Bah: 8 sekolah ditutup

Bah: 8 sekolah ditutup

 

TINJAUAN jurugambar Berita Harian, Fathil Asri melalui udara bersama dengan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati hampir 80 ekor lembu dan kambing serta kenderaan milik penduduk Tumpat sekitar Jeram Perdah terperangkap di kawasan lapang seluas padang bola, selepas kawasan sekelilingnya ditenggelami banjir, semalam.

KOTA BHARU: Enam sekolah rendah (SK) dan dua sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menempatkan kira-kira 5,000 murid di sekitar jajahan Tumpat dan Pasir Mas, ditutup mulai hari ini kerana ditenggelami banjir.

Sekolah berkenaan ialah SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan, SK Teluk Jering dan SK Bunohan di Tumpat; manakala di Pasir Mas ialah SK Meranti, SMK Meranti, SK Lubok Setol dan SMK Rantau Panjang.

SK Bunohan ditutup untuk dijadikan pusat pemindahan lebih 500 mangsa banjir sekitar Bendang Pak Yong sejak pagi semalam selepas banjir semakin buruk akibat limpahan air Sungai Golok.

 

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Mohd Ghazali Abd Rahman, berkata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Meranti dan SMK Rantau Panjang ditempatkan di asrama sekolah masing-masing untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

Katanya, jabatan juga menyediakan pusat pemindahan banjir alternatif untuk mereka sebagai persediaan jika banjir berterusan.

“JPN sudah mengeluarkan notis awal kepada semua guru besar dan pengetua sekolah terbabit supaya mendapatkan bantuan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan tiada calon SPM yang terjejas dan terlepas peluang menduduki peperiksaan,” katanya.

Mohd Ghazali berkata, pihaknya masih memantau perkembangan banjir, khususnya sekitar Tumpat dan Pasir Mas yang dijangka bertambah buruk dan kemungkinan lebih banyak sekolah ditutup.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi pula menasihatkan ibu bapa di kawasan terjejas banjir meningkatkan pemantauan.

Sejak banjir melanda Kelantan pada Jumaat lalu, seorang pemuda menjadi korban selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Pasir Puteh. Mayat mangsa ditemui tersangkut pagi semalam.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: