Archive for Mac 2010

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA CHONG SU VUN, DI ATAS PERLANTIKAN KAUNSELOR AHLI MAJLIS DAERAH LAHAD DATU.TURUT HADIR PEMERHATI YANG BARU DILANTIK.

Mac 17, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,1Silam

Perlantikan KAUNSELOR Ahli Majlis Daerah Lahad Datu yang berlangsung sebelum ini terpaksa menggugurkan seramai 2 orang kerana perlantikan mereka tidak mendapat persetujuan daripada Ketua masing-masing. Bantahan daripada MIC,LDP,PBRS dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Silam yang tidak berpuashati dengan perlantikan akhirnya telah dibawah kepengetahuan Yang Berhormat Datuk Haji Hajiji Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dan salinan kepada YAB Datuk Seri Musa bin Aman Ketua Menteri Sabah.

Keputusan hari ini membuktikan kepimpinan yang amat menitikberatkan konsep 1Malaysia tanpa mengira kuam dan bangsa telah meluluskan perlantikan CHONG SU VUN Ketua Pegawai Perhubungan P188 Silam dan Basir mewakili MIC Lahad Datu. Syabas dan Tahniah di atas perlantikan Kaunselor Ahli Majlis sehingga jumlah yang ditetapkan telah mencukupi.

Beberapa orang pemimpin parti komponen BN yang memohon kuota juga telah diberi tawaran untuk memegang jawatan sebagai PEMERHATI Ahli Majlis daerah Lahad Datu. Mereka yang dilantik terdiri daripada En. Nagaraju (MIC), En. Mahamud (PBRS),Pn. Saliha Abd. Wahid (KETUA WANITA UMNO P188 SILAM).

Mereka ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada YB. Datuk Haji Hajiji, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dan juga Presiden LDP Sabah Yang Berhormat Datuk V.K. Liew, Menteri DiJabatan Perdana Menteri Malaysia yang memberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan peringkat KAUNSELOR Ahli Majlis Daerah Lahad Datu. Jutaan Terima Kasih kepada YB. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam yang menyokong penuh usaha bagi memegang jawatan ini. Jutaan Terima kasih kepada Presiden Parti MIC, LDP,PBRS yang memilih untuk disenaraikan sebagai CALON KAUNSELOR Ahli majlis daerah Lahad Datu.

Hari ini barulah terbukti perlantikan En. Chong Su Vun, Ketua Pegawai Perhubungan, P188 Silam sebagai KAUNSELOR Ahli Majlis Daerah Lahad Datu dengan rasminya. Begitu juga dengan perlantikan en. BASIR dari parti MIC Lahad Datu.

Mesyuarat kali pertama juga bersetuju melantik En. HJ. KAYUM BIN HJ. OMAR sebagai Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Daerah Lahad Datu bagi tahun 2010-2011.

Wakil rakyat diingat jaga tingkah laku

Mac 16, 2010

Wakil rakyat diingat jaga tingkah laku
Oleh Anwar Hussin, S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
2010/03/16

SERI Paduka bersama Raja Permaisuri Agong diiringi Najib dan Muhyiddin selepas menyampaikan watikah pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, semalam. Turut mengiringi, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

YB mesti beretika ketika berhujah dalam Dewan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam melahirkan rasa dukacita baginda terhadap tingkah laku dan tutur kata Ahli Parlimen yang tidak menggambarkan keperibadian mereka sebagai wakil rakyat.

Berikutan itu, Tuanku Mizan mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya menjaga tingkah laku dan imej sebagai wakil rakyat kerana mereka sentiasa diperhatikan rakyat. “Ahli Yang Berhormat hendaklah berhujah dengan bernas dan tidak membangkitkan perkara remeh-temeh yang boleh menjelaskan imej dan maruah sendiri serta kemuliaan Dewan ini.

“Sejak dua penggal berturut-turut beta mengingatkan Ahli Parlimen supaya menunjukkan sifat dan perilaku terpuji di dalam Dewan Rakyat.

“Beta dukacita masih terdapat Ahli-Ahli Yang Berhormat mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan keperibadian sebagai wakil rakyat,” titah baginda merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, semalam.

Turut hadir Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Baginda turut menegur media baru kerana menyiarkan banyak fitnah, pembohongan dan putar belit fakta yang boleh menggadaikan ketenteraman awam dan maruah negara.

“Semua pihak yang terbabit hendaklah sedar perbuatan itu tidak diterima mana-mana agama. Beta menyeru pihak terbabit menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

“Di samping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit,” titah baginda.

Selain amaran kepada media baru, baginda juga meningkatkan semua pihak agar tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara.

“Kebebasan bersuara adalah ciri demokrasi dan masyarakat yang matang.
Bagaimanapun kebebasan itu bukan alasan bagi mana-mana pihak untuk memburukkan pihak yang lain sehingga mencetuskan api perbalahan dan sentimen perkauman.

“Beta amat dukacita kerana ada pihak di dalam dan luar negara mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh sehingga menggadaikan ketenteraman awam dan maruah negara.

“Beta menyeru semua pihak mengambil iktibar daripada titik hitam dalam sejarah negara dan mengelak daripada mencetuskan isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian hidup rakyat,” katanya.

SUMBANGAN BANTUAN MANGSA KEBAKARAN OLEH YB HJ SALLEH HJ KALBI MP P188 SILAM DI WAKILI KETUA PEGAWAI PERHUBUNGAN PARLIMEN SILAM EN. CHONG SU VUN

Mac 12, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam

Ketika Kejadian Kebakaran di Jalan Batu 5, Jalan sepagaya Lahad Datu mangsa terpaksa ditempatkan di masjid batu 5 dan dewan sepagaya bagi meringankan beban mereka. Pada masa itu juga dengan inisiatif YB Hj Salleh Hj Kalbi ahli Parlimen Malaysia P188 Silam yang diwakili Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P188 Silam en. chong Su Vun mangsa2 kebakaran tidak dilupakan dengan menghulurkan sumbangan ikhlas YB. Hj Salleh kepada mereka lebih kurang jam 8.00 malam setelah mangsa2 kebakaran berehat di penempatan yang disediakan.

Kecekapan pihak Jabatan Penerangan daerah Lahad Datu menyenaraikan dan mengenalpasti mangsa kebakaran memudahkan lagi urusan pembahagian bantuan kepada mangsa kebakaran ynag dibantu oleh Jabatan Kebajikan Daerah Lahad Datu dan disaksikan oleh Penolong Pegawai daerah Lahad Datu, dari jabatan Pelajaran, NGO, dan penggerak pejabat parlimen P188 silam.

Syabas dan tahniah kepada pihak yang amanah dan bertanggungjawab bagi membantu mangsa2 kebakaran ini.

Penganalisis SilaGemilang

ADIPUTRA RENTUNG, 7 BUAH RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI LAHAD DATU

Mac 12, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia 1Silam

Silam-7 buah rumah musnah dalam satu kebakaran di jalan batu 5, sepagaya Lahad Datu pada waktu petang. Pasukan Bomba telah tiba dikawasan kebakaran dengan pantas sekali dan berjaya memadam kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.

Dalam kebakaran ini seramai 27 buah keluarga hilang tempat tinggal dan telah ditempatkan di Masjid batu 5 dan sebahagian lagi di Dewan Sepagaya. Kebanyakan mangsa masih trauma dengan kejadian yang tidak dijangka akan berlaku. Mungkin disebalik kejadian ini ada hikmah ujian yang besar daripada Allah SWT. Walaubagaimanapun kehidupan perlu diteruskan walaupun tanpa harta benda yang disayangi dan rumah.

Dalam kejadian ini juga seorang ibu dan bapa hampir tidak dapat menerima hakikat apabila seorang anak mereka yang bernama Adiputra yang berumur 3tahun masih dalam ayunan ketika kebakaran rentung dijilat api ganas yang lebih pantas memusnahkan 7 buah rumah masa itu. Kepada ibu bapa yang ditimpa ujian Allah SWT agar dapat banyak BERSABAR dan menerima apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT manusia hanya mampu merancang namun tuhan yang maha kuasa. Kepada kaum muslimin dan muslimah marilah kita bacaan surah Al-fatihah kepada Adik Adiputra yang telah pergi buat selama-lamanya.

Penganalisis SilamGemilang

PARLIMEN KE 12 2010

Mac 9, 2010

 

PARLIMEN KE 12  2010

TAKWIM DEWAN RAKYAT PENGGAL KETIGA
MESYUARAT PERTAMA

Mulai dari 15 Mac hingga 15 April, 2010 (20) hari

Tarikh Urusan Majlis Bil. Hari Catatan

 

MINGGU 1
Isnin 15 Mac, 2010 Titah Diraja di Upacara Perasmian Penggal Parlimen 1 10.00 pagi bersama Dewan Negara – tiada sidang waktu petang
Selasa 16 Mac, 2010 Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja 1  

 

Rabu 17 Mac, 2010 Perbahasan Titah Diraja 1  

 

Khamis 18 Mac, 2010 Perbahasan Titah Diraja 1  

 

MINGGU 2
Isnin 22 Mac, 2010 Perbahasan Titah Diraja 1  

 

Selasa 23 Mac, 2010 Perbahasan Titah Diraja 1  

 

Rabu 24 Mac, 2010 Perbahasan Titah Diraja 1  

 

Khamis 25 Mac, 2010 Perbahasan Titah Diraja 1  

 

MINGGU 3
Isnin 29 Mac, 2010 Jawapan oleh Y.B. Menteri-Menteri 1  

 

Selasa 30 Mac, 2010 Jawapan oleh Y.B. Menteri-Menteri 1  

 

Rabu 31 Mac, 2010 Jawapan oleh Y.B. Menteri-Menteri 1  

 

Khamis 1 April, 2010 Jawapan oleh Y.B. Menteri-Menteri 1  
MINGGU 4
Isnin 5 April, 2010 Rang Undang-Undang dan Urusan Kerajaan yang lain 1  
Selasa 6 April, 2010 Rang Undang-Undang dan Urusan Kerajaan yang lain 1  
Rabu 7 April, 2010 Rang Undang-Undang dan Urusan Kerajaan yang lain. 1  
Khamis 8 April, 2010 Rang Undang-Undang dan Urusan Kerajaan yang lain. 1  
MINGGU 5
Isnin 12 April, 2010 Rang Undang-Undang dan Urusan Kerajaan yang lain. 1  
Selasa 13 April, 2010 Rang Undang-Undang dan Urusan Kerajaan yang lain. 1  
Rabu 14 April, 2010 Rang Undang-Undang dan Urusan Kerajaan yang lain. 1  
Khamis 15 April, 2010 Rang Undang-Undang dan Urusan Kerajaan yang lain. 1  
JUMLAH   20    Hari

Jawatankuasa Penyelaras BN Sabah Sesi 2010/11 Tampil Muka-muka Baru

Mac 4, 2010

Jawatankuasa Penyelaras BN Sabah Sesi 2010/11 Tampil Muka-muka Baru

KOTA KINABALU, 4 Mac (Bernama) — Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional (BN) Sabah menampilkan muka baru bagi tempoh pelantikan bermula Khamis hingga 15 Mei 2011.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Penyelaras BN negeri, berkata anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dilantik sebagai Setiausaha BN negeri menggantikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Datuk Karim Bujang.

Beliau juga mengumumkan pelantikan Naib Ketua Umno Tawau Niezam Abu Bakar Titingan sebagai Setiausaha Kerja BN negeri menggantikan bekas ADUN Bugaya Datuk Basalie Abdul Hamid.

Musa sebelum itu mempengerusiakn mesyuarat khas jawatankuasa itu, diikuti penyampaian surat pelantikan kepada anggota di sini.

Beliau juga mengumumkan rombakan pengerusi penyelaras BN Bahagian berikutan penarikan diri Parti Maju Sabah (SAPP) daripada BN.

Mereka yang menerima surat pelantikan ialah Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri Datuk Dr Yee Moh Chai yang mempengerusiakan Bahagian Kota Kinabalu, menggantikan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee; Ketua Umno Sepanggar Jumat Idris mengetuai Bahagian Sepanggar menggantikan anggota Parlimen kawasan itu Datuk Eric Majimbun yang juga Timbalan Presiden SAPP; dan ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang bagi Bahagian Tenom menggantikan Timbalan Speaker Negeri Datuk Frankie Chong yang juga Naib Presiden SAPP.

Bahagian Kudat kini dipengerusikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Bolkiah Ismail menggantikan bekas ADUN Pitas Datuk Masrani Parman; Ketua Umno Beluran James Ratib pula dilantik mempengerusikan BN Beluran menggantikan bekas ADUN Sugut Datuk Surady Kayong; dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menggantikan bekas anggota Parlimen Silam Datuk Samsu Baharun sebagai pengerusi BN Silam.

Turut dilantik ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk V.K. Liew bagi BN Sandakan menggantikan Ketua Umno bahagian itu Tan Sri Ampong Puyung; Timbalan Pengerusi Umno Negeri Datuk Mohd Salleh Tun Said bagi Bahagian Kota Belud menggantikan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Musbah Jamli; Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Dr Ewon Ebin bagi Bahagian Ranau menggantikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun; dan ADUN Sekong Datuk Shamsuddin Yahya bagi Bahagian Sandakan menggantikan ADUN Batu Sapi Datuk Edmund Chung.

Musa berkata pelantikan pengerusi BN bahagian berdasarkan majoriti keanggotaan sesuatu parti komponen di kawasan berkenaan, selain kriteria kepimpinan, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap rakyat di kawasan masing-masing.