DERMA DARAH BAGI MENGISI TABUNG DARAH HOSPITAL

Program yang lebih dikenali sebagai Mari Ba…Derma Darah peringkat Parlimen P188 Silam ini adalah idea YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam bagi memupuk kasih sayang dan semangat prihatin terhadap rakyat yang berbilang kaum sehingga kita dapat terjemahkan dalam konsep gagasan 1Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Program ini telah di adakan di Wisma Ramai-Ramai anjuran Pejabat Parlimen P188 Silam kerjasama Hospital Daerah, Wisma Ramai-Ramai, Jabatan-Jabatan Kerajaan negeri dan persekutuan, NGO dan rakyat. Program Mari Ba…mendapat sambutan yang amat memberangsangkan apabila kehadiran orang ramai yang ingin menderma telah datang lebih kurang jam 8.00 pagi lagi hingga jam 1.00 petang.

Program ini dihadiri Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB bersama isteri Yang Berbahagia Puan Hajah Fatmah Haji abd. Aziz, Ketua Perhubungan Parlimen P188 Silam Chong Su Vun, En. Harun Haji Timpa Pegawai Perhubungan (UMNO) P188 Silam, Pegawai Rela Lahad Datu dan rakyat setempat. YB. Tuan Haji Salleh mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penderma darah yang amat prihatin dan sayang kepada mereka yang tidak bernasib disebabkan kekurangan darah. Darah yang disumbangkan ini akan di serahkan terus kepada pihak hospital bagi menampung keperluan darah di masa-masa akan datang.

YB. Tuan Haji Salleh berkata kempen Mari Ba…derma darah yang diadakan ini mendapat sambutan yang amat baik sehingga waktu bermula jam 8.3. pagi hingga 1.00 petang orang ramai tidak putus-putus berbaris bagi menderma darah. Perkembangan positif ini adalah satu petanda baik bahawa masyarakat kita sangat mementingkan persaudaraan dan kasih sayang terhadap nasib pihak lain yang amat memerlukan derma darah ini.

Ketua Pegawai Perhubungan P188 Silam Chong Su Vun berkata Program ini dapat memupuk amalan perpaduan 1Malaysia, 1Silam dikalangan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Marilah kita bersama-sama menderma darah demi mengisi tabung darah hospital bagi didermakan kepada yang memerlukan rakyat dikawasan P188 Silam. Beliau juga berkata program ini amat baik diamalkan bagi memeupuk semangat keinsafan bahawa setiap insan memerlukan pertolongan antara satu dengan lain. Kita amat beruntung negara kita aman, makmur dan sentosa sehingga kita dapat mengadakan program seumpama ini dengan baik dan berjalan lancar.

Penganalisis Silam Gemilang

P188 Silam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: