3 jadi konsortium: PM

3 jadi konsortium: PM

Oleh Abdul Razak Raaff dan Irwan Shafrizan Ismail
bhnews@bharian.com.my


ROSMAH menyampaikan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin sambil diperhatikan Najib sempena majlis berbuka puasa di Masjid At-Taufik di Peramu Tiga, Pekan.

Gabung projek Felda, Felcra, Risda tingkat ekonomi

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan tiga agensi pertanian terbesar negara, Felda, Felcra dan Risda bergabung mewujudkan konsortium bagi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi secara perkongsian, sekali gus meningkatkan pendapatan peneroka dan pekebun kecil.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah meminta ketua eksekutif dan pengerusi ketiga-tiga agensi itu menemuinya bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal bagi membincangkan bagaimana gabungan dan perkongsian itu boleh dilaksanakan.

Beliau berkata, banyak faedah yang dapat diperoleh peneroka dan pekebun kecil jika ketiga-tiga agensi pertanian itu bergabung dan meningkatkan kerjasama.
“Umpamanya nak buat kilang baja… jika ketiga-tiga agensi ini berkongsi dan membina kilang baja sudah tentu kita akan dapat mewujudkan skala ekonomi yang lebih besar berbanding jika setiap agensi mendirikan kilang masing-masing.

“Begitu juga jika bergabung bina kilang memproses buah kelapa sawit seperti di kawasan yang ada ladang milik Risda dan berdekatan tanah rancangan Felda dan Felcra. Kalau semua buah kelapa sawit itu dihantar di kilang sudah tentu ia akan maju dan beri margin lebih besar kepada peserta dan peneroka.

“Begitu juga kalau kita nak buat perusahaan hiliran. Kalau dapat bergabung bererti input untuk kilang bertambah dan dapat menghasilkan produk yang memberi keuntungan lebih besar bagi ketiga-tiga agensi ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) di sini, semalam.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Risda mengagihkan dividen berjumlah RM202.3 juta kepada 16,080 peserta RTBB dan 27,776 peserta TSK di seluruh negara.

Mengulas lanjut mengenai cadangan berkenaan, Najib berkata, ketiga-tiga agensi itu tetap wujud cuma mereka bergabung dan bekerjasama berdasarkan projek yang hendak diusahakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: