Archive for 12 Mac 2010

SUMBANGAN BANTUAN MANGSA KEBAKARAN OLEH YB HJ SALLEH HJ KALBI MP P188 SILAM DI WAKILI KETUA PEGAWAI PERHUBUNGAN PARLIMEN SILAM EN. CHONG SU VUN

Mac 12, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam

Ketika Kejadian Kebakaran di Jalan Batu 5, Jalan sepagaya Lahad Datu mangsa terpaksa ditempatkan di masjid batu 5 dan dewan sepagaya bagi meringankan beban mereka. Pada masa itu juga dengan inisiatif YB Hj Salleh Hj Kalbi ahli Parlimen Malaysia P188 Silam yang diwakili Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P188 Silam en. chong Su Vun mangsa2 kebakaran tidak dilupakan dengan menghulurkan sumbangan ikhlas YB. Hj Salleh kepada mereka lebih kurang jam 8.00 malam setelah mangsa2 kebakaran berehat di penempatan yang disediakan.

Kecekapan pihak Jabatan Penerangan daerah Lahad Datu menyenaraikan dan mengenalpasti mangsa kebakaran memudahkan lagi urusan pembahagian bantuan kepada mangsa kebakaran ynag dibantu oleh Jabatan Kebajikan Daerah Lahad Datu dan disaksikan oleh Penolong Pegawai daerah Lahad Datu, dari jabatan Pelajaran, NGO, dan penggerak pejabat parlimen P188 silam.

Syabas dan tahniah kepada pihak yang amanah dan bertanggungjawab bagi membantu mangsa2 kebakaran ini.

Penganalisis SilaGemilang

ADIPUTRA RENTUNG, 7 BUAH RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI LAHAD DATU

Mac 12, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia 1Silam

Silam-7 buah rumah musnah dalam satu kebakaran di jalan batu 5, sepagaya Lahad Datu pada waktu petang. Pasukan Bomba telah tiba dikawasan kebakaran dengan pantas sekali dan berjaya memadam kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.

Dalam kebakaran ini seramai 27 buah keluarga hilang tempat tinggal dan telah ditempatkan di Masjid batu 5 dan sebahagian lagi di Dewan Sepagaya. Kebanyakan mangsa masih trauma dengan kejadian yang tidak dijangka akan berlaku. Mungkin disebalik kejadian ini ada hikmah ujian yang besar daripada Allah SWT. Walaubagaimanapun kehidupan perlu diteruskan walaupun tanpa harta benda yang disayangi dan rumah.

Dalam kejadian ini juga seorang ibu dan bapa hampir tidak dapat menerima hakikat apabila seorang anak mereka yang bernama Adiputra yang berumur 3tahun masih dalam ayunan ketika kebakaran rentung dijilat api ganas yang lebih pantas memusnahkan 7 buah rumah masa itu. Kepada ibu bapa yang ditimpa ujian Allah SWT agar dapat banyak BERSABAR dan menerima apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT manusia hanya mampu merancang namun tuhan yang maha kuasa. Kepada kaum muslimin dan muslimah marilah kita bacaan surah Al-fatihah kepada Adik Adiputra yang telah pergi buat selama-lamanya.

Penganalisis SilamGemilang