Archive for April 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor; Rakyat Bijak Memilih Calon Barisan Nasional Yang Ikhlas Membangunkan Kawasan.

April 25, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,1Silam

Ketika kawasan-kawasan lain sedang sibuk membangunkan perancangan strategik dan berwawasan jauh kehadapan ketika itu pula kawasan Hulu Selangor dikerumuni oleh rakyat diseluruh pelusuk bagi menjalankan kempen pilihanraya kecil diHulu Selangor bagi memberi keyakinan kepada rakyat/pengundi supaya melihat secara realiti kebenaran dan pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Barisan Nasional yang berupaya membangunkan ekonomi dan modal insan yang stretagik dan terancang.

Rakyat dikawasan Hulu Selangor sudah tiba masanya berubah untuk memilih Calon Barisan Nasional bagi membangunkan kawasan ke tahap yang lebih baik dan berprestasi tinggi. Dibawah Kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional Malaysia sudah tentu konsep 1Malaysia ; Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan akan dijadikan garis panduan dalam pembangunan dikawasan ini.

Penganalisis SilamGemilang

Parlimen P188 Silam

LAWATAN KERJA ROMBONGAN YB HJ. SALLEH BIN HJ. KALBI AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM (KETUA-KETUA KOMPONEN BN DAN AJK UMNO BAHAGIAN P188 SILAM) SERAMAI 20 ORANG MEMBANTU PILIHANRAYA HULU SELANGOR

April 22, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam dan Salam Sejahtera

Ketika Penamaan Calon Pilihanraya Hulu Selangor pada 17hb/04/2010 Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam telah membawa rombongan yang terdiri daripada Ketua-ketua Komponen Barisan Nasional dan AJK UMNO Bahagian P188 Silam bagi membantu kempen pilihanraya di Hulu Selangor.

Kehadiran rombongan ketika penamaan calon diHulu Selangor menyaksikan kawasan itu dibanjiri oleh lautan manusia yang turut memberi sokongan padu dan baik. Rombongan YB Tuan Haji Salleh bertolak dari Legend Hotel Kuala Lumpur lebih kurang pukul 5.50 pagi dan sampai ke penamaan calon jam lebih kurang 7.30 pagi.

Ketika penamaan calon YB Tuan Haji Salleh mengetuai rombongan ke pusat penamaan calon yang dibanjiri manusia ketika itu dan di atas pentas kelihatan YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Calon BN, YB. Dato’ Seri Mohd Shafie Bin Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, YB. Dato Dr. Zahid Bin Hamidi, YB. Khairy Jamaluddin dan lain -lain lagi pemimpin tertinggi.

Ketika dalam perjalanan menuju ke pusat penamaan calon hulu selangor rombongan YB Hj Salleh telah mengambil gambar bersama YB. Datuk Hj. Nasir bin Tun Dr. Hj. Sakaran bin Dandai, dalam masa sama bergambar dengan Menteri Besar Terengganu, Turut diabadikan dalam kenangan Pegawai Khas YB Dato Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal, Menteri KKLW Malaysia.

Penganalisis SilamGemilang

P188 Silam

HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS

April 3, 2010

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,1Silam,1Sabah

Setiap tahun program Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS akan diadakan diseluruh pelusuk tanah air dalam negara Malaysia. Program ini diadakan bagi mencungkil bakat kanak-kanak yang berada dalam alam persekolahan Prasekolah bagi mendidik,mengasah dan memberi respon yang baik terhadap masa depan yang lebih cerah dan cemerlang.

Hari ini berlangsung pelbagai program diadakan seperti pertandingan Pidato,Bercerita,Tilawah,Nasyid,Tarian dan lain-lain lagi. Kehebatan kanak-kanak dapat dilihat dan disaksikan melalui aktiviti-aktiviti ini. Kemeriahan dapat dirasakan sendiri oleh kanak-kanak apabila kehadiran ibubapa mereka bagi menyaksikan kehebatan anak-anak mereka.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini tidak asing lagi buat kita semua kerana melahirkan anak yang pintar dan berkebolehan adalah bermula dari peringkat awal lagi perlu dipupuk supaya masa depan kanak-kanak yang berpotensi ini dapat dinobatkan sebagai kanak-kanak yang kreatif dan berinovatif.

APA RAMUAN KEJAYAAN MENANGANI GEJALA MAT REMPIT DI LAHAD DATU? SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PIHAK BERKUASA BERPRESTASI TINGGI MENYELESAIKAN MASALAH INI

April 2, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 1Silam, 1Sabah

Mat Rempit menjadi kegilaan sebilangan kecil remaja dan dewasa yang selalu terpengaruh dengan kawan-kawan menunggang motorsikal dengan mengangkat bahagian hadapan dengan lagak dan rentak yang amat berbahaya sehingga kadang-kadang boleh mengundang nyawa jika tersilap langkah, kadang-kadang juga menyusahkan pihak orang lain yang menggunakan kemudahan jalan raya dengan cara tidak beretika dan bermoral.

Isu ini terlalu hangat di perkatakan dikawasan Lahad Datu sejak 2 tahun lepas dengan penglibatan yang ramai dikalangan Mat rempit sehingga jalan-jalan dikawasan Sri Perdana tanpa mengira waktu siang atau malam mereka suka merempit dengan bunyi motor yang bising sehingga kadang-kadang pemilik kedai merasa tidak selesa dan amat memeritkan ketika itu setiap penghuni rumah tidak tenteram dengan suasana tidak sihat ini sehingga mengganggu sehingga larut malam.

Hari ini Mat Rempit yang berleluasa dikawasan lahad Datu sudah tidak kedengaran lagi suara sumbang Mat Rempit samada waktu siang mahupun waktu malam. Ketika Penganalisis SilamGemilang meninjau kawasan Sri Perdana bermula jam 6.oo petang hingga jam 3.00 subuh bagi menyaksikan sendiri samada isu ini masih berlaku atau sebaliknya.

Saya merasa hairan Mat Rempit yang selalu kedengaran teriakan motor disekitar ini sudah berada diparas selamat kerana tidak ada lagi kedengaran bunyi yang amat memeritkan hidup setiap penghuni dan pengunjung kekawasan ini. Kejayaan pihak berkuasa mengawal dan menyelesaikan masalah budaya mat rempit dalam masa singkat membuktikan satu kejayaan yang cemerlang dan berprestasi tinggi yang amat dibanggakan sehingga penghuni rumah sudah boleh tidur dengan nyenyak.

Sebagai warga Lahad Datu, SILAM saya amat berbangga dengan kepantasan pihak berkuasa sehingga boleh mendidik Mat Rempit dengan gaya hidup yang berdisiplin dan menghormati ketenteraman hidup orang lain.

Sekali saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak yang berkuasa kerana dapat menjaga keselamatan Bandar-bandar, kampung-kampung,Taman-taman dan kedai-kedai. Inilah satu kejayaan yang seharusnya dicontohi oleh semua lapisan masyarakat khususnya di Lahad Datu dan daerah-daerah lain.

Saya ucapkan Selamat Melancarkan Bandar Selamat dikawasan Sri Perdana Lahad Datu, Silam. Semoga usaha murni ini dirahmati dan di naungi Allah SWT. Amin…

Sekian,

Penganalisis SilamGemilang