SAYANG RAKYAT MEMERLUKAN KEIKHLASAN TANPA KIRA MASA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Salam 1Malaysia, 1Silam dan 1Prestasi Tinggi

1. Ketika lautan manusia sibuk dengan program dan aktiviti yang menuntut satu perubahan dan kejayaan baru dicipta, ketika itulah kita tidak menyedari ada sebahagian rakyat yang menderita kerana ditimpa dugaan dan cubaan Yang Maha Esa apabila penderitaan yang dialami menimpa rakyat yang setia kepada kerajaan. Ketika inilah hidup mereka sebenarnya amat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada seseorang yang sudi menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban, lawatan daripada keluarga, sahabat karib, saudara mara dan mungkin pihak individu lain yang prihatin kepada nasib seseorang yang ditimpa musibah atau penyakit.

2. Masih adakah erti kasih sayang dalam jiwa rakyat 1Malaysia 1Silam yang sudi menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang menderita kerana faktor sakit,ditimpa musibah,kebakaran dan lain-lain lagi. Persoalan ini mungkin hanya akan tinggal tanda tanya buat selama-lamanya atau akan difikir dan dikaji oleh pakar-pakar intelektual, sikologi dan psikologi.

3. Kasih sayang yang lahir dari hati yang IKHLAS bagi membantu meringankan beban rakyat akan mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT. Keikhlasan menghulurkan bantuan dan sumbangan perlu dipupuk dan disemai dikalangan golongan yang berkemampuan seperti kontrokter, usahawan,peniaga,individu berjaya dan pemimpin setempat. Mungkin selama ini kita hanya bersedekah di hari-hari tertentu seperti kenduri sekampung, Hari Raya, Doa selamat dan lain-lain lagi. Amalan ini sudah menjadi satu tradisi tetapi adakah satu usaha agar tradisi diubah atau di transformasi mengikut suasana dan keadaan semasa.

4. Ketika saya mengikuti lawatan bersama Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam di kampung Terusan dan kampung Sharif Lahad Datu.Silam, 2 orang dan seorang individu yang menderita SAKIT hampir 2 tahun terlantar dirumah kerana penyakit yang dialaminya amat menyentuh hati dan perasaan. Kehadiran wakil rakyat yang tidak mengenal masa RELA BERKORBAN mengunjungi pesakit ini walaupun keadaan jalan kampung yang masih GRAVEL, berbukit-bukau dan jauh tinggal di perkampungan dan ketinggalan zaman.

5. Nasib individu ini ( tidak dinyatakan nama) amat mendapat perhatian dan sokongan wakil rakyat Silam dengan memberi dan menghulurkan sedikit bantuan sumbangan dan akan didaftarkan dalam rekod kebajikan bagi proses meringankan beban yang dialaminya selama ini. Berdasarkan maklumat, individu ini merupakan salah seorang penyokong Kerajaan barisan Nasional dan memegang kad Ahli UMNO. Beliau sendiri amat terharu kerana tidak pernah dalam hidupnya seorang wakil rakyat yang mengunjungnya walaupun hidup dalam kesakitan, miskin dan sudah tua. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa wakil rakyat Silam ini. Amin.

6. Penderitaan yang dialaminya ini hanya doa yang akan mengiringi semoga sihat walafiat, dimurah rezeki dan kesabaran. Kepada yang RELA menjaga beliau ini semoga Allah SWT melipatganda rezeki kerana kesudian menjaganya walaupun sudah ditimpa musibah hampir 2 tahun.

7. Seorang lagi individu yang sakit tinggal dikawasan kampung Sharif merasa terharu dan gembira walaupun sakit apabila dirinya dilawat oleh wakil rakyat Silam walaupun keadaan rumah sudah uzur dan usang hanya menunggu tiupan angin untuk memanti rebah. Kesedihan ini bukan lagi satu retorik malahan ianya satu realiti yang memerlukan pembelaan. Sampai bila masalah ini akan berakhir. Kehidupan ini adalah sebahagian daripada rakyat yang masih menderita dan bagaimana dengan nasib yang lain yang masih menderita hidup tinggal dipondok usang. Janganlah kita menyalahkan mana-mana pihak tetapi marilah kita bekerja bersama-sama membangunkan Rakyat agar dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan kesengsaraan kerana kedhaifan, kesakitan, musibah dan lain-lain.

7. Sebagai Umat Islam dan Rakyat 1Malaysia, 1Silam marilah kita bertafakur sejenak dan bermuhasabah agar kesengsaraan,kedhaifan dan kesakitan yang dialami RAKYAT selama ini mendapat PEMBELAAN sebenar-benarnya agar kesejahteraan dan keharmonian dan kebahagian RAKYAT menjadi tunjang utama dalam arus pembangunan negara.

Sekian, terima kasih.

Penganalisis SilamGemilang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: