CERITA RAKYAT PARLIMEN P188 SILAM :PELANCARAN 1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN PERINGKAT KRT KG. TABANAK, LAHAD DATU. SILAM.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh  DAN SALAM SEJAHTERA,

SALAM PERPADUAN 1MALAYSIA, SALAM 1SILAM,SALAM 1KOMUNITI

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati,

01.Pertama sekali marilah kita meletakkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT, Tuhan seru sekalian alam, yang mana dengan keredaan-Nya jua, kita dapat berhimpun pada pagi yang mulia ini.

02.Petikan kata-kata YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia yang berbunyi * Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.

03.Katanya lagi * Saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat “1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia.

Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975  telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.

Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.

Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

Program yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga kampung Tabanak ini merupakan satu usaha murni, bagi saya pertama kali diadakan khususnya di kawasan KRT dikawasan Parlimen P188 Silam. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi KRT Kg. Tabanak Pn. Hamimah Mohd Rais bersama Ahli Jawatankuasa dengan kerjasama penduduk kampung dan pelbagai agensi yang terlibat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang dihormati

04.1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru dan matlamat akhirnya iaitu perpaduan nasional juga merupakan wawasan utama pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu, yang diterjemah dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan sepanjang lebih lima dekad negara merdeka.

05.*Dalam erti kata lain, 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Terdapat 8 nilai utama yang diterapkan dalam konsep 1 Malaysia :

1- Budaya Berprestasi Tinggi
Dalam nilai ini penekanan diberikan dari segi pengukuran, menguruskan masa, jadual penyampaian dan dari segi kualiti. Disamping itu kepimpinan berasaskan prestasi juga dititikberatkan agar seseorang itu mempunyai matlamat khusus agar prestasi dapat diukur.

2- Ketabahan
Adalah nilai yang merujuk kepada hati. Tabah membawa makna cekal,tetap hati, kuat semangat, berusaha dan sanggup menghadapi cabaran dengan tekun, sabar dan penuh ikhtiar. Jika nilai ini menjadi budaya hidup rakyat Malaysia maka kita tidak akan kecewa untuk melihat negara ini maju menjelang tahun 2020 !

Walau apa pun cabaran yang mendatang kita tidak mudah mengaku kalah . Al-Quran menyebutnya dengan Firman Allah SWT dalam surah Al_Insyirah : ayat 7 :

“Maka apabila kamu telah selesai (dari satu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain”

Malaysia sebagai sebuah negara yang telah berhadapan pelbagai krisis sebelum ini, samada krisis kewangan, menentang komunis @ berhadapan dengan waktu-waktu bergolak dalam sejarah tetapi telah berjaya mengharungi semua krisis dan bangkit sebagai sebuah negara yang kuat.
Ini berkat daripada ketabahan dan kegigihan dalam menghadapi segala rintangan. Sebagai rakyat Malaysia yang tercinta ini kita perlu berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan keupayaan diri.

3- Rendah Hati
Tawadhu’ juga merupakan nilai yang lahir dari rasa insaf, simpati yang menyebabkan kita jadi bersopan, tidak sombong dan tidak merasa lebih dari orang lain. Nilai ini menjadikan kita tahu bergaul dengan segala tingkat masyarakat dengan tertib, tidak membeza darjat orang dan akhirnya boleh menimbulkan rasa persaudaraan, kasih mengasihi dan menghargai orang lain.

Sabda Rasulullah saw :

” Allah mewahyukan supaya kamu sekalian bersifat rendah hati (tawadhu’). Janganlah berlaku kasar dan menyombongkan diri terhadap orang lain”
Nilai ketiga ini lebih difokuskan kepada pemimpin politik. Ahli politik perlu rendah hati kerana masyarakat kita hari ini lebih cenderung kepada pemimpin yang rendah hati. Berbeza pula apabila berurusan dengan dunia luar pemimpin haruslah memperlihatkan kekuatan dan kemampuan tetapi bukan dengan cara penindasan. Ada sesetengah masyarakat memandang sifat rendah hati sebagai kelemahan. Oleh itu kita hendaklah menyesuaikan diri mengikut keadaan.

4- Penerimaan
Maksud penerimaan adalah menerima sepenuhnya secara positif. Ia merupakan pembuka jalan kepada perpaduan.Disini kita tidak lagi bercakap tentang toleransi kerana penerimaan dan toleransi mempunyai konotasi yang sedikit berbeza. Secara psikologi jika seseorang itu menerima ia dapat dirasai lebih mesra, tulen dan terbuka.Prinsip keadilan sosial adalah satu prinsip yang digariskan jelas dalam Islam. Firman Allah swt : Al maidah ayat 8

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa mengakkan keadilan kerana Allah bagi mnerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kerana sikap itu lebih hampir kepada taqwa. Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui degan mendalam apa yang kamu lakukan.
5- Kesetiaaan
Satu aspek penting dalam kehidupan terutama dalam perhubungan sesama manusia. Setia kepada negara membawa seseorang sanggup berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta. Orang yang setia tidak akan berpaling tadah, tidak khianat dan tidak melakukan sesuatu yang merugikan negara. Warga yang setia akan menyokong perpaduan, membenci apa saja yang merosakkan negara. Biasanya warga yang setia sarat dengan nilai patriotisme.Kesetiaan pada tanah air tidak dilarang dalam agama. Nabi-nabi dan rasul pun cintakan tanah airnya. Nabi Muhammad mendoakan negaranya agar aman damai.
Firman Allah yang bermaksud : Al Baqarah :126

” Ya Allah jadikanlah negeri ini aman damai, Berilah penduduknya rezeki berupa buah-buahan”
6- Meritokrasi

Pada asasnya bermakna memberi sesuatu kepada yang layak dan berhak. Dalam konteks Malaysia ia mesti berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan dasar negara yang sedia ada. Meritokrasi perlu diamalkan dalam konteks memberi tanggungjawab kepada pihak yang mampu menunaikan amanah serta tanggungjawab yang diberi. Contohnya meritokrasi dilaksanakan dalam syarikat bumiputera agar mereka dapat bersaing untuk berjaya.

7- Pendidikan
Untuk mencapai kejayaan pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat yang penting.Pendidikan pula mestilah disepadukan dengan nilai. Masyarakat malaysia mesti mengamalkan budaya membaca supaya minda masyarakat terbuka.Disamping itu kita haruslah membangkitkan semangat generasi muda Malaysia untuk meneruskan perjuangan. Pastikan generasi muda mendapat pendidikan agar mereka akan menjadi masyarakat yang paling bijak dan terbaik serta berupaya bersaing di pasaran global.
Pada masa yang sama jangan kita lupa bahawa bersatu akan menjadikan kita lebih kuat . Kepelbagaian etnik dan kepercayaan agama menjadi asas kejayaan ekonomi dan sosial .

8- Intergriti
Intergriti adalah pelengkap 8 set nilai konsep 1 Malaysia. Ia adalah alat utama untuk memastikan prinsip didukung dan janji ditepati. Ia membawa maksud kualiti seseorang yang memiliki prinsip akhlak (moral) yang tinggi, utuh,teguh seperti amanah, jujur dan berani bertaggungjawab dalam melaksanakan sebarang tugas-tugas yang diberikan. Orang yang memikul tanggungjawab dengan penuh intergirti sentiasa disenangi dan dihormati oleh orang lain.

Tuan-Tuan dan puan-Puan Yang Dihormati

19. Syabas dan tahniah kepada Jatawankuasa penganjur Pelancaran 1Malaysia : rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan khususnya bagi kampung Tabanak, lahad Datu yang Berjaya dengan berprestasi tinggi. Tahniah kepada masyarakat kampung yang terus memberi sokongan padu kepada KRT Kg. Tabanak yang bertanggungjawab mewujudkan persefahaman dan keharmonian

Renungan kata-kata ”YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Berkata ; Jika Kita Bersatu Hati, Bersatu Tekat dan Membulatkan Usaha, Maka Kita Akan Berupaya Bersama-Sama Mendaki Puncak Yang Paling Tinggi Menuruni Cerun Yang Paling Curam dan Menyelami Lautan Yang Paling Dalam”

Dengan Lafaz Kalimah Suci Bismillahirrahmanirrohim saya merasmikan PELANCARAN 1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN BAGI KAWASAN RUKUN TETANGGA KG. TABANAK dengan Rasminya.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

“Ketradisionalan Dalam Kemodenan”

“Kasih Sayang Mengeratkan Silaturrahim dan Perpaduan”

“1Malaysia, 1Silam, 1Komuniti”

 

Yang benar,

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap

Duta Keamanan UPF PBB

Satu Respons to “CERITA RAKYAT PARLIMEN P188 SILAM :PELANCARAN 1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN PERINGKAT KRT KG. TABANAK, LAHAD DATU. SILAM.”

  1. hamba Allah Says:

    assalammualaikum…

    syukur la..ada juga orang yg perihatin..tp yg ndak bestnya dia punya apa tu..rukun tangga ka atau rukun tangga belakang rumah aku..hahahaha..mcm teda pergerakan la..teda raun2 kampung ka..apa barang sdh ada pondok tp mcm ndak d pakai jak..mgkin ada sdh tu tokkek besarang d pondok tu..klu mcm tu bgs kita cari tokkek kan..sori la aaa..klu ada yg terasa..ni luahan aku sebagai org kampung…tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: