Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam
Saya amat terkejut hari ini ketika ingin minum di salah sebuah restoran yang terdapat di Daerah Lahad Datu apabila GULA habis dijual dan tiada dipasaran Lahad Datu. Pelayan restoran tidak dapat menunaikan permintaan saya yang ingin minum kopi kerana pihak restoran ketiadaan gula hampir 3 hari KERANA TIADA DI PASARAN. Pelik tapi benar ketika rakyat sedang menyambut hari krismas tiba-tiba GULA habis. Jika benar GULA habis saya mencadangkan agar pihak daerah Lahad Datu agar menangani masalah kekurangan gula sehingga restoran tidak dapat berfungsi seperti biasa.
Kepada Jabatan Hal Ehwal Pengguna Lahad Datu dengan kerjasama Pejabat daerah Lahad Datu agar dapat menyelesaikan masalah ini yang boleh menjejaskan peniaga-peniaga khususnya restoran. Saya berharap pihak pemimpin peringkat Daerah Lahad Datu memandang serius kekurangan GULA. Tindakan pantas bagi memastikan bekalan GULA berada dipasaran dengan segera.
Saya pengguna merasa kesal kerana ketika musim perayaan ini kekurangan GULA masih berlaku. Penyelesaian masalah ini dapat di atasi dengan segera agar pengguna mendapat kepuasan dalam penggunaan barang keperluan harian.
Terima kasih
Pengguna GULA
Disember 25, 2009 at 12:28 pm |
Saya setuju dgn pendapat YB.. Isu ketiadaan gula sepatutnya boleh di kurangkan apabila menjelang musim perayaan. Memang isu kekurangan gula ini sudah lama dirasai tetapi pihak yang bertanggungjawab boleh mengatasi masalah ini jika ia diambil serius.
Disember 26, 2009 at 11:07 am |
terima kasih di atas sokongan demi pengguna bijak