Archive for Februari 2010

1MALAYSIA 1SILAM: AMALAN TRADISI BERKUNJUNG KERUMAH ERAT PERPADUAN DAN SAYANGI NEGARA MALAYSIA

Februari 17, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia 1Silam

Sambutan Tahun Baru Cina di kawasan Parlimen P188 Silam Sabah disambut dengan penuh meriah sehingga dalam tempoh 2 minggu setiap hari setiap malam kita dapat menyaksikan tembakan bunga api dengan pelbagai warna warni menghiasi udara. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, keharmonian dan keselamatan saya selaku penganalisis silamgemilang mengucapkan GONG XI FA CHAI Selamat tahun Baru Cina 2010 dengan maskot HARIMAU. Ramai berpendapat tahun ini penuh dengan keberanian dalam melaksanakan tugas,kerja bagi mencipta kejayaan. Keberanian dalam menjalankan aktiviti dan agenda pembangunan adalah amat penting bagi menghasilkan kejayaan dimasa akan datang.

Sempena tahun baru cina ini tidak ketinggalan pemimpin tempatan YB. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam bersama Chong Su Vun Ketua Pegawai Perhubungan P188 Silam mengadakan kunjungan ke rumah rakyat bagi mengeratkan lagi perpaduan dan amalan hormat menghormati antara satu dengan lain. Inilah satu tradisi amalan kunjung berkunjung ke rumah masyarakat Cina yang diamalkan sejak sekian lama pemerintahan pemimpin negara kita.

Dibawah kepimpinan YAB Perdana menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak meletakkan gagasan 1Malaysia sebagai satu kunci PERPADUAN dikalangan rakyat Melayu, Cina dan India serta bumiputera sabah dan Sarawak. Konsep ini menjadi perintis kejayaan amalan hormat menghormati antara satu dengan lain.

Kita dapat menyaksikan masyarakat cina boleh berkawan dengan melayu dan india dan begitu juga sebaliknya. Keunikan ini hanya terdapat dinegara kita perlu dipertahankan dan diserap kepada generasi akan datang dengan menjadikan subjek PERPADUAN sebagai salah satu matapelajaran di peringkat sekolah tabika, rendah dan menengah. Amalan rumah terbuka 1Malaysia yang diadakan dinegara kita ini samada Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan lain-lain lagi bertujuan supaya semua kaum dapat menikmati kekayaan dan rasa sayang kepada negara Malaysia dapat dikekalkan bersama-sama.

Penganalisis SilamGemilang

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 1MALAYSIA 1SILAM, YB. TUAN HJ. SALLEH HJ. KALBI AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

Februari 16, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,1Silam

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun 2010 khususnya di kawasan Silam amat ketara sekali apabila pelbagai acara telah diadakan dengan penglibatan lebih kurang 6 ribu masyarakat cina berhimpun dan berkumpul bagi memeriahkan sambutan Pesta Ang Pau, rumah Terbuka YB. Parlimen Silam, amalan tradisi berkunjung-kunjungan dari rumah-kerumah, tembakan bunga api setiap malam dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain. YB. Tuan Haji Salleh dalam ucapan berkata “Perpaduan, hormat-menghormati antara satu dengan lain dan rasa kasih sayang dikalangan rakyat adalah rahsia kejayaan besar negara kita bagi mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan kedamaian yang kita nikmati selama ini”. Sama-samalah kita memelihara dan menjaga nikmat keamanan ini dengan mengunjungi rakan dan sahabat handai, keluarga dan rakyat tanpa mengira kaum.

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dikawasan Silam dikediaman rasmi YB Tuan Hj. Salleh mendapat sambutan daripada masyarakat pelbagai kaum cina,melayu,india,bumiputera islam dan bukan islam. Persembahan tarian singa-singa dari persatuan Hakka dan Che Yee Khor Lahad Datu memeriahkan lagi sambutan perayaan tahun baru cina ini. En. Leong Fook Tong dan keluarga Shu Hon Kiew berkata Saya amat terharu dengan perayaan rumah terbuka ini kerana seorang YB Silam yang pertama mengadakan rumah terbuka tahun baru cina. Inilah YB. anak muda yang berfikiran hati terbuka membela semua kaum di parlimen Silam.

Amalan konsep 1Malaysia 1Silam 1Family yang diterjemahkan dalam pentadbiran YB Tuan Hj. Salleh telah merobah landskap pemikiran rakyat bagi mengamalkan budaya hormat-menghormati antara satu dengan lain, tolong menolong dan membela rakyat sehingga ke kawasan luar bandar. Pelbagai kempen telah dilaksanakan seperti kempen mari bah…gotong royong, membagi pelekat kereta, baju, pesta ang pau, turun padang bertemu rakyat dan rumah terbuka 1Malaysia 1Silam.

CHONG SU VUN : GONG XI FA CHAI – 1MALAYSIA. Berhati-hati memandu dijalan raya

Februari 12, 2010

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia 1Silam

Pertama sekali saya CHONG SU VUN, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P188 Silam ingin menyampaikan sepatah dua kata kepada rakyat 1Malaysia 1Silam sempena sambutan tahun baru cina 2010 semoga anda berada dalam suasana harmoni, bahagia dan gembira bersama keluarga dan rakan-rakan. Gong Xi Fa Chai 2010.

Sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang dan cintai kedamaian, keamanan dan selamat marilah kita merapatkan barisan dengan mengekalkan Perpaduan Bangsa yang menjadi tunjang utama pembangunan. Perpaduan dikalangan rakyat Melayu, Cina dan India dan di Sabah Sarawak kaum bumiputera pelbagai ethnik lebih kurang 200. Saya yakin dan percaya Perpaduan akan kekal buat selama-lamanya kerana nilai dan budaya masyarakat Malaysia amat kaya dengan budi bahasa seperti sopan santun, senyum, hormat menghormati antara satu dengan lain. Inilah kehebatan negara kita sehingga dipandang paling baik dalam mengekalkan perpaduan. Justeru itu marilah kita sama-sama bekerjasama membangunkan bumi tanah air tercinta.

1Malaysia ilham dan gagasan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia bertujuan mengajak rakyat agar menghormati antara satu dengan lain berdasarkan perlembagaan negara. Perpaduan yang utuh adalah hasil perjuangan pemimpin zaman dahulu perlu dipertahankan demi kesinambungan yang berprestasi tinggi.

1Silam ilham dan gagasan YB. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam bergerak proaktif menyokong gagasan YAB Perdana Menteri Malaysia sehingga YB. Silam telah berjaya mewujudkan Perpaduan yang utuh dalam tempoh yang singkat. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan seperti membantu golongan miskin dengan memberikan rumah PPRT masyarakat Cina, kempen baju 1Malaysia, kempen pelekat kereta 1Malaysia, bendera 1Malaysia, Kembara 1Malaysia, gotong-royong 1Malaysia, Derma Darah 1Malaysia, Larian 1Malaysia, Penggambaran RTM 1Malaysia dan banyak lagi telah dilaksanakan demi Perpaduan 1Malaysia 1Silam.

Akhir kata Selamat Menyambut Tahun Baru Cina…Gong Xi Fa Chai 2010. Kepada semua masyarakat 1Malaysia berhati-hati ketika memandu jangan terlalu laju ingatlah orang tersayang dikampung halaman. Pandu cermat jiwa selamat.

CHONG SU VUN

Ketua Pegawai Perhubungan

Pejabat Parlimen P188 Silam

GONG XI FA CHAI -1MALAYSIA KITA MERIAHKAN

Februari 12, 2010

Assalamualaikum dan Salam Gong Xi Fa Chai -1Malaysia 1Silam 1Family

Sambutan Tahun Baru Cina 2010 ini adalah amat bermakna bagi masyarakat cina. Kemeriahan ini amat dirasai apabila setiap hari berita tentang program Pesta Ang Pau diraihkan sebelum menjelangnya sambutan tahun baru 2010. Baru-baru ini satu program telah diadakan di Pertubuhan Pendidikan Akhlak Lahad Datu yang telah menghimpunkan 8,000 orang masyarakat cina, melayu, bumiputera islam dan bukan bumiputera dan lain-lain. Inilah keunikan negara Malaysia apabila kita boleh berhimpun, boleh bersatu, boleh duduk dan berdiri bersama sebagai satu kawan yang akrab, baik dan jujur serta ikhlas demi 1Malaysia – Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

MARI BAH…ERATKAN PERPADUAN MELALUI MAKANAN TRADISI 1MALAYSIA

Februari 8, 2010

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 1Silam

SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI Yang Berbahagia Puan Hajah Fatmah Binti Haji Abd. Aziz Isteri Kepada Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam. Semoga Dimurahi rezeki, diberi kesihatan, kebahagian, kedamaian, keharmonian, dan bahagia bersama keluarga tersayang. amin.

Mari Bah…bersama-sama hayati makanan tradisi 1Malaysia 1Silam sehingga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan dikalangan pelbagai kaum dan ethnik. Inilah kehebatan negara Malaysia rakyat dapat bersama-sama makan semeja, berbincang dan membina kekuatan ekonomi, sosial, politik dan pembangunan negara Malaysia yang berprestasi tinggi.

Penganalisis SilamGemilang

KESIHATAN RAKYAT DIBINA MELALUI SENAMAN 1MALAYSIA 1SILAM

Februari 8, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia 1Silam

Tahun 2010 disambut dengan penuh meriah oleh setiap individu samada di dalam negara mahupun luar negara. Setiap individu mempunyai misi dan visi untuk maju, berjaya dan cemerlang dalam aspek yang ingin diceburi. Ketika kita ingin mengejar impian yang dicita-citakan mungkin kita terlupa aspek KESIHATAN KENDIRI sehingga badan kita yang kurus kini sudah naik gemuk, perut pun sudah kedepan bukannya mengandung tetapi kerana perut buncit. Jangan kita lupa semua ini berpunca dari pemakanan dan kurangnya mengamalkan senaman untuk diri senndiri. Mari Bah…kita bersenam bagi menjamin kesihatan rakyat 1Malaysi 1Silam.

Senaman 1Malaysia 1Silam mengajak rakyat agar menjaga kesihatan sepanjang hayat. Keluarga bahagia dapat dicapai dengan amalan menjaga kesihatan. Kehidupan kita akan memeperlihatkan keceriaan dan kecerdasan dalam menjalankan aktiviti atau kerja harian.

Senaman ini telah dihadiri oleh Kakitangan Pejabat Parlimen Silam, Sahabat Parlimen Silam, UMNO Bahagian Silam, Wanita UMNO Silam, Pemuda UMNO Silam, Puteri UMNO Silam, Parti-Parti Komponen BN Silam, masyarakat setempat.

Sekian

Penganalisis SilaGemilang

Gong Xi Fa Chai : Satu Hati Satu Rasa Persaudaraan Tanpa Mengira Kaum

Februari 8, 2010

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Perayaan Musim tahun baru cina kini sudah makin terasa bukan sahaja dikalangan masyarakat cina malahan masyarakat melayu india, bumiputera Sabah dan Sarawak juga turut meraihkan dengan mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada sahabat dan rakan handai. Inilah keunikan rakyat Malaysia yang amat sayang dan memahami perasaan dan persaudaraan sehingga boleh duduk bersama untuk membangunkan negara Malaysia yang tercinta ini. Perpaduan amat penting dalam meletakkan negara untuk terus maju dan membangun di persada antarabangsa dan mampu berdiri pada kekuatan rakyatnya.

Di Parlimen Silam kini amalan berkunjung dan mengunjungi rakyat khususnya peniaga-peniaga kian rancak dilaksanakan sehingga melibatkan pejabat Parlimen P188 Silam, Kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan, Ketua Polis daerah Lahad Datu dan lain-lain lagi.

Penganalisis SilamGemilang

MARI BAH…KONG XI FA CHAI…BERSAMA 8,000 ORANG MASYARAKAT CINA DI DAERAH LAHAD DATU

Februari 7, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam, Salam Kong Xi Fa Chai

Semalam adalah hari paling bersejarah buat masyarakat cina di daerah Lahad Datu apabila satu program Juara Rakyat Kong Xi Fa Chai peringkat daerah Lahad Datu telah diadakan sehingga mampu menghimpunkan rakyat lebih kurang 8000 ribu orang berpusu-pusu menyaksikan program julung-julung kali diadakan di daerah ini. Sambutan ini bbertambah meriah lagi apabila kehadiran seorang pemimpin Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB turut hadir bersama-sama bagi memberi suntikan semangat dan menterjemahkan konsep 1Malaysia, 1Silam : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Kehadiran YB. Tuan Haji salleh yang memakai pakaian kebudayaan masyarakat cina berwarna merah amat menyentuh hati dan perasaan kerana seorang YB yang memahami aspirasi dan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Yang amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib bin tun abd. Razak Perdana Menteri Malaysia. Inilah satu budaya kerja yang mementingkan juara rakyat lebih mementingkan kejayaan, perpaduan, keharmonian dan keamanan serta kemakmuran bersama. Kini bukan masanya untuk berpolitik tetapi masa untuk menjuarakan rakyat sehingga mencapai kejayaan dalam arus pembanguna dan pemodenan negara sehingga hebat diperingkat negara dan antarabangsa. misi dan visi kerajaan adalah lebih utama demi kejayaan transformasi besar dimasa akan datang.

Dalam ucapan pihak penganjur program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan baik dan perpaduan dikalangan pelbagai kaum dan bangsa bagi merencana konsep 1Malaysia. Keamanan dan kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat selama ini harus disyukuri dengan meletakkan rasa persaudaraan semasa manusia dikekalkan bagi membolehkan perpaduan yang utuh selama ini akan dapat berkekalan sehingga ke generasi akan datang. Amalan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan bukanlah budaya masyarakat kita. Kita perlu memelihara dan menjaga amalan hormat menghormati antara satu dengan lain, tolong menolong, berbudi bahasa, dan sentiasa menjaga keharmonian dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan nilai-nilai moral dan akhlak disamping memupuk rasa kasih sayang kepada generasi sejak peringkat awal lagi.

Syukur sebagai rakyat 1Malaysia yang menetap di negeri Sabah amat bertuah kerana keharmonian, keamanan dan persaudaraan semasa pelbagai kaum dapat dikekalkan sehingga dapat berhimpun secara baik dalam pelbagai kaum seperti yang berlangsung pada malam ini dengan rasa kasih sayang dan persaudaraan tanpa membezakan kaum-kaum lain. inilah kehebatan dan kekuatan rakyat di Sabah yang masih kuat berpegang pada amalan hormat menghormati, tolong menolong dan rasa persaudaraan yang tinggi nilainya.

Semoga amalan kebudayaan, perpaduan dan persefahaaman yang utuh dan terjalin mesra ini akan di kekalkan buat selama-lamanya. Kita menolak budaya yang suka memecah belahkan dan suka mengamalkan penyakit “PHD” Penyakit Hasad Dengki.

Sekian
Penganalisis SilamGemilang

MARI BAH…1SATAY KING TERHANGAT DIPASARAN

Februari 6, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam dan 1Sabah

Bandar Sri Perdana dikawasan Parlimen Silam kini semakin terkenal dan menjadi pilihan utama masyarakat setempat untuk membeli belah. Bandar yang amat strategik dan masih baru hampir sebahagian besar telah mempunyai penghuni beroperasi bagi aktiviti-aktiviti jaulan hasil mereka. Bandar ini amat bersih, selamat dan selesa untuk dikunjungi oleh pengguna. Kadar jualang dan bayaran pula adalah amat berpatutan dan murah.

Kesibukan masyarakat berkunjung ke bandar ini, sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga telah membuka sebuah kedai makan yang bernama SATAY KING mungkin mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri.

Apa lagi kepada rakan-rakan blog dan FaceBook jom berkunjung ke SATAY KING untuk menikmati juadah hidangan yang pastinya sedap, memenuhi selera dan di jamin 100% halal. Sama-samalah kita beri sokongan kepada peniaga-peniaga yang baru membuka kedai bagi melahirkan usahawan yang berjaya dalam bidang yang diceburi.

Kedai SATAY KING ini telah disempurnakan pelancarannya oleh yang Berhormat Tuan Haji salleh bin Haji Kalbi, ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB bersama Isteri Ybhg. hajah Fatmah binAbd. Aziz, masyarakat setempat dan jemputan khas.

Penganalisis SilamGemilang

RTM KL PAHAYANG BA…KE BANDAR PELANCONGAN DAN AKUAKULTUR SILAM.

Februari 5, 2010

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA, 1SILAM

Mungkin selama ini Silam tidak berapa terkenal kerana tidak mendapat liputan meluas daripada pihak media massa mahupun media cetak. Jika ada pun hanya sekadar untuk menyertai pertandingan samada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Jika nak sebut SILAM orang akan bertanya dimana letakknya SILAM.

Silam yang meliputi kawasan yang amat luas melibatkan 3 kawasan daerah iaitu Daerah Kunak, Daerah Tungku dan Daerah Lahad Datu. Dari segi pelancongan Silam kini sudah mula dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara khususnya ke kawasan pelancongan Lembah Danum, Tabin, Air Terjun Madai, Gua Madai, Resort Felda Sahabat, Gunung Silam dan lain-lain lagi tempat menarik boleh dikunjungi.

Kehadiran krew RTM KL untuk membuat penggambaran Mari Ba…1Malaysia 1Silam 1Sabah ingin mengupas secara terperinci tentang Latar Belakang geografi, demografi, pelancongan, kebudayaan, adat resam masyarakat pelbagai kaum, pembangunan,kemiskinan dan lain-lain lagi. Kehadiran mereka disambut dengan layanan baik dari Pejabat Parlimen P188 Silam bermula dengan kehadiran sehingga berlepas balik ke kawasan masing-masing.

Bagi sessi pertama ini akan bersambung lagi dengan penggambaran pelbagai versi bagi merungkai satu persatu keunikan tamadun silam yang kaya dengan pelbagai kebudayaan, masyarakat, perpaduan dan pelancongan yang hebat di dunia. Kebenaran ini akan dapat di jadikan realiti dibawah kepimpinan Yang Berhormat Tuan haji salleh bin Haji Kalbi, ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB.

Konsep 1Malaysia,1Silam telah di gerakkan dengan pantas dan hebat dengan mengadakan pelbagai seminar, ceramah, perlantikan ahli jawatankuasa Sahabat 1Malaysia 1Silam, kembara 1Malaysia 1Silam, kempen melekat 1Malaysia 1Silam kepada pemilik kenderaan,pengguna jalan raya, kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan, individu, 1UMNO kepada ahli-ahli UMNO, 1BN kepada ahli-ahli BN dan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan kebakaran dan lain-lain.

Apa pun halangan, apa pun cabaran dan apa pun rintangan perlu ditangani dengan hati rasa terbuka dan penuh sabar.

Penganalisis SilamGemilang