KONVOKESYEN KE-5 SMK TEKNIK LAHAD DATU MELAHIRKAN GRADUAN BERKUALITI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam kecemerlangan khas buat pelajar-pelajar harapan Bangsa Malaysia

1.Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada graduan SMK Teknik Lahad Datu,Sabah yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing.Sesungguhnya anda sebagai pelajar merupakan aset paling berharga,harta bernilai tinggi,emas dan sumber kekayaan bagi Parlimen P188 Silam,Sabah khususnya dan amnya Malaysia. Saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada Pengetua,Guru-guru,pelajar-pelajar,ibubapa tuan-tuan dan puan-puan yang saya kagumi dan sanjung tinggi kerana tidak dapat hadir bagi menyempurnakan jemputan penuh bersejarah dan gemilang ini.Saya masa ini masih lagi BERADA di Nairobi,Kenya dalam misi dan visi bersama UN-HABITAT, saya dan rakan-rakan 4 orang mewakili Malaysia bertujuan untuk mengkaji,merencana dan merealisasikan impian masyarakat dunia bagi merobah dan merencana kejayaan terbilang dalam penyusunan dan penempatan SETINGGAN yang menghambat dunia sekian lama.

picture-1225picture-1213picture-1223

2.Saya berharap dengan kehadiran wakil saya Pegawai Khas Parlimen P188 Silam Saudara HAMID HARUN dapat merawat dan menaikkan semangat pelajar-pelajar dalam Majlis Konvokesyen kelak.Saya amat memperjuangkan Pembangunan Modal Insan Cemerlang bagi meletakkan pembangunan yang seimbang.Tiada guna pembangunan material jika kita gagal membangunkan minda anak-anak kita.Pelajar-pelajar yang hadir pada hari ini merupakan generasi yang bakal mewarisi negara ke arah keterbilangan yang memerlukan ilmu sebagai prasyarat untuk mengemudi pembangunan disesuatu kawasan.Tanpa ilmu kita boleh ibaratkan seperti “Pokok Yang Tidak Berbuah”.Saya ingin melihat pelajar-pelajar yang hadir ini akan lahir sebagai peguam,doktor,pensyarah,akauntan dan lain-lain lagi.Untuk maju dan gemilang dalam pelajaran pelajar-pelajar perlu berdisiplin tinggi, rajin, bersopan, solat dan lain-lain.

3.Peranan ibubapa adalah amat penting dalam mendisiplinkan kecemerlangan anak-anak samada di sekolah mahupun ketika dirumah.Masa yang diluangkan anak-anak ketika disekolah adalah 30% berbanding ketika dirumah masa anak kita 70%.Oleh itu masa yang banyak ketika dirumah ini,ibubapa perlu mengambil perhatian dengan mengamalkan konsep 2jam 3jam.Konsep ini adalah amat mudah bagi mempastikan kecemerlangan dan kegemilangan anak-anak dalam pelajaran.Bayangkan apa akan berlaku jika anak-anak kita gagal ? Ini merupakan satu kerugian kepada pembangunan modal insan yang menjadi penentu keterbilangan masa depan negara kita.

4.Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk merenung sejenak dengan surah Al-AS yang berbunyi;Sesungguhnya demi masa manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan tentang kebaikan dan keburukan.Kerjasama bersepadu bagi melahirkan pelajar cemerlang melibatkan peranan ibubapa,guru,pemimpin dan masyarakat dan paling penting anak kita perlu diberi suntikan keimanan,kesedaran,disiplin,bermotivasi dan kemudahan asas yang selesa bagi memudahkan untuk anak kita belajar dan mengulangkaji pelajaran samada dirumah mahupun disekolah.

5.Peranan guru dalam melahirkan pelajar terbilang adalah satu perjuangan yang suci,murni dan dirahmati ALLAH SWT.Bukan mudah untuk mencipta rekod bagi meletakkan pelajar sebaris dengan rakan-rakan tanpa kehadiran seorang guru.Sebab itulah kerajaan selalu mengenang guru dengan mengadakan hari guru bagi menghargai jasa mereka yang cemerlang melahirkan pelajar-pelajar seperti yang kita saksikan hari ini dengan tamatnya mengikuti pengajian akhirnya hari ini mereka menerima segulung sijil menandakan pelajar telah berjaya dalam menuntut ilmu. Saya berharap jadilah sebagai modal insan yang berguna demi kesinambungan pembangunan negara khususnya di Parlimen P188 Silam.

6.Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian di SMK Teknik, Lahad Datu.Saya doakan semoga anak-anak kita menjadi orang yang berguna kepada agama, banggsa dan tanahair tercinta.Saya ingin umumkan sekolah ini sebagai sekolah angkat saya bermula hari ini.

Sekian,terima kasih

 

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM

DUTA KEAMANAN PBB (UPF)

KOLONEL KEHORMAT RELA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: