SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 01. 01. 2010 – AZAM BARU LIPATGANDA KECEMERLANGAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA, 1SILAM DAN 1FAMILY,

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatnya kini sudah sampai kepenghujung tahun 2009, menandakan akan bermula lagi sambutan tahun baru di seluruh negara dan dunia. Sambutan ini sering dikaitkan dengan AZAM BARU yang akan diterjemahkan oleh setiap individu bagi melipatgandakan kecemerlangan daripada baik kepada ke arah terbaik. Tiada manusia yang tidak mahu pencapaian terbaik di masa-masa akan datang walaupun kegagalan membelenggu dan menjadi sejarah hitam namun di masa akan datang lipatan sejarah tahun 2009 akan di bukukan dan sejarah baru 2010 akan di terjemahkan dengan lebih sempurna dan terbaik sekali. apa pun Saya selaku Ahli Parlimen Malaysia, P 188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 01. 01. 2010 yang lebih penuh bermakna bagi merealisasikan transformasi baru yang lebih gemilang dan berprestasi tinggi.

Kita hidup dibumi bertuah Malaysia dibawa pentadbiran kerajaan Barisan nasional yang diterajui YAB Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Haji Musa bin Haji aman Ketua Menteri Sabah Barisan Kabinet Malaysia dan Sabah.

Sejarah telah membuktikan perubahan pentadbiran negara kerusi nombor satu berjalan dengan lancar apabila Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada YAB Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Abd. Razak secara aman, tenang dan selamat. Perubahan secara baik  dan penuh tradisi ini merupakan amalan biasa yang telah dilaksanak dalam sejarah lipatan UMNO sejak dahulu lagi. Inilah petanda bahawa kasih sayang dikalangan UMNO yang mahu melihat perjuangan parti yang terbuka dan rendah sehingga dapat diterima baik oleh rakyat jelata.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya amat unik dan seni sehingga dihormati dikalangan negara-negara didunia yang boleh hidup bersatupadu dalam suasana aman dan damai. Inilah prestasi tinggi rakyat yang sentiasa menjaga perpaduan sehingga memperlihatkan kecemerlangan dan menjaga keamanan bersama sepanjang masa. Perpaduan ini perlu dipelihara dengan baik tanpa ada prejudis dikalangan pihak tertentu yang boleh memecahbelahkan amalan yang telah lama diamalkan sejak dahulu kala. Saya berharap kepimpinan diperingkat akar umbi bersama-sama membantu saya menterjemahkan erti sebenar konsep 1Malaysia gagasan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia supaya nama baik yang bersinar selama ini akan tetap dijadikan contoh oleh pihak negara luar.

Saya berazam 01.01.2010 tahun baru akan melipatgandakan gerakkerja dengan cemerlang dengan penerangan konsep 1Malaysia secara total dan optimistik. Kecemerlangan modal insan yang dibantu oleh UKM melalui kajian PROPER akan merancakkan lagi pembangunan tahun 2010 dengan lebih advance dan terbaik. Penglibatan NGO, Swasta badan-badan kerajaan negeri dan persekutuan dengan budaya kerja cemerlang perlu diimplementasikan secara telus dan benar dengan amalan integriti tinggi bagi memperlihatkan budaya kerja yang boleh dibanggakan dan dihormati oleh rakyat.

Eko pelancongan-akuakultur negara, airport yang akan dibina dalam rancangan malaysia RMK10 akan lebih merancakkan pembangunan parlimen Silam secara automatik. Saya menyahut seruan Perdana Menteri agar tahun 2010 di lestarikan dengan amalan inovasi dan kreatifiti bagi melancarkan pencapaian dan saya akan melancarkan program berteraskan SIKAP peringkat P188 Silam.

Akhir kata marilah kita berdoa sebelum sembahyang maghrib dengan doa akhir tahun dan selepas solat maghrib dengan amalan doa awal tahun. semoga negara Malaysia selamat, sejahtera mendapat keberkatan, perpaduan berasaskan konsep 1Malaysia.

Selamat menyambut tahun baru 01. 01. 2010 Maju Malaysia Negara Makmur

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM MERANGKAP

DUTA KEAMANAN PBB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: