ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1SILAM DAN SALAM 1MALAYSIA
Perpaduan dikalangan sukukaum yang terdapat dikawasan saya perlu dikekalkan dan dipelihara bagi kesinambungan pembangunan modal insan yang berprestasi tinggi. Saya selalu menekankan dan amat merngambil berat soal perpaduan supaya tidak ada yang merasa kendiri rakyat yang tersisih dari arus perubahan dan pembangunan kerajaan. Di Parlimen P188 Silam ini terdapat pelbagai suku kaum yang banyak membantu dalam pembangunan silam. Antaranya Bajau,Suluk,Idahan,Bugis,Kadazandusun,India,Cina,Melayu dan lain-lain lagi.
Sebagai wakil rakyat kawasan Silam, saya akan melancarkan 1blog khusus untuk rakyat pelbagai kaum. Kepada anda yang berminat untuk menulis artikel boleh menghantar artikel dalam bentuk tulisan bahasa tempatan. Tulisan rakyat saya akan diterbitkan dalam blog kelak. Tujuan saya menerbitkan blog pelbagai bahasa ini, supaya rakyat saya dapat mengakses maklumat tentang cadangan,pandangan dan masalah atau apa sahaja yang rakyat fikirkan demi pembangunan rakyat,ekonomi,sosial,pelancongan,pertanian,perikanan, kebudayaan dan lain-lain lagi. Jika rakyat saya hendak menganhat artikel boleh serah dipejabat atau email di karismasilam@gmail.com.
Marilah bekerja bersama-sama saya membangunkan Parlimen P188 Silam bagi pembangunan dan merealisasikan wawasan 2020. Transformasi besar menyayangi RAKYAT dengan gagasan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
YANG BERHORMAT KOLONEL (K) TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,
AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM,
DUTA KEAMANAN UPF PBB
Tinggalkan Jawapan