Jawatankuasa Penyelaras BN Sabah Sesi 2010/11 Tampil Muka-muka Baru

Jawatankuasa Penyelaras BN Sabah Sesi 2010/11 Tampil Muka-muka Baru

KOTA KINABALU, 4 Mac (Bernama) — Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional (BN) Sabah menampilkan muka baru bagi tempoh pelantikan bermula Khamis hingga 15 Mei 2011.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Penyelaras BN negeri, berkata anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dilantik sebagai Setiausaha BN negeri menggantikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Datuk Karim Bujang.

Beliau juga mengumumkan pelantikan Naib Ketua Umno Tawau Niezam Abu Bakar Titingan sebagai Setiausaha Kerja BN negeri menggantikan bekas ADUN Bugaya Datuk Basalie Abdul Hamid.

Musa sebelum itu mempengerusiakn mesyuarat khas jawatankuasa itu, diikuti penyampaian surat pelantikan kepada anggota di sini.

Beliau juga mengumumkan rombakan pengerusi penyelaras BN Bahagian berikutan penarikan diri Parti Maju Sabah (SAPP) daripada BN.

Mereka yang menerima surat pelantikan ialah Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri Datuk Dr Yee Moh Chai yang mempengerusiakan Bahagian Kota Kinabalu, menggantikan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee; Ketua Umno Sepanggar Jumat Idris mengetuai Bahagian Sepanggar menggantikan anggota Parlimen kawasan itu Datuk Eric Majimbun yang juga Timbalan Presiden SAPP; dan ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang bagi Bahagian Tenom menggantikan Timbalan Speaker Negeri Datuk Frankie Chong yang juga Naib Presiden SAPP.

Bahagian Kudat kini dipengerusikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Bolkiah Ismail menggantikan bekas ADUN Pitas Datuk Masrani Parman; Ketua Umno Beluran James Ratib pula dilantik mempengerusikan BN Beluran menggantikan bekas ADUN Sugut Datuk Surady Kayong; dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menggantikan bekas anggota Parlimen Silam Datuk Samsu Baharun sebagai pengerusi BN Silam.

Turut dilantik ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk V.K. Liew bagi BN Sandakan menggantikan Ketua Umno bahagian itu Tan Sri Ampong Puyung; Timbalan Pengerusi Umno Negeri Datuk Mohd Salleh Tun Said bagi Bahagian Kota Belud menggantikan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Musbah Jamli; Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Dr Ewon Ebin bagi Bahagian Ranau menggantikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun; dan ADUN Sekong Datuk Shamsuddin Yahya bagi Bahagian Sandakan menggantikan ADUN Batu Sapi Datuk Edmund Chung.

Musa berkata pelantikan pengerusi BN bahagian berdasarkan majoriti keanggotaan sesuatu parti komponen di kawasan berkenaan, selain kriteria kepimpinan, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap rakyat di kawasan masing-masing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: