SELAMAT TAHUN BARU CINA: YB. SILAM BERMESRA DENGAN PENIAGA DI P188 SILAM.SABAH.

Masyarakat Tionghua di Malaysia menyambut Tahun Baru Cina yang diadakan setiap tahun. Perayaan ini juga turut diraihkan bersama oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam, sekeluarga dan rakyat Parlimen P188 Silam dan rakyat Sabah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat, Aman, Makmur kepada semua kaum Cina di P188 Silam, Sabah dan Malaysia.

YB. Silam mengunjungi masyarakat Cina di kawasan P188 Silam sambil menyampaikan kalendar ucapan Tahun baru Cina dan Bubur (emas)

YB. Silam mengunjungi masyarakat Cina di kawasan P188 Silam sambil menyampaikan kalendar ucapan Tahun baru Cina dan Bubur (emas)

Masyarakat Cina di kawasan P188 Silam amat gembira dengan kehadiran YB. Silam yang bermesra ke kedai-kedai,pasar dan pasaraya sehinggakan masyarakat cina mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada YB Silam yang mengunjungi mereka.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya dan agama. Kini negara kita menyambuy 51 tahun merdeka, perpaduan di antara pelbagai bangsa telah berjaya memupuk persahabatan yang akrab di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan ianya telah menjadi budaya dalam kehidupan harian rakyat negara ini. Justeru itu, menjelang Tahun Baru Cina ini, bukan sahaja orang Cina yang akan meraikan perayaan tradisional ini, malahan kaum-kaum lain seperti orang Melayu, orang India, keturunan kaum Portugis dan Chetti turut meraikan perayaan ini. Ini telah membuktikan bahawa walaupun pembentukan negara Malaysia hanya selama setengah abad, namun di bawah struktur ekonomi yang mantap dan politik yang stabil, rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan sejahtera.

YB. Silam Turut Merasmikan Pembukaan Multi Bake (Pemilik Tan Cheng Teng) di Sri Perdana yang kedua dibuka.Pemilik Mengucapkan Jutaan terima kasih kerana YB. Silam Suka Bantu Rakyat.Kami Sangat Terlalu Gembira di atas kesudian YB. Silam yang dapat meluangkan masa untuk pembukaan kedai saya..

YB. Silam Turut Merasmikan Pembukaan Multi Bake (Pemilik Tan Cheng Teng) di Sri Perdana yang kedua dibuka.Pemilik Mengucapkan Jutaan terima kasih kerana YB. Silam Suka Bantu Rakyat.Kami Sangat Terlalu Gembira di atas kesudian YB. Silam yang dapat meluangkan masa untuk pembukaan kedai saya..

Saya berharap setiap rakyat mengingati bahawa nilai-nilai keharmonian, permuafakatan, muhibbah, persefahaman serta ketabahan yang kita kecapi selama ini adalah hasil daripada sikap toleransi yang ujud dari semua kaum. Cetusan idea yang digembelingkan oleh semua pihak akan terus menjadi momentum bagi perancangan serta pelaksanaan pembangunan bagi negara ini pada hari ini.

YB. Silam memotong kek sebagai tanda rasmi pembukaan kedai Multi Bake...terima kasih YB.

YB. Silam memotong kek sebagai tanda rasmi pembukaan kedai Multi Bake...terima kasih YB.

Pencapaian gemilang yang telah ditunjukkan oleh negara ini kepada dunia telah mendapat pujian serta sanjungan dari seluruh dunia. Diharapkan semua ini dapat dipertingkatkan lagi menjelang Tahun Kerbau ini. Tahun Baru Cina 2009 yang juga Tahun Kerbau amat bermakna kepada Malaysia dan seluruh rakyat jelata, terutamanya pada saat-saat kelembapan ekonomi global yang melanda sekarang, saya berharap seluruh rakyat dapat mencontohi semangat kegigihan dan ketekunan yang ada pada kerbau itu dan sama-sama menetapkan sasaran bagi menuju ke lembaran baru. Akhir kata, marilah kita bersama-sama menyambut Tahun Baru Cina 2009 serta didoakan agar kita semua akan memperolehi keamanan, Perpaduan dan Pembangunan Modal Insan gemilang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: