Lelaki Disyaki Edar Syabu Bernilai RM150,000 Ditahan

 

Lelaki Disyaki Edar Syabu Bernilai RM150,000 Ditahan

LAHAD DATU, 23 Dis (Bernama) — Polis di sini berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun dan merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 187 gram bernilai kira-kira RM150,000.

Lelaki berkenaan ditahan di sekitar Taman Pertama Satu, kira-kira jam 10.30 malam Isnin lepas kerana disyaki menjalankan aktiviti mengedar dadah di kawasan berkenaan dan Kampung Muhibbah.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat berkata sebelum ditahan, lelaki berkenaan dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di kawasan bulatan Taman Pertama Satu.

Selepas pasukan polis memerhatikan gelagat lelaki itu kira-kira 30 minit dan ingin membuat pemeriksaan, dia cuba melarikan diri sambil membuang bungkusan berwarna hitam.

Suspek bagaimanapun berjaya diberkas dan setelah diperiksa, bungkusan hitam itu didapati mengandungi empat bungkusan plastik lutsinar yang di dalamnya terdapat ketulan jernih dipercayai syabu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shamsuddin berkata siasatan awal mendapati dadah tersebut dibawa ke Lahad Datu melalui jalan darat dari Kota Kinabalu untuk diedar kepada pengguna di sekitar daerah ini.

Katanya lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: