Archive for 11 Julai 2010

KARNIVAL SILAM 2010, Program Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Sabah & Info Bestari (Daerah Kecil tungku)Peringkat Parlimen P188 Silam

Julai 11, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,1Silam

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya KARNIVAL SILAM 2010 berjaya dengan baik menghimpunkan masyarakat Felda dan Tungku.

Penglibatan Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi mengadakan pameran cukup membanggakan ditambah lagi dengan penglibatan pameran gerai2 Industri Kecil Sederhana.

Pihak Sekolah Rendah dan sekolah Menengah Dikawasan Felda Tungku Yang Memberi Kerjasama Baik Sehingga Penyertaan diluar Jangkaan. Terima kasih Kepada Pejabat Pelajaran Gabungan Lahad Datu.

Penglibatan Jabatan Pertanian Yang Memberi Kepada lebih kurang 200 orang peralatan sempena kempen Bumi Hijau dan acara penanaman pokok limau yang dilaksanakan oleh YB Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, MP 188 Silam, Tuan Ibrahim Bin abd. Hakim, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku, Penolong Pengarah AADK Sabah Pn. Elmariah, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Tuan Harun Madtrasa.

Aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan seperti Larian 1Malaysia, Konvoi Bermotor Bebas Dadah, Kawad Kaki 1Malaysia, Pertandingan 1rama Malaysia, Pertandingan Kebudayaan 1Malaysia, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika/Prasekolah, Sukan Rakyat,dan lain-lain lagi.