Archive for 20 Januari 2010

BANJIR BESAR MENGHANTUI RAKYAT LAHAD DATU DAN TUNGKU TANPA PUSAT PEMINDAHAN SELESA. SALAH SIAPA??

Januari 20, 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ketika seluruh manusia didunia menyambut tahun baru 2010 dengan penuh riang dan gembira dan berazam untuk menjadi manusia yang paling berjaya dalam segenap aspek ketika inilah rakyat di kawasan yang mungkin dikategorikan dikawasan hutan dan sungai yang jauh dari kawasan bandaraya tanpa di lihat oleh pihak pembesar sehingga kehidupan mereka terpaksa melawan arus sungai yang berpuutar dan deras serta rela berkorban dan bergadai nyawa walaupun banjir telah menghentam rumah. Hanya ketabahan jiwa dan raga sahaja yang mampu memberi semangat kepada diri mereka.

Daerah Lahad Datu yang kini semakin pesat membangun dengan pembangunan  bangunan, kilang tapi masih adakah yang sudi menjenguk rakyat dikawasan Segama, Batu 6, Sepagaya yang di landa bencana alam yang telah sekian lama berlaku namun tiada perubahan dan tindakan untuk menyelamatkan nyawa setiap insan yang dilanda banjir. Bayangkanlah setiap mangsa banjir terpaksa tinggal di dewan tanpa tilam, bantal dan selimut. Kini negara sudah 52 tahun merdeka boleh dikatakan setiap tahun Lahad Datu dan Tungku dilanda banjir, namun tiada kemudahan bantal, selimut dan tilam yang baik disediakan. Siapa yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan ini semua ?? Mengapa membisu berhubung perkara ini sedangkan mereka adalah sebahagian pengundi yang telah menyokong dan memangka parti pemerintah. Inikah balasan kepada rakyat terpaksa tidur di dewan, gereja dengan keadaan penuh sesak, kotor….

Siapa yang bertanggungjawab mendapatkan bantuan kemudahan ini…dan siapa yang merancang agar pemindahan di masa akan datang masyarakat yang terlibat dengan banir ditempatkan dikawasan yang lebih selesa, berhawa dingin dan berbilik??? Fikir-fikirkanlah..jika masalah ini masih berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang seperti hari ini..saya sesungguhnya amat kesal, sedih seolah-olah tiada jawatankuasa banjir yang bertindah, merancang dan membela nasib rakyat tempatan.

Mungkin ketika banjir berlaku kita nyenyak tidur dengan lena di tilam yang yang empuk ketika itu seorang warga tua tinggal seorang diri dikelilingi air sungai banjir tanpa seorang pun kerana ingin menyelamatkan harta benda dan takut dicuri. Anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa terpaksa tidur lena dipangkuan ibu dan ibu terpaksa menahan tangisan air mata demi anak-anak mereka.

Ketika mangsa banjir dihimpit kedukaan dan terpaksa meninggalkan rumah mereka demi menyelamatkan diri dan terpaksa tinggal di dewan dan gereja, seorang Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam bersama isteri Puan Hajah Fatmah, Ketua Pegawai Perhubungan P188 Silam telah turun padang melawat mangsa banjir dan menyampaikan bantuan kepada memerlukan sehingga sanggup menghadapi arus sungai bahaya untuk sampai ke destinasi khususnya kawasan rumah-rumah yang masih terperangkap kerana arus yang kuat dan jauh dari perhubungan. Santapan minum petang dengan belas kasihan seorang YB. P188 Silam telah mengagihkan serna sedikit oleh-oleh bagi mengalas perut dan kelihatan mangsa banjir amat gembira dengan tindakan YB. P188 Silam yang amat prihatin sehingga dapat melayan semua mangsa banjir.

Ketua Perhubungan P188 Silam Chong Su Vun berkata tindakan pantas YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi yang turut membantu mangsa banjir untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang terperangkap dirumah dan perkampungan mereka adalah satu usaha murni yang sukar untuk dibayangkan kerana seorang YB sendiri sanggup mengharungi sungai yang dalam dan deras demi rakyat. Hujan renyai-renyai yang turun bukan lagi penghalang kepada seorang YB P188 Silam untuk sampai kedestinasi mangsa banjir. Ucapan terima kasih kepada YB. P188 Silam yang bersama-sama turun padang menyelami dan rela berkorban.

Penganalisis SilamGemilang