagai Pemuda waktu ini, kitalah generasi yang boleh melakukan perubahan tersebut. Kitalah generasi yang boleh berkeras mengatakan cukup-lah!Cukup-lah kita menidakkan keupayaan bangsa kita. Cukup-lah kita dikongkong ilusi yang menyatakan Melayu lembab, Melayu malas, Melayu bodoh. Generasi kita perlu bangkit menyahut cabaran masa kini dengan mengatakan Melayu tidak lagi takut berhadapan dengan dunia luar kerana Melayu tidak lembab, Melayu tidak malas, Melayu tidak bodoh. Sebaliknya, bangsa Melayu adalah bangsa berdaulat; satu bangsa yang bijak dan serba boleh. Pemuda Melayu generasi ini perlu memimpin bangsa kita keluar dari batasan dan kepompong minda yang menghakis keyakinan diri, serta maju ke hadapan – inilah perjuangan kita.

Bangunlah Bangsaku

Apalah erti omongan jika lekang dengan tindakan;
Harapan berkecai bak debu berterbangan jika tidak diampuh peranan;
Puas sudah gurindam dilagu, merungkai mengupas belenggu bangsaku;
Laungan dan panji-panji menggegar jiwa,
jumud dan kaku, makin sayup merintih sayu;

Namun aku pasti;
Fajar kini menyingsing lagi;
Menyingkap tirai membawa harapan seribu erti;
Namun menjajikan kegelapan kepada yang dengkal
Alpa dan iri hati;
Justeru bangunlah bangsaku;
Penuh kesedaran dalam kematangan
Disuntik azam baru;
Gembelingkan tenaga, berpadu, kita teguh bersatu;
Perwajakan hati, perkasakan diri
Sedia kita tempuh segala seteru;
Kerana masa beredar dan bumi berputar
Memungkinkan perubahan yang tidak menentu.

Justeru bangunlah bangsaku yang mapan dan berdikari,
Dibawah laungan 1Malaysia
Agar kita duduk sama rendah, kita berdiri lebih tinggi,
Agar jiwa bangsaku yang bermaruah
Tidak ditindas, tidak dihina, tidak perlu merintih lagi;
Mengibar panji di puncak ekonomi
Bukan lagi suatu mimpi;

Bangunlah bangsaku
Jangan kita tersungkur lagi;
Sejarah hitam jangan kita ulangi
Cukuplah hanya sekali;

Bangunlah bangsaku;
Perjuangan ini kita isi, kita galas, kita tunjangi;
Biar anak-anak kita tidak malu untuk mengakui;
Bahawa hasil perjuangan ayahnya bangga dikecapi;
Maruah bangsanya megah diwarisi.

Bangunlah…bangunlah bangsaku;
Bangunlah bersama negaraku.

Saudara Perwakilan Sekalian,

65. Marilah kita barisan Pemuda berdiri teguh di belakang Presiden dan Timbalan Presiden kita, marilah kita bersama-sama mempertahankan Kerajaan kita yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, yang telah mengharungi pelbagai badai gelora bersama namun tetap tidak berganjak dari prinsip asas perjuangan – yang kekal bersama-sama dalam keadaan susah dan senang, yang bekerja keras untuk membangunkan negara, tanpa perlu menabur janji-janji palsu semata-mata untuk menjadi Kerajaan di bumi yang tercinta ini.

66. Sedarlah, kita kini berada di persimpangan perjuangan. Inilah masa dan detiknya, kita – golongan muda bersatu menjadi nakhoda zaman, memacu perjuangan ke arah ketamadunan yang terbilang. Ayuh, bangkitlah, bangkitlah kita semua menyahut cabaran, menerajui harapan, menunaikan tuntutan demi kelangsungan agama, bangsa dan negara.

Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!