Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam dan 1Bebas Dari Dadah
Syiabu yang masih menjadi topik perbualan dibibir masyarakat yang datang dari daerah lahad Datu malahan yang datang dari daerah lain pun berkata Lahad Datu terkenal dengan penjualan syiabu. Ada yang berkata penjualan syiabu di daerah lahad Datu ibarat menjual ikan dipasar…bebas menjual walaupun kawalan ketat pihak berkuatkuasa telah dilaksanakan. Mengapa penjualan bebas SYIABU DI LAHAD DATU masih berleluasa dan tidak dapat dikawal sehingga didepan mata orang ramai penjual mundur-mandir menjual syiabu????
Lokasi utama yang selalu menjadi sebutan orang ramai ialah dikawasan kampung panji atau air dimana penjual kelihatan mundur-mandir mencari pembeli samada waktu siang mahupun malam. Inilah yang amat mendukacitakan rakyat di Lahad Datu perbuatan menjual syiabu yang dibuat secara terbuka ibarat menjual ikan adalah perbuatan yang terkutuk walaupun pihak bertanggungjawab telah melaksanakan tugas dengan cemerlang namun masih wujud penjual syiabu.
Persoalan ini saya pernah mencadangkan pada tahun 2002 bagi mengatasi masalah syiabu dikawasan ini dengan mewujudkan PONDOK KAWALAN supaya kawasan ini tidak lagi menjadi sarang penjualan syiabu. Namun cadangan saya ini ditolak mentah-mentah kerana tidak mampu menyelesaikan masalah ini. Sekali lagi hari ini tahun 2009 saya mencadangkan sekali lagi agar MEMBINA PONDOK KAWALAN dikawasan ini bagi menyelesaikan masalah penjualan syiabu. Saya yakin kawasan-kawasan yang PANAS dijadikan sarang penjualan syiabu ini akan lenyap dan nama baik LAHAD DATU akan bersinar di masa akan datang.
Sudah tiba masanya tindakan berprestasi tinggi dilaksanakan bukan hanya melibatkan sesetengah pihak tetapi penglibatan semua pihak termasuk peranan Pengerusi JKKK, ketua kampung, Badan NGO, dan lain-lain bersama-sama berganding bahu memutihkan kawasan yang dijadikan sarang syiabu.
Masalah ini harus dipandang serius ditakuti akan menular kepada generasi yang menjadi pewaris kepimpinan di masa akan datang. Jika pemimpin sibuk membangunkan Lahad Datu dengan pelbagai jenama tetapi masalah syiabu tidak di hapuskan saya yakin nama baik Lahad Datu akan tercemar di mata dan pandangan masyarakat.
Sudah tiba masanya semua pihak bertanggungjawab membenteras sSYIABU ke angka SIFAR menjelang tahun 2011. Kita tidak boleh menuding jari kepada pihak-pihak tertentu tetapi kita sama-sama duduk bermesyuarat menyelesaikan masalah SYIABU PENYAKIT BERBAHAYA ini.
Sekian, terima kasih
BELIA BENCI DADAH, SAYANG GENERASI BERPRESTASI TINGGI
Disember 26, 2009 at 10:29 am |
Saya setuju dengan pendapat YB…untuk memastikan para belia bersih dari segala ancaman Syabu..kami di pihak Skuad Sukarelawan Rakan Muda akan sedia membantu untuk membenteras segala jenis perniagaan Syabu di lahad datu sekiranya diperlukan.
Disember 26, 2009 at 11:08 am |
terima kasih …sama -sama belia dalam membenteras syiabu