PEMBANGUNAN: PENCAPAIAN DI UTAMAKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pembangunan Modal Insan sebagai satu anjakan minda rakyat 1Malaysia adalah penting bagi merobah dan melihat perubahan yang lebih besar. Usaha ini mampu mengangkat ketahap tetingkat yang proaktif dan aktif bagi melahirkan pelapis-pelapis yang profesional,intelektual,doktor dan lain-lain lagi.

 

dscn4505dscn4624program-yb-kunak-171dscn4859

Kerajaan Malaysia juga telah meletakkan keutamaan kepada aspek pembangunan modal insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dengan menyediakan peruntukan yang agak besar bagi menjayakannya. Di bawah rancangan pembangunan lima tahun itu, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM15,594 juta bagi membangunkan sektor perkhidmatan sosial dengan RM8,483 juta daripadanya dikhususkan bagi tujuan membangunkan sektor pendidikan dan latihan.

Di bawah program pembangunan modal insan tersebut kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa tindakan yang cuba dijadikan teras bagi perlaksanaan program berkenaan.

Tindakan-tindakan yang dimaksudkan terdiri daripada berikut;

* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa;

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara;

* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;

* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran;

* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;

* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;

* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan

* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Bagi menjayakan program pembangunan modal insan tersebut, kerajaan Malaysia telah menetapkan beberapa aspek yang akan diberikan tumpuan.

Aspek-aspek berkenaan terdiri daripada;

* Pendidikan – meliputi dua perancangan iaitu, pertama, melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pelajaran, 2006-2010 untuk merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif dan bertaraf dunia; dan kedua, melaksanakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara bertujuan menetapkan matlamat untuk meningkatkan kualiti pelajar, keupayaan pensyarah, infrastruktur institusi pengajian tinggi dan membina rangkaian dengan institusi-institusi pendidikan tinggi ternama dunia.

* Ekonomi – meliputi beberapa perancangan seperti melancarkan Wilayah Pembangunan Ekonomi Iskandar (WPI) sebagai sebuah kawasan untuk menjana pertumbuhan ekonomi, mewujudkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan Wilayah Ekonomi Koridor Timur (kedua-duanya sebagai kawasan yang berupaya membentuk modal insan dan pertumbuhan ekonomi yang baik), dan melaksanakan Program Transformasi Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

* Sains, teknologi dan inovasi – meliputi dua penekanan iaitu pertama kepada usaha bagi membangunkan institusi latihan yang berupaya melahirkan tenaga kerja berpengetahuan khususnya dalam bidang teknologi maklumat, dan kedua, mewujudkan program yang mampu meningkatkan kemahiran penyelidikan.

* Politik – bermatlamat untuk melahirkan barisan pemimpin Melayu yang berketrampilan, dikagumi, dihormati dan dipercayai.

* Perkhidmatan – bermatlamat untuk menyediakan satu perkhidmatan awam kelas pertama menerusi Komitmen Perkhidmatan Awam Malaysia 2008. Sehubungan ini, kerajaan juga telah menubuhkan Institut Integriti Nasional bertujuan membina upaya modal insan untuk membenteras rasuah di samping menubuhkan Pasukan Petugas Pemudah Cara Kerajaan (Permudah) bagi meningkatkan kecekapan system penyampaian oleh jentera kerajaan.

* Kerohanian – melaksanakan program Islam Hadhari bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang atau apa yang dikatakan ‘ummatan wasatan’.

Datuk Hishamuddin Hussein dalam ucapannya ketika merasmikan Konvensyen Nasional Kedua, Pelan Induk Pendidikan Negara pada pertengahan november lalu ada mengatakan bahawa Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada sumber asli dan bahan mentah dalam usaha untuk mencapai status negara maju, sebaliknya perlu meningkatkan keupayaan modal insan menerusi pelaksanaan sistem pendidikan berkualiti serta bertaraf dunia. Menurut beliau juga, negara maju kini bergantung kepada aset modal insan yang cemerlang yang lahir dari sistem pendidikan yang baik, berkesan dan bertaraf dunia, bukannya sumber asli atau bahan mentah.

Sehubungan dengan perbicaraan menyentuh aspek modal insan ini juga, teringat saya akan kata-kata Datuk Seri Najib ketika menyampaikan ucapannya di Perhimpunan Pemuda dan Wanita UMNO beberapa tahun lalu di mana beliau antara lain, mengutarakan pandangan bahawa perubahan zaman telah menukarkan penekanan terhadap faktor modal tanah, bangunan dan wang kepada faktor yang lebih utama iaitu modal insan. Kita, menurut beliau, ingin membina generasi yang disebut Allah SWT dalam Al-Quran surah Al-Maidah ayat 100, sebagai ‘Ulul Al-Bab’ iaitu generasi yang mempunyai pemikiran bernas, menggunakan akal fikiran, cerdik dan bijaksana untuk membina kehidupan.

Generasi ini, menurut beliau lagi, adalah insan yang terampil dengan pekerti dan akhlak mulia, lengkap dengan ilmu dan kefahaman agama malah dalam masa yang sama, mahir dalam pelbagai bidang. Mereka adalah graduan pelbagai jurusan – doktor pakar, akauntan bertauliah, pentadbir profesional, jurutera, arkitek, peguam dan usahawan tulen, sedang jiwa dan pekerti mereka sentiasa dipenuhi dengan keimanan dan ketakwaan, kata Datuk Najib lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: