Dr Chua ketua penyelaras BN

Oleh Norfatimah Ahmad, Anwar Hussin dan Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dilantik sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) di negeri yang dikuasai pembangkang.

Pelantikan bekas Menteri Kesihatan itu, diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Najib berkata, jawatan yang baru diwujudkan itu bertujuan memberi tumpuan kepada negeri yang tidak dikuasai BN.

 

“Dewan Tertinggi juga memutuskan untuk mewujudkan jawatan Ketua Penerangan BN, bagaimanapun penyandang akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang.

“Selain itu, Puteri BN akan diwujudkan secara rasmi dan semua parti komponen akan ambil tindakan susulan mengikut cara masing-masing untuk menubuhkan sayap berkenaan. Ketua Puteri BN juga secara rasmi dijemput untuk menghadiri mesyuarat BN,” katanya.

Najib juga mengumumkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung BN, manakala Bendahari ialah Datuk Ahmad Husni Hanadzlah yang juga Bendahari Umno.

Bagaimanapun, katanya, pelantikan Pengerusi BN di peringkat bahagian pula akan ditetapkan pada masa terdekat.

Beliau juga menyenaraikan pelantikan Pengerusi BN negeri termasuk beliau di Selangor,

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah); Datuk Mustapa Mohamad (Kelantan); Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Terengganu) dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Pulau Pinang).

Selain itu, katanya, BN di Perlis, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Sabah dan Sarawak pula akan dipengerusikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri masing-masing.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan tunduk kepada ugutan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) supaya pemimpinnya, P Utahayakumar tidak dihadapkan ke lembaga penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Tiada sesiapa boleh memberi kata dua kepada kerajaan dan setiap pihak perlu hormati undang-undang.

“Kita sudah buktikan kerajaan sekarang adalah kerajaan bertimbang rasa dan tidak zalim atau menekan mana-mana pihak.

“Jika beliau (Hindraf) menghormati undang-undang, kerajaan juga akan menguatkuasa undang-undang dengan cara paling berhemah,” katanya.

Sebelum ini Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dilaporkan memberi kata dua kepada kerajaan supaya menarik balik arahan kepada abangnya, Uthayakumar, supaya bertemu dengan lembaga penasihat ISA.

Waythamoorthy yang tinggal di London mengeluarkan ugutan yang Hindraf akan melakukan perhimpunan jalanan di seluruh negara pada bulan depan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: