Archive for Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 01. 01. 2010 – AZAM BARU LIPATGANDA KECEMERLANGAN

Disember 31, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA, 1SILAM DAN 1FAMILY,

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatnya kini sudah sampai kepenghujung tahun 2009, menandakan akan bermula lagi sambutan tahun baru di seluruh negara dan dunia. Sambutan ini sering dikaitkan dengan AZAM BARU yang akan diterjemahkan oleh setiap individu bagi melipatgandakan kecemerlangan daripada baik kepada ke arah terbaik. Tiada manusia yang tidak mahu pencapaian terbaik di masa-masa akan datang walaupun kegagalan membelenggu dan menjadi sejarah hitam namun di masa akan datang lipatan sejarah tahun 2009 akan di bukukan dan sejarah baru 2010 akan di terjemahkan dengan lebih sempurna dan terbaik sekali. apa pun Saya selaku Ahli Parlimen Malaysia, P 188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 01. 01. 2010 yang lebih penuh bermakna bagi merealisasikan transformasi baru yang lebih gemilang dan berprestasi tinggi.

Kita hidup dibumi bertuah Malaysia dibawa pentadbiran kerajaan Barisan nasional yang diterajui YAB Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Haji Musa bin Haji aman Ketua Menteri Sabah Barisan Kabinet Malaysia dan Sabah.

Sejarah telah membuktikan perubahan pentadbiran negara kerusi nombor satu berjalan dengan lancar apabila Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada YAB Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Abd. Razak secara aman, tenang dan selamat. Perubahan secara baik  dan penuh tradisi ini merupakan amalan biasa yang telah dilaksanak dalam sejarah lipatan UMNO sejak dahulu lagi. Inilah petanda bahawa kasih sayang dikalangan UMNO yang mahu melihat perjuangan parti yang terbuka dan rendah sehingga dapat diterima baik oleh rakyat jelata.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya amat unik dan seni sehingga dihormati dikalangan negara-negara didunia yang boleh hidup bersatupadu dalam suasana aman dan damai. Inilah prestasi tinggi rakyat yang sentiasa menjaga perpaduan sehingga memperlihatkan kecemerlangan dan menjaga keamanan bersama sepanjang masa. Perpaduan ini perlu dipelihara dengan baik tanpa ada prejudis dikalangan pihak tertentu yang boleh memecahbelahkan amalan yang telah lama diamalkan sejak dahulu kala. Saya berharap kepimpinan diperingkat akar umbi bersama-sama membantu saya menterjemahkan erti sebenar konsep 1Malaysia gagasan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia supaya nama baik yang bersinar selama ini akan tetap dijadikan contoh oleh pihak negara luar.

Saya berazam 01.01.2010 tahun baru akan melipatgandakan gerakkerja dengan cemerlang dengan penerangan konsep 1Malaysia secara total dan optimistik. Kecemerlangan modal insan yang dibantu oleh UKM melalui kajian PROPER akan merancakkan lagi pembangunan tahun 2010 dengan lebih advance dan terbaik. Penglibatan NGO, Swasta badan-badan kerajaan negeri dan persekutuan dengan budaya kerja cemerlang perlu diimplementasikan secara telus dan benar dengan amalan integriti tinggi bagi memperlihatkan budaya kerja yang boleh dibanggakan dan dihormati oleh rakyat.

Eko pelancongan-akuakultur negara, airport yang akan dibina dalam rancangan malaysia RMK10 akan lebih merancakkan pembangunan parlimen Silam secara automatik. Saya menyahut seruan Perdana Menteri agar tahun 2010 di lestarikan dengan amalan inovasi dan kreatifiti bagi melancarkan pencapaian dan saya akan melancarkan program berteraskan SIKAP peringkat P188 Silam.

Akhir kata marilah kita berdoa sebelum sembahyang maghrib dengan doa akhir tahun dan selepas solat maghrib dengan amalan doa awal tahun. semoga negara Malaysia selamat, sejahtera mendapat keberkatan, perpaduan berasaskan konsep 1Malaysia.

Selamat menyambut tahun baru 01. 01. 2010 Maju Malaysia Negara Makmur

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM MERANGKAP

DUTA KEAMANAN PBB

KAMPUNG TERUSAN, LAHAD DATU TIADA BEKALAN AIR HAMPIR 40 TAHUN HANYA MENGHARAPKAN AIR HUJAN DAN PERIGI. SALAH SIAPA???

Disember 30, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tinggal beberapa hari lagi..jam berputar akan menentukan masa bermulanya tahun baru 2010 dan 2009 akan terbenam dilautan dalam bersama-sama satu sejarah yang indah…tapi ketika berlalunya tahun-tahun dan silih berganti tahun yang muncul kehidupan rakyat khususnya KAMPUNG TERUSAN, kawasan ahli dewan Undangan negeri N50 Lahad Datu sudah lama hidup tanpa bekalan air bersih hanya mengharapkan air hujan atau air perigi??? Siapa yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini???Adakah Bekalan air lahad Datu???Pejabat daerah Lahad Datu atau pihak Majlis daerah lahad Datu atau siapa lagi????

Saya amat terharu dan sedih melihat kehidupan kampung Terusan dimana mereka terpaksa mandi air perigi yang diibaratkan LICAK berwarna coklat. Saya cuba menyelami kehidupann orang-orang kampung yang setiap hari ingin bekerja dalam bidang sektor kerajaan, swasta mahupun kebun sendiri..kanak-kanak dan pelajar sekolah pergi kesekolah dan apa akan jadi ketika setiap isi keluarga memasak setiap hari yang hanya menggunakan air hujan…sungguh perit dan menyeksakan melihat kehidupan yang bergantung kepada air hujan.

Kini sudah hampir 40 tahun kampung ini menderita tanpa bekalan air walaupun kampung ini paling dekat dengan kawasan bandar lahad Datu lebih kurang 15 KM…Namun penduduk lebih kurang 1500 orang terpaksa menelan pahit derita walaupun sudah mengajukan kepada pihak-pihak yang telah dipertanggungjawabkan…

Mungkin ketika anak-anak bandar mandi menggunakan air paip tidak menghadapi masalah penyakit kulit tetapi sehari sahaja menggunakan air hujan atau perigi dikampung ini badan akan terasa gatal disebabkan bekalan air yang sangat kotor. bayangkan jika sehari saja badan terasa gatal kerana air tidak bersih…apa akan jadi jika 40 tahun tidak pernah menerima bekalan air bersih??? Sungguh sedih dan perit…..

Semalam apabila saya membaca surat khabar pihak kerajaan akan memastikan masalah bekalan air bersih di sabah akan dapat diselesaikan menjelang tahun 2012 90%. Apakah kampung Terusan adalah salah satu terlibat dalam perancangan Pejabat daerah lahad Datu, Pejabat Bekalan air Lahad Datu bagi membantu rakyat supaya menerima bekalan air bersih….Jika YA…ini bermakna Rakyat akan merasa kesenangan dan mendapat bekalan air bersih..

Tapi setiap hari penduduk kampung bercerita-cerita agar esok sudah ada penjelasan pihak kerajaan kampung ini akan diberikan bekalan air bersih…Penduduk kampung tidak sanggup menunggu sehingga 2012 untuk mendapatkan bekalan air bersih…bagi mereka satu penyeksaaan setelah 40 tahun menderita.

Air Bersih Menjamin Kesihatan Rakyat…Bantulah Rakyat Kampung Terusan, Lahad Datu untuk menerima Bekalan air Bersih….

Wakil Penduduk Kampung Terusan Lahad Datu

PENANTIAN RAKYAT LAHAD DATU YANG MENUNGGU MASA UNTUK DIHALAU DARI RUMAH SATU PENYEKSAAN????

Disember 28, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Setiap masa setiap detik berputar setiap itulah penantian rakyat yang penuh dengan harapan agar seorang pemimpin yang mereka kehendaki datang mendengar masalah yang sudah hampir 2 minggu masih membelenggu samada siang mahupun malam, kerana wakil penduduk tidak mahu masalah orang UMNO diselesaikan oleh bukan orang UMNO. Seorang wakil penduduk yang dihormati dikalangan rakan mahupun penduduk kampung khususnya dikalangan UMNO telah bertemu dengan seorang penting dan Ketua Cawangan UMNO bagi membincangkan masalah yang mereka hadapi berhubung isu tanah yang sehingga ke hari ini belum lagi selesai kerana temujanji belum dapat di laksanakan.

Setiap hari setiap masa detik-detik yang mencemaskan apabila penduduk kampung akan berhadapan dengan rumah mereka akan diroboh tanpa mengira kaya mahupun miskin kerana hak tetap hak kepada pemilik tanah. Masih adakah penantian untuk temujanji akan dapat dilaksanakan??? Wakil penduduk kampung yang masih menagih janji sehingga kehari ini walaupun janji semakin hari semakin pudar di ingatan.

Walaubagaimanapun..jika janji untuk bertemu rakyat lebih kurang 500 orang keluarga yang akan diroboh dan di arah berpindah belum tertunai itubukanlah satu penghalang untuk meneruskan hidup…saya yakin dalam masa terdekat ini pihak wakil tidak lagi menagih janji dan akan berurusan dengan pihak tertentu bagi menagih simpati berhubung masalah yang mereka hadapi.

Apa pun masalah orang UMNO yang di singkirkan dari kampung halaman ini akan berusaha dengan penuh yakin masalah mereka dapat diatasi. Wakil penduduk mengharapkan agar pihak yang telah di hubungi agar dapat mendengar masalah yang telah berlarutan walaupun mungkin kampung lain telah selamat kerana telah dikunjungi pemimpin.

Insyallah dalam masa terdekat kampung yang tercicir ini akan dapat dileraikan dengan perjumpaan dengan pihak semasa sabah.

Wakil Penduduk kampung Tercicir

MERRY CHRISTMAS & A HAPPY NEW YEAR!

Disember 26, 2009

Sorotan 2009: Pentadbiran Najib bermula cemerlang

Disember 26, 2009

Sorotan 2009: Pentadbiran Najib bermula cemerlang

 

1Malaysia antara bukti kesungguhan Perdana Menteri keenam untuk kesejahteraan rakyat semua kaum

APABILA Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lalu, ramai teringat kepada Allahyarham ayahanda beliau, Tun Abdul Razak Hussein. Seperti bapanya yang mesra dengan rakyat, Najib mengutamakan kesejahteraan rakyat, lantas mengilhamkan gagasan ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ sebagai teras dasar pentadbirannya.

Tidak sampai sebulan menjadi Perdana Menteri, Najib memperkenalkan budaya kerja ‘tinjauan mesra’, iaitu turun padang berjalan dan menemui orang ramai di beberapa lokasi terpilih termasuk di Jalan Petaling, Pantai Dalam dan Brickfields di ibu negara bagi meninjau kehidupan masyarakat akar umbi.

Program itu kemudian diteruskan di beberapa lokasi lain di seluruh negara. Pendekatan itu berpandukan pengalaman arwah ayahandanya, yang ketika menjadi Perdana Menteri kedua, sentiasa tekad menyelami hati rakyat di kampung dan melawat sawah bendang dan tanah rancangan dengan menunggang basikal atau berperahu.

Najib turut meninjau sistem pengangkutan awam dengan menaiki tren LRT dan melawat stesen bas di Hentian Puduraya. Beliau juga mahukan pegawai tinggi kerajaan turun padang dari semasa ke semasa untuk memahami masalah pelanggan masing-masing.

Gagasan 1Malaysia pula adalah cetusan beliau bagi mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia berasaskan perasaan saling hormat dan percaya mempercayai dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama. Ke arah itu, Najib mengumumkan bahawa beliau bekerjasama dengan sesiapa saja termasuk dengan parti di luar Barisan Nasional (BN).

Begitu bersungguhnya Najib mahu rakyat bersatu hati, maka beliau sendiri sudi menerima jemputan melancarkan parti baru Makkal Sakti semata-mata mahu melihat masyarakat India bersatu. Najib seterusnya menetapkan Petunjuk Pencapaian Utama (KPI) bagi jentera pentadbirannya selain menggariskan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), antaranya bagi mengurangkan jenayah dan memerangi rasuah.

Tidak sampai setahun sebagai Perdana Menteri, Najib dilihat berani membuat keputusan demi mengutamakan kepentingan rakyat. Rakyat di Kelantan misalnya, walaupun diperintah oleh Pas, kini menikmati pemberian wang ihsan daripada kerajaan Pusat hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu mulai tahun depan.

Sama seperti Terengganu, pembayaran wang ihsan kepada Kelantan dibuat kerajaan Pusat selepas mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.

Sebagai Presiden Umno pula, Najib mengambil langkah berani bagi menjadikan parti itu lebih telus, inklusif dan demokratik apabila mencadangkan pindaan terhadap Perlembagaan Umno. Pindaan perlembagaan itu berlaku enam bulan selepas beliau memimpin Umno dalam usaha membanteras politik wang dan menjadikan parti Melayu itu mampu menjuarai nasib seluruh rakyat.

Antara tujuh pindaan terhadap Perlembagaan Umno itu, yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas Umno dua bulan lalu, ialah mengubah kaedah pemilihan bagi jawatan parti supaya terbuka dan tanpa kuota.

Satu lagi keputusan tegas Najib ialah memutuskan BN tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei lalu atas dasar prinsip.

Keputusan itu dibuat kerana kerusi itu dikosongkan oleh penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas desakan parti itu dan bukannya disebabkan oleh kehendak Perlembagaan seperti akibat kematian, dan Najib melihat itu, hanya sebagai satu permainan politik pembangkang.

Dari segi hubungan luar pula, Najib pantas sekali bertindak mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang terjalin sekian lama iaitu dengan China, Indonesia dan Thailand.

Presiden China, Hu Jintao dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono melakukan lawatan rasmi ke negara ini awal bulan lalu dan pelbagai bentuk kerjasama dirangka dalam meningkatkan hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi.

Jun lalu, Najib membuat lawatan ke China, iaitu dua bulan selepas mengambil alih tampuk kepemimpinan negara. Hakikatnya, China ialah negara bukan Asean pertama yang beliau lawati, dan ia menggambarkan hubungan strategik penting dengan Beijing dalam dasar luarnya.

Dengan Thailand, Najib menunjukkan komitmen Malaysia yang tinggi dalam membantu usaha mencari penyelesaian di wilayah bergolak di selatan negara itu apabila melawat Narathiwat. Bersama rakan sejawatnya, Abhisit Vejjajiva, beliau mengunjungi wilayah yang bergolak itu dan lawatannya itu amat signifikan dan menghantar isyarat jelas bahawa kedua-dua negara mahu menyaksikan keamanan di wilayah berkenaan.

Belum pun setahun jagung, pentadbiran Najib sudah boleh dinilai sebagai satu permulaan yang cemerlang. – Bernama

AS minta laporan terperinci kes dua enjin F-5E hilang

Disember 26, 2009

AS minta laporan terperinci kes dua enjin F-5E hilang

Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my

Pengeluar pesawat jet perang anggap kejadian jejas isu keselamatan

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) meminta Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan dua tahun lalu.

Difahamkan, permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu untuk

siasatan kerana ia membabitkan isu keselamatan.

Sumber memberitahu Berita Harian, perkara itu sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Kerajaan Malaysia melalui Kedutaan AS di ibu negara.

“Kehilangan peralatan itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh isu keselamatan. Justeru, siasatan terperinci perlu dilakukan,” katanya.

Pada Jun dan November 2007, dua enjin pesawat F-5E yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth dilaporkan hilang ketika proses penyelenggaraan rutin, dipercayai didalangi orang dalam syarikat penyelenggaraan pesawat itu yang turut dibantu orang dalam.

Kehilangan enjin pertama dilaporkan di Gudang Material Udara I, Sungai Besi, manakala enjin kedua hilang sebaik meninggalkan pangkalannya di Butterworth untuk ke ibu negara. Ia dipercayai sebagai komponen alat ganti kepada pembeli antarabangsa dari Amerika Latin.

Bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin bernilai RM100 juta itu hanya disedari setahun selepas itu sebelum laporan polis dibuat di Ibu pejabat Daerah (IPD) Brickfields, 4 Ogos 2008.

Semalam, Kabinet mengarahkan sebarang kenyataan, termasuk perkembangan kes itu hanya boleh dikeluarkan Pejabat Peguam Negara bagi mengelak gangguan siasatan, selain melindungi imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terutama TUDM.

Sementara itu, jurucakap Kedutaan AS, Tina Malone, dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kerajaan negaranya memandang serius kejadian itu.

Katanya, AS mengikuti laporan media mengenai kehilangan enjin berkenaan sejak ia mula didedahkan kumpulan akhbar New Straits Times Press (NSTP) pada Sabtu lalu yang mengejutkan banyak pihak.

“Kerajaan AS amat bimbang dengan kehilangan ini. Kita juga akan menemui agensi berkaitan di negara ini untuk membincangkan isu itu,” katanya.

AS adalah antara negara pengeluar peralatan ketenteraan, termasuk pesawat tempur di dunia, malah sektor itu antara penyumbang ekonomi terbesar negara itu.

Kerajaan Beri Jaminan Kepentingan Rakyat Diutamakan, Kata Dompok

Disember 26, 2009

 

Kerajaan Beri Jaminan Kepentingan Rakyat Diutamakan, Kata Dompok

KOTA KINABALU, 23 Dis (Bernama) — Rakyat, tanpa mengira bangsa dan kepercayaan, diberi jaminan bahawa kepentingan mereka akan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.

Katanya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sensitiviti sesetengah masyarakat sentiasa dipelihara dan seringkali terdapat kemungkinan permintaan rakyat akan dipenuhi sejajar dengan harapan 1Malaysia.

“Ramai orang mendapati sukar untuk mempercayai bahawa kebebasan beragama berjalan dengan baik di Malaysia.

“Pertubuhan bukan Islam di negara ini tidak seharusnya merasakan bahawa kepentingan mereka kurang diberi perhatian oleh kerajaan,” beliau berkata pada majlis sambutan Krismas peringkat daerah Penampang di sini malam ini.

Dompok yang juga anggota Parlimen Penampang berkata kerajaan telah membuktikan yang ia amat prihatin terhadap semua bangsa dan agama, terutamanya apabila Kabinet baru-baru ini membenarkan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil dua mata pelajaran tambahan pilihan mereka bermula tahun depan.

Ini, katanya membolehkan pelajar terus meningkatkan penguasaan bahasa ibunda mereka jika mereka memilih satu subjek bahasa pilihan atau mengamalkan ajaran agama jika memilih mata pelajaran agama.

“Banyak pertubuhan Kristian gembira dengan pengumuman ini, walaupun ia tidak akan diambil kira dalam keputusan keseluruhan peperiksaan.

“Tetapi dengan memberi kebebasan kepada pelajar Kristian untuk mengambil mata pelajaran Pengajian Bible dalam peperiksaan kebangsaan membuktikan bahawa kerajaan memahami kepentingan penganut Kristian. Ini adalah hadiah terbaik Krismas kepada semua penganut Kristian di Malaysia tahun ini,” katanya.

— BERNAMA

‘Semua setuju ISA kekal’

Disember 26, 2009

‘Semua setuju ISA kekal’

Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my

Ia dianggap terbaik jamin keselamatan negara: Hisham

PUTRAJAYA: Hasil enam Pertemuan Awam bagi mendapatkan reaksi pihak berkepentingan mengenai pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 mendapati semua pihak bersetuju akta itu penting dan mahu ia dikekalkan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, semua pihak terbabit dalam pertemuan itu, agensi penguatkuasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar akademik, pengamal undang-undang, ahli politik, Ahli Parlimen, pengamal media dan orang awam, sependapat akta itu penting untuk tindakan pencegahan awal sebarang perbuatan atau keganasan yang mengancam keselamatan negara.

Katanya, kementerian mengenal pasti lima isu pokok yang menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap penguatkuasaan dan pelaksanaan AKDN 1960 iaitu membabitkan kuasa menteri, tempoh tahanan, hak dan layanan terhadap orang tahanan serta persepsi umum bahawa pelaksanaan AKDN 1960 bagi tujuan politik dan penahanan tanpa bicara.

“Hasil daripada sesi pertemuan awam dan lima sesi perbincangan bersama kumpulan fokus, Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-Undang kini di peringkat akhir untuk meneliti setiap cadangan yang dikemukakan sebelum sebarang pindaan dibentangkan di Parlimen.

“Setiap kajian dan penelitian terperinci yang dilakukan mengambil kira lima isu pokok bagi memastikan sebarang pindaan atau penambahbaikan pada AKDN 1960 adalah adil dan tidak akan menimbulkan salah faham atau persepsi negatif rakyat apabila dikuatkuasakan.

“AKDN 1960 adalah undang-undang pencegahan yang penting dan kerajaan berpendapat ISA terbaik dan berupaya untuk mengekalkan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat daripada sebarang ancaman yang boleh menggugat kestabilan negara dan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Berikutan itu, beliau berkata, sebarang penggubalan atau pindaan berhubung kait dengannya memerlukan kajian dan penelitian terbaik.

Hishammuddin berkata, Jawatankuasa Teknikal itu turut membuat perbandingan undang-undang sedia ada yang diamalkan di negara lain seperti Amerika Syarikat (USA Patriot Act 2001 & Homeland Security Act 2002); Australia (Terrorism Act 2005); United Kingdom (Terrorism Act 2000); Singapura (Internal Security Act 1963); Tanzania (Tanganyika Preventive Detention 1962); Bangladesh (Special Powers Act 1974); Ghana (Preventive Detention Act 1958); Israel (Emergency Powers [Detention] Law) dan Sri Lanka (Prevention Of Terrorism Act 1982).

Selain itu, katanya, jawatankuasa berkenaan meneliti hasil kajian dan penulisan oleh ahli akademik, pengamal undang-undang dan pelbagai pihak lain, khususnya yang berkaitan dengan pelaksanaan ISA.

Beliau berkata, pindaan itu akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

SYIABU DI DAERAH LAHAD DATU…SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB???

Disember 25, 2009

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam dan 1Bebas Dari Dadah

Syiabu yang masih menjadi topik perbualan dibibir masyarakat yang datang dari daerah lahad Datu malahan yang datang dari daerah lain pun berkata Lahad Datu terkenal dengan penjualan syiabu. Ada yang berkata penjualan syiabu di daerah lahad Datu ibarat menjual ikan dipasar…bebas menjual walaupun kawalan ketat pihak berkuatkuasa telah dilaksanakan. Mengapa penjualan bebas SYIABU DI LAHAD DATU masih berleluasa dan tidak dapat dikawal sehingga didepan mata orang ramai penjual mundur-mandir menjual syiabu????

Lokasi utama yang selalu menjadi sebutan orang ramai ialah dikawasan kampung panji atau air dimana penjual kelihatan mundur-mandir mencari pembeli samada waktu siang mahupun malam. Inilah yang amat mendukacitakan rakyat di Lahad Datu perbuatan menjual syiabu yang dibuat secara terbuka ibarat menjual ikan adalah perbuatan yang terkutuk walaupun pihak bertanggungjawab telah melaksanakan tugas dengan cemerlang namun masih wujud penjual syiabu.

Persoalan ini saya pernah mencadangkan pada tahun 2002 bagi mengatasi masalah syiabu dikawasan ini dengan mewujudkan PONDOK KAWALAN supaya kawasan ini tidak lagi menjadi sarang penjualan syiabu. Namun cadangan saya ini ditolak mentah-mentah kerana tidak mampu menyelesaikan masalah ini. Sekali lagi hari ini tahun 2009 saya mencadangkan sekali lagi agar MEMBINA PONDOK KAWALAN dikawasan ini bagi menyelesaikan masalah penjualan syiabu. Saya yakin kawasan-kawasan yang PANAS dijadikan sarang penjualan syiabu ini akan lenyap dan nama baik LAHAD DATU akan bersinar di masa akan datang.

Sudah tiba masanya tindakan berprestasi tinggi dilaksanakan bukan hanya melibatkan sesetengah pihak tetapi penglibatan semua pihak termasuk peranan Pengerusi JKKK, ketua kampung, Badan NGO, dan lain-lain bersama-sama berganding bahu memutihkan kawasan yang dijadikan sarang syiabu.

Masalah ini harus dipandang serius ditakuti akan menular kepada generasi yang menjadi pewaris kepimpinan di masa akan datang. Jika pemimpin sibuk membangunkan Lahad Datu dengan pelbagai jenama tetapi masalah syiabu tidak di hapuskan saya yakin nama baik Lahad Datu akan tercemar di mata dan pandangan masyarakat.

Sudah tiba masanya semua pihak bertanggungjawab membenteras sSYIABU ke angka SIFAR menjelang tahun 2011. Kita tidak boleh menuding jari kepada pihak-pihak tertentu tetapi kita sama-sama duduk bermesyuarat menyelesaikan masalah SYIABU PENYAKIT BERBAHAYA ini.

Sekian, terima kasih

BELIA BENCI DADAH, SAYANG GENERASI BERPRESTASI TINGGI

Lelaki Disyaki Edar Syabu Bernilai RM150,000 Ditahan

Disember 25, 2009

 

Lelaki Disyaki Edar Syabu Bernilai RM150,000 Ditahan

LAHAD DATU, 23 Dis (Bernama) — Polis di sini berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun dan merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 187 gram bernilai kira-kira RM150,000.

Lelaki berkenaan ditahan di sekitar Taman Pertama Satu, kira-kira jam 10.30 malam Isnin lepas kerana disyaki menjalankan aktiviti mengedar dadah di kawasan berkenaan dan Kampung Muhibbah.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat berkata sebelum ditahan, lelaki berkenaan dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di kawasan bulatan Taman Pertama Satu.

Selepas pasukan polis memerhatikan gelagat lelaki itu kira-kira 30 minit dan ingin membuat pemeriksaan, dia cuba melarikan diri sambil membuang bungkusan berwarna hitam.

Suspek bagaimanapun berjaya diberkas dan setelah diperiksa, bungkusan hitam itu didapati mengandungi empat bungkusan plastik lutsinar yang di dalamnya terdapat ketulan jernih dipercayai syabu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shamsuddin berkata siasatan awal mendapati dadah tersebut dibawa ke Lahad Datu melalui jalan darat dari Kota Kinabalu untuk diedar kepada pengguna di sekitar daerah ini.

Katanya lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA