Teknologi Sesuai Untuk Jalan Raya Di Sabah Akan Di Kenal Pasti

Teknologi Sesuai Untuk Jalan Raya Di Sabah Akan Di Kenal Pasti

<!–

By: Ramjit

–>

RANAU, 1 Ogos (Bernama) — Kementerian Kerja Raya akan mengenal pasti teknologi yang sesuai untuk pembinaan jalan raya berhampiran kawasan cerun, terutamanya di Sabah, kata menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor Sabtu.

Beliau berkata teknologi yang dirasakan sesuai untuk dilaksanakan oleh kementeriannya akan dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

“Masalah utama jalan-jalan di Sabah adalah kebanyakan jalan berhampiran kawasan cerun yang kerap berlaku tanah runtuh dan ini memerlukan kos yang agak tinggi untuk pembaikan. Mungkin antara teknologi yang akan dicadangkan ialah pembinaan terowong.

“Kita juga mahu memastikan jalan raya Persekutuan selamat digunakan dan kos penyelenggaraan juga lebih murah berbanding dulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ranau di sini.

Shaziman berkata masalah di Sabah dan Sarawak menjadi perhatian utama kementeriannya, terutama di luar bandar.

Terdahulu, Shaziman meminta ketua-ketua cawangan Umno supaya menjadi pemimpin masyarakat di kawasan masing-masing, selain memimpin parti.

“Pengundi bukan terhad kepada ahli Umno sahaja, tetapi seluruh masyarakat. Kita perlu kekalkan kemenangan pada pilihan raya lepas dan pastikan kita menang dengan selesa pada masa akan datang,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: