Archive for 28 Januari 2010

INOVASI DAN KREATIVITI DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN BERPRESTASI TINGGI

Januari 28, 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 1Malaysia, 1Silam, 1Juara Rakyat

Kunak, Silam-Sukan tahunan SMK Kunak Jaya kali┬áke-17 bagi tahun 2010 dengan tema Cemerlang dan sentiasa ke hadapan bagi meletakkan sekolah yang terbaik dalam arena temasya sukan sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi berkata ” Setiap pelajar bukan hanya hebat dalam bidang pelajaran malahan hebat dalam bidang sukan bagi membina pelajar-pelajar yang cergas, cerdas dan sihat.

Tanggal 28hb Januari tahun 2010 merupakan satu detik yang bersejarah bagi sekolah-sekolah di Parlimen P188 Silam kerana sekolah SMK Kunak Jaya terpilih buat permulaan kemasukan unit beruniform RELA bagi pendaftaran pelajar-pelajar pertama dan baru telah di umumkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi Kolonel Kehormat Rela. Sudah tiba masanya setiap masyarakat dan pelajar di beri kefahaman tentang peranan RELA dalam mempertahankan negara sejak sekian lama dahulu bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Rela tetap relevan sepanjang masa dalam membantu pihak polis bagi menghapuskan jenayah dikawasan bandar mahupun luar bandar sehingga telah dipinjam untuk mengatasi masalah mykad yang belum dituntut di Kementerian Pendaftaran Negara.

Guru-guru ibarat ibubapa ke-2 kepada pelajar-pelajar bagi membina modal insan yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi bagi melahirkan pembangunan modal insan berprestasi tinggi. Guru ibarat lilin rela berkorban demi menerangi orang lain. Ibu bapa memainkan peranan penting dan perlu memberi sokongan padu bagi menjadikan insan terbaik.

Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Haji Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah berjaya melancarkan kempen kreatifiti dan inovasi peringkat negara semalam. Keyakinan tinggi prestasi tinggi yang diutamakan dalam penilaian dan perancangan yang strategik dan terbaik bagi diterjemahkan kepada juara rakyat.

Setiap sekolah-sekolah perlu sentiasa peningkatan kualiti pelajaran pelajar-pelajar semerlang bagi menghasilkan pencapaian yang amat memberangsangkan secara holistik. Syabas dan tahniah kepada sekolah ini yang telah berjaya dengan cemerlang dalam penganjuran sukan tahunan bagi membina pelajar-pelajar cemerlang.

Penganalisis SilamGemilang