Archive for 25 Januari 2010

HUJAN RAHMAT MENGIRINGI YB. TUAN HAJI SALLEH KETIKA MELAWAT KG. PENDISING, ULU SEGAMA

Januari 25, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ketika banjir melanda kawasan Ulu Segama baru-baru ini, satu lagi kampung yang terputus hubungan kerana kawasan tersebut sukar untuk dilalui bagi menghantar keperluan makanan. Kampung Pendising, Ulu Segama dilawat oleh Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB merasa amat berterima kasih di atas kehadiran YB. P188 Silam bagi menjenguk walaupun hujan secara tiba-tiba turun sanggup turun padang melihat rakyat. 

Dalam ruangan kali ini saya selitkan sms peribadi dari penduduk kampung yang mengucapkan terima kasih kepada YB. P188 Silam. Seorang penduduk bernama Sarline binti Terining berkata “Semua penduduk kampung berterima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Salleh walaupun sibuk beliau dapat juga berkunjung dan melihat keadaan penduduk pendising Ulu Segama. Terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Tuan Haji Salleh atas segala bantuan untuk semua penduduk segama.

Seorang lagi penduduk kampung Pendising bernama Ahmad Shah bin Sih berkata “Kami seluruh warga pendising mengucapkan ribuan terima kasih dan terkejut dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Haji Salleh dalam hujan kuat pun sanggup seorang pemimpin datang sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Inilah antara pandangan penduduk kampung yang mewakili kampung yang ditimpa bencana alam.

Penganalisis SilamGemilang

1 TRADISI PENGERUSI BN SERAH KEPADA AHLI PARLIMEN SILAM

Januari 25, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam 1BN

Sejak sekian lama Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional dikawasan Parlimen P188 Silam ibarat anak ayam kehilangan ibu ayam kini berada di peringkat kemuncaknya apabila Ketua-Ketua Parti dalam komponen BN dan Ahli Jawatankuasa merasai bahang BN kawasan tidak berfungsi kerana tiada surat perlantikan baru bagi menggantikan Mantan Ahli Parlimen P188 Silam merangkap Pengerusi Penyelaras Komponen Barisan Nasional P188 Silam Ybhg Datuk Samsu Baharun bin Haji abdul Rahman.

Memikirkan nasib dan masa depan perjuangan Barisan Nasional, Ybhg. Datuk Samsu Baharun yang masih memegang jawatan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional P188 Silam disebabkan tiada surat perlantikan baru dikeluarkan maka tindakan pantas dan cepat dengan mengadakan Mesyuarat Barisan Nasional P188 Silam bersama Ketua-Ketua Parti dalam komponen Barisan Nasional bagi demi masa depan yang berprestasi tinggi dalam memantapkan kemenangan Barisan Nasioanl dalam pilihanraya akan datang.

Salah seorang ahli mesyuarat encik Nagaraju berkata ” Pengerusi Barisan Nasional adalah satu tradisi perlu diserahkan kepada Ahli Parlimen P188 Silam”. Beliau juga bersetuju penyerahan kuasa bagi menjalankan tugas-tugas sebagai Pengerusi Barisan Nasional diserah kepada Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB.

Pandangan balas dari parti UPKO menegaskan peralihan kuasa ini perlu diteruskan demi kepentingan Barisan Nasional P188 Silam. Datuk Samsu mengulas lanjut berhubung masalah besar yang dihadapi sekarang ialah apabila pihak pembangkang kini sudah mula masuk ke kawasan secara terbuka dan tidak terkawal sehingga tiada pihak yang boleh menangani masalah mereka disebabkan perlantikan baru masih lagi menjadi satu teka teki. Pihak ahli mesyuarat mengharapkan rakyat didahulukan dengan harapan pucuk pimpinan mengambil kira keputusan ahli-ahli mesyuarat. Parti LDP juga menyokong penuh perlantikan ini demi kesinambungan masa depan Barisan Nasional P188 silam. Wakil UMNO yang hadir juga menyokong penuh penyerahan kuasa Pengerusi BN P188 Silam kepada Yang Berhormat Tuan Haji Salleh dengan tulus ikhlas akan menyokong dan membantu bersama-sama.

Dalam Ucapan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh berkata ” Mesyuarat Barisan Nasional P188 Silam yang memutuskan beliau sebagai Memangku Pengerusi Barisan Nasional P188 Silam merupakan satu perkara diluar dugaan dan pengetahuan beliau. Ucapan jutaan terima kasih kepada Ybhg. Datuk samsu Baharun dan Ahli-ahli mesyuarat yang sebulat suara bersetuju melantik Yang Berhormat Tuan Haji Salleh sebagai Memangku Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional P188 Silam berkuatkuasa 14hb / 01 / 2010 dengan persetujuan ahli-ahli mesyuarat yang hadir.

Budaya kerja akan diteruskan dengan slogan 1Malaysia, 1silam, 1BN dengan mengutamakan semua kaum tanpa ada yang merasa terpinggir dari arus pembangunan negara. Mesyuarat ini mampu memperkukuhkan parti kerajaan Barisan Nasional. Perubahan yang dilaksanakan perlu ada bagi peningkatan Barisan Nasional. Pengerusi Baru BN akan mengadakan Pesta Angpau kerjasama Komponen BN P188 Silam, Rumah Terbuka bersama rakyat Tahun Baru cina, Program 1Malaysia-Juara 1BN-1Rakyat. Ahlijawatankuasa akan dikekalkan dan perubahan hanya berlaku diperingkat penyerahan kuasa Pengerusi Barisan Nasioanl P188 Silam. Ybhg. Datuk Samsu Baharun akan dimasukkan dalam ahlijawatankuasa khas bagi memberi pandangan dan nasihat kerana beliau mempunyai pengalaman. Teruskan kerja yang telah dirancang dan masih tergendala seperti rumah Program penempatan Rakyat setempat dikawasan Sabah Baru. Melalui perlantikan ini juga akan dapat meleraikan masalah-malsalah seperti mendapatkanpeluang-peluang biasiswa kepada anak-anak, peluang pekerjaan, persatuan sekolah dan lain-lain lagi.

Bagi memantapkan pentadbiran Barisan Nasional P188 Silam kerjasama padu dan baik adalah amat diperlukan bagi memastikan kejayaan bersinar dapat dilaksanakan dan dicapai dengan jayanya.
Penganalisis Silam Gemilang