MANGSA BANJIR PENUH DENGAN KESABARAN DI ATAS UJIAN ALLAH SWT

Banjir telah berlaku di daerah Lahad Datu dikawasan Segama, patitung, bukit belacon, batu 8, batu 6, ulu segama, pendising, sapadulang dan kawasan Tungku ulu tungku dan dengan. Tempat pemindahan mangsa banjir ditempatkan di Dewan Pusat Latihan Vokasional, Gereja dan sebahagian masih lagi tinggal di rumah masing-masing. Banjir yang berlaku adalah dalam keadaan kritikal kerana melepasi paras bahaya.

Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB telah melawat kawasan yang dilanda banjir sepereti yang disebutkan di atas. Kehadir YB. Tuan Haji Salleh ke kawasan banjir turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah, Encik Jurimin bin Hj. Jaddil, Pegawai Kebajikan Daerah, Puan Sarina Haji Abdul Ghani, Bomba, Rela, Pelajaran, Pertahanan Awam, Polis, Kemas,RTM dan lain-lain lagi.

Mangsa banjir dianggarkan seramai lebih kurang 300 orang. Setakat ini pihak Kebajikan daerah telah menyediakan bantuan makanan bagi meringankan beban dan kehidupan seharian. YB. Tuan Haji Salleh turut menyumbangan bantuan makanan kepada setiap isi keluarga. YB. Tuan Haji Salleh berharap setiap mangsa banjir agar dapat banyak-banyak bersabar dengan ujian Allah SWT. Kejadian banjir ini ada hikmah disebaliknya dan harapan YB. semoga masalah banjir yang berlaku dengan teruk ini dapat di atasi dengan segera dengan kajian mendalam sehingga keperingkat akar umbi. Saya mencadangkan kepada pusat bencana alam agar dapat menyediakan Pusat Pemindahan Sementara khusus ditempatkan dikawasan kampung. Selain digunakan untuk pemindahan kemudahan ini kelak juga boleh digunakan untuk kemudahan pelancongan atau homesty.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: