RELA SIAPSIAGA TAMBAH KEAHLIAN BARU 2010 SETIAP BULAN

LAHAD DATU-

Rela kawasan Lahad Datu dan Tungku telah mengadakan satu program bagi mengeratkan silaturrahim antara anggota rela dan pemimpin. Program ini bertambah meriah lagi apabila YB. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam hadir bersama-sama dalam majlis yang diadakan bertempat di dewan Sri Perdana jam 9.00 pagi dan 2.00 petang di dewan Cenderawasih, Tungku.
Dalam majlis Suai Mesra Rela ini YB. Tuan Haji Salleh merasa amat kagum dan bangga dengan semangat kental dan kuat dikalangan ahli-ahli yang sanggup melaksanakan amanah dengan jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan apa-apa. Dalam masa yang sama YB. Tuan Haji Salleh mengucapkan syabas dan taiah kepada Pasukan Polis yang berjaya mengawal lalulintas sehingga dapat mengurangkan kesesakan jalan setiap hari. komitmen tinggi pihak cawangan trafik meastikan jalan raya berjalan lancar adalah satu inisiatif mendisiplinkan pemandu agar mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak polis.
Setiap rakyat perlu mempunyai kekuatan kendiri bagi mengamalkan sifat sukarelawan. Amalan ini perlu dipupuk dari peringkat awal kanak-kanak sehingga peringkat dewasa bagi melahirkan masyarakat pihatin, penyayang, tolong menolong dan rela berkorban demi menjaga keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara. YB. Tuan Haji Salleh berkata ” Saya akan berada di atas, bawah, kiri, kanan belakang dan depan bagi memastikan pasukan Rela sentiasa relevan dengan tuntutan semasabagi menjaga keamanan dan kemakmuran negara terutama dalam membenteras kes-kes jenayah khususnya dikawasan bandar mahupun luar bandar dan pedalaman. Rela di kawasan Parlimen P188 Silam dianggarkan lebih kurang 5 ribu orang tidak termasuk penambahan ahli setiap bulan seramai 300 orang. Ini bermakna Rela adalah satu pasukan yang siapsiaga membantu Pasukan Polis dalam menangani masalah jenayah. Dalam masa yang sama YB. Tuan Haji Salleh juga menegaskan bahawa kawasan Silam adalah selamat untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong luar negara kerana mempunyai pertahanan udara, laut dan darat yang cukup kuat dan strategik dengan penempatan dikawasan-kawasan pulau-pulau, perkampungan dan lain-lain. YB. Tuan Haji Salleh mencadangkan pembukaan kaunter di pejabat parlimen P188 Silam bagi penambahan ahli-ahli baru.
Penambahan ahli-ahli baru perlu berkonsepkan 1Malaysia dengan penglibatan semua kaum melibatkan melayu, cina, india dan bumiputera. Rela telah banyak menabur jasa kepada bumi tercinta dengan sokongan padu setiap anggota. Peranan Rela kini menuntut perubahan dengan penglibatan dalam menghapuskan Pendatang Asing ( PTI ), kemasyarakatan, banjir, kempen derma darah dan yang terbaru Menteri Dalan Negeri Rela membantu Pendaftaran bagi mengenalpasti pemilik Mykad yangbelum dituntut oleh pemiliknya. Pihak Rela yang telah menjadi anggota Rela dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan kuasa sehingga boleh memburukkan nama baik Rela. Bah kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Tetamu yang hadir seperti Brig/Jen. Tuan Samasuddin bin Lawe Pengarah Rela Sabah, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Pegawai Rela Daerah Lahad Datu, Chong Su Vun Pegawai Perhubungan P188 Silam, anggota Rela dan masyarakat. Dalam masa sama YB. Tuan Haji Salleh menyampaikan borang ahli Rela baru dikawasan Lahad Datu dan Tungku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: