Archive for 7 Februari 2010

MARI BAH…KONG XI FA CHAI…BERSAMA 8,000 ORANG MASYARAKAT CINA DI DAERAH LAHAD DATU

Februari 7, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam, Salam Kong Xi Fa Chai

Semalam adalah hari paling bersejarah buat masyarakat cina di daerah Lahad Datu apabila satu program Juara Rakyat Kong Xi Fa Chai peringkat daerah Lahad Datu telah diadakan sehingga mampu menghimpunkan rakyat lebih kurang 8000 ribu orang berpusu-pusu menyaksikan program julung-julung kali diadakan di daerah ini. Sambutan ini bbertambah meriah lagi apabila kehadiran seorang pemimpin Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB turut hadir bersama-sama bagi memberi suntikan semangat dan menterjemahkan konsep 1Malaysia, 1Silam : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Kehadiran YB. Tuan Haji salleh yang memakai pakaian kebudayaan masyarakat cina berwarna merah amat menyentuh hati dan perasaan kerana seorang YB yang memahami aspirasi dan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Yang amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib bin tun abd. Razak Perdana Menteri Malaysia. Inilah satu budaya kerja yang mementingkan juara rakyat lebih mementingkan kejayaan, perpaduan, keharmonian dan keamanan serta kemakmuran bersama. Kini bukan masanya untuk berpolitik tetapi masa untuk menjuarakan rakyat sehingga mencapai kejayaan dalam arus pembanguna dan pemodenan negara sehingga hebat diperingkat negara dan antarabangsa. misi dan visi kerajaan adalah lebih utama demi kejayaan transformasi besar dimasa akan datang.

Dalam ucapan pihak penganjur program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan baik dan perpaduan dikalangan pelbagai kaum dan bangsa bagi merencana konsep 1Malaysia. Keamanan dan kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat selama ini harus disyukuri dengan meletakkan rasa persaudaraan semasa manusia dikekalkan bagi membolehkan perpaduan yang utuh selama ini akan dapat berkekalan sehingga ke generasi akan datang. Amalan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan bukanlah budaya masyarakat kita. Kita perlu memelihara dan menjaga amalan hormat menghormati antara satu dengan lain, tolong menolong, berbudi bahasa, dan sentiasa menjaga keharmonian dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan nilai-nilai moral dan akhlak disamping memupuk rasa kasih sayang kepada generasi sejak peringkat awal lagi.

Syukur sebagai rakyat 1Malaysia yang menetap di negeri Sabah amat bertuah kerana keharmonian, keamanan dan persaudaraan semasa pelbagai kaum dapat dikekalkan sehingga dapat berhimpun secara baik dalam pelbagai kaum seperti yang berlangsung pada malam ini dengan rasa kasih sayang dan persaudaraan tanpa membezakan kaum-kaum lain. inilah kehebatan dan kekuatan rakyat di Sabah yang masih kuat berpegang pada amalan hormat menghormati, tolong menolong dan rasa persaudaraan yang tinggi nilainya.

Semoga amalan kebudayaan, perpaduan dan persefahaaman yang utuh dan terjalin mesra ini akan di kekalkan buat selama-lamanya. Kita menolak budaya yang suka memecah belahkan dan suka mengamalkan penyakit “PHD” Penyakit Hasad Dengki.

Sekian
Penganalisis SilamGemilang