LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SILAM STRATEGIK DAN BERPRESTASI TINGGI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA, 1SILAM DAN SALAM 1KOMUNITI

01.  Parlimen Silam mempunyai tanah yang amat subur untuk sektor PERTANIAN. Kebanyakan tanah dikawasan Parlimen Silam di tanam dengan KELAPA SAWIT dari tanah rata sehingga ke bukit-bukau sehingga ada yang menggelar bukit silam sebagai GUNUNG SILAM. Mungkin ada sejarah disebalik kata-kata yang lahir dari hati ikhlas rakyat Silam. Kesuburan tanah Parlimen Silam ini telah melahirkan ramai golongan yang berpendapatan tinggi sehingga mencecah RM10,000.00 sehingga 50,000.00 sebulan ketika ini. Penduduk tempatan yang mempunyai tanah tapi dibiayai oleh SAMUDERA pendapatan mereka dalam lingkungan RM1,000.00 sebulan dan paling rendah RM700.00 sebulan. Sebelum ekonomi menerima tempias kejatuhan ekonomi dunia rata-rata penduduk mendapat keuntungan besar sehingga mencecah 100 ribu ringgit sebulan. Ramai penduduk yang berjaya memiliki kereta sekurang-kurangnya 2buah bagi satu keluarga khususnya yang memiliki tanah dan mendirikan rumah baru.

02.  Parlimen Silam juga kaya dengan MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN BANGSA yang dikatakan sebagai golongan USAHAWAN BERJAYA. Unik dan hebat Parlimen Silam apabila Allah SWT mengurniakan kawasan ini KAYA dengan RAKYAT berbilang kaum seperti melayu/cina/india/bajau/suluk/idahan/cocos/bugis/kadazandusun/sungai/dan lain-lain lagi. Keistimewaan kawasan ini yang rata-rata berfikir untuk maju kehadapan menyebabkan kawasan ini ibarat CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN. Jika anda salah seorang pengunjung setia ke kawasan ini anda akan melihat pertumbuhan BANGUNAN-BANGUNAN BARU, BANDAR-BANDAR BARU,PASAR BARU, POIC,LANDSKAP MESRA ALAM, KEBERSIHAN BANDAR DAN PEKAN, HOTEL-HOTEL BERDAYASAING dan lain-lain lagi.

03.  Parlimen Silam mempunyai NILAI HARTA PUSAKA YANG BELUM DITEROKAI sejak dahulu kala. Berdasarkan analisis dari orang ramai Parlimen Silam amat kaya dengan industri PELANCONGAN YANG PALING UNIK DAN HEBAT DIDUNIA. Kehebatan ini hanya mula dibongkar masa kini apabila seorang pemimpin muda amat menyedari SILAM kaya dengan PELANCONGAN seperti Teluk Dravel,Tabin,Air Terjun Madai, Jambatan Gantung madai, Keindahan Flora dan Fauna, Hutan Simpan sejadi madai, Gua Madai, Pantai Sarina, Telaga Tujuh, Felda Sahabat,Cenderawasih dan lain-lain lagi. Sudah tiba masanya pihak Kementerian Pelancongan melancarkan Parlimen Silam sebagai industri baru bagi Malaysia bagi meningkatkan pertambahan pelancongan di masa akan datang. Tapi, macammanapun pelancong akan melihat kemudahan perhubungan baik seperti lapangan terbang. Jika lapangan terbang sudah berubah wajah saya yakin pelancong tidak segan-segan lagi mau datang kekawasan Silam. Sudah tiba masanya Kerajaan mengantarabngsakan Parlimen Silam sebagai industri Pelancongan yang paling berprestasi tinggi agar peluang-peluang pekerjaan dapat dibuka dan dinikmati oleh penduduk tempatan Silam sendiri. Saya yakin POIC pun akan bergerak proaktif kerana pelabur-pelabur tidak merasa risau kerana sistem pengangkutan Silam yang moden dan canggih. 

04.  Kekayaan Parlimen Silam dengan SARANG BURUNG menjadi buruan para penggemar khususnya dari negara luar. PeMILIK sarang burung yang diturunkan dari turun temurun menjadi nadi kekuatan sumber pendapatan rakyat khususnya suku kaum IDAHAN.  Pendapatan hasil sarang burung boleh mencecah sehingga RM10,000.00 sehingga rm 100,000.00. Kekayaan sumber alam hasil sarang burung menyebabkan seseorang itu boleh menjadi kaya raya. Sebab itulah masyarakat Idahan kini diletakkan sebagai masyarakat beruntung dan bertuah mendapat limpahan HARTA PUSAKA yang Allah SWT kurniakan kepada hambanya.

05.  Parlimen Silam amat kaya dengan sumber laut yang indah dan strategik sebagai pusat AKUAKULTUR. Masyarakt masih kurang berminat menceburi bidang ini kemungkinan kesedaran dan maklumat masih lagi tidak berapa jelas tentang masa depan berbanding usahawan lain yang telah berjaya menembusi pasaran dunia luar. Ramai juga penguasa menternak dan memeihara ikan dengan pendapatan beribu-ribu sebulan sehingga boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Penduduk tempatan yang berpotensi besar ialah ARUNJI yang berjaya sebagai USAHAWAN BUMIPUTERA terbaik di negeri Sabah. Berdasarkan kajian Profesor Doktor seramai 11 orang yang meninjau kawasan ini telah menamakan kawasan ini adalah yang terbaik didunia yang pernah mereka lawati.

06.  Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor kejayaan berprestasi tinggi Parlimen Silam sehingga menyebabkan JALAN RAYA UTAMA SESAK SETIAP HARI. Kesesakan jalan raya ini bermula dari jam 6.30 pagi hingga jam 9.00 pagi, jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan jam 4.30petang hingga 7.30 malam. Berdasarkan kajian JALAN RAYA YANG SESAK INI amat menyusahkan pengguna jalan raya sehingga menjadi satu penyakit dalam diri masyarakat setempat. Saya berharap Kerajaan yang prihatin dengan masalah ini dapat meluluskan peruntukan jalan baru agar pengundi yang sayang kepada kerajaan sekarang tidak terhimpit dengan keadaan jalan raya yang amat menyusahkan penduduk lebih kurang 40 ribu orang.

07.  Setakat ini sahaja pandangan saya berhubungan Parlimen P188 Silam yang berprestasi tinggi dalam pembangunan EKONOMI 1malaysia, 1Sabah dan 1Silam. Semoga limpahan kekayaan negara Malaysia yang maju ini akan dapat di salurkan kepada Parlimen P188 Silam demi Transformasi 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan.

Sekian,

“1BELIA PROAKTIF berprestasi tinggi”

Penganalsisi SilamGemilang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: