MARI BA… BERSAMA RAKYAT : 1MALAYSIA Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Lahad Datu- Program Mari Ba…Bersama Raktyat yang diadakan diperkarangan Masjid kampung Terusan Lahad Datu Sabah bertujuan bagi menggalakkan perpaduan dan silaturrahim. YB. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam turun padang bersama rakyat merupakan satu amalan yang amat diperlukan rakyat bagi membangunkan dan melihat sendiri permasalahn rakyat.
Pengisian program seperti gotong royong membina tempat berteduh wudhu, membubuh batu gravel, membersihkan kawasan persekitaran masjid. Dalam masa yang sama YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi menyampaikan sumbangan mesin rumput bagi digunakan oleh Jawatankuasa Masjid dan JKKK kampung bagi membersihkan masjid, balai raya dan lain-lain lagi.
YB. Tuan Haji Salleh berkata “ Mari Ba…bersama rakyat adalah bertujuan memperkukuhkan silaturrahim dan perpaduan bagi menterjemahkan erti sebenar amalan budaya kerja dan persefahaman sesama rakyat yang hidup berbilang kaum dan bangsa bagi menjamin pembangunan berterusan dan prestasi tinggi dan cemerlang.
Kerja gotong royong yang diamalkan ini perlu dicontohi oleh kampung-kampung lain dikawasan silam bagi membina generasi baru remaja,belia dan ibubapa supaya menginsafi dan memahami amalan menjaga kebersihan perlu dipupuk peringkat awal bagi menjamin kebersihan dan kesihatan sepanjang hayat.
YB. Tuan Haji Salleh telah memperkenalkan budaya  berprestasi tinggi melalui amalan 6s iaitu setia, sempurna, sensitif, sejahtera, selesa dan sejahtera. Melalui 6s ini budaya kerja yang lebih proaktif dan dinamik mampu memberi kepuasan dan menjadi juara rakyat.
Turut hadir majlis ini Ketua Pegawai Perhubungan P188 Silam, Chong Su Vun, En. Harun Hj. Timpa, Pegawai Perhubungan Parlimen ( UMNO ) P188 Silam, Ketua Kampung Terusan En. Babul Shariat, En. Datu Mahamud Ketua Bahagian PBRS dan bersama rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: